Friday, December 31, 2010

PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA (PENARA) KRS MUSLEH 2010


Nur Laman Bestari, Hulu Yam, 27-30 Disember 2010.

Seramai 163 orang anggota, 11 org guru pengiring dan 20 orang pegawai telah sama-sama menjayakan Perkhemahan Nasional Di Udara (PENARA) KRS MUSLEH 2010. Peserta-peserta adalah dari beberapa buah sekolah yang mewakili negeri-negeri iaitu Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Johor, dan Pahang. Program dimulakan dengan acara mendirikan pengkalan dan memasak. Aktiviti kerohanian spt solat berjemaah, membaca Al-Quran , tazkirah, membaca al-mathurat dan qiamullail menjadi teras kepada semua program KRS MUSLEH berjalan dengan lancar semasa PENARA kali ini.

Friday, December 17, 2010

KURSUS MENYELAMAT DI AIR

13 - 17 Disember 2010, seramai 16 orang pegawai lelaki dan 8 orang pegawai perempuan kadet Remaja Sekolah MUSLEH telah menghadiri kursus menyelamat di Air yang diadakan di Kompleks Akuatik Alor Setar Kedah. Para peserta menginap di Kompleks Belia & Sukan Negeri Alor Setar. Jarak dari tempat penginapan ke Kompleks Akuatik lebih kurang 10 kilometer. Pada hari pertama para peserta telah mengikuti latihan bermula dari pukul 2.30 - 6.00 petang. Manakala pada hari kedua hingga hari ke empat latihan bermula pada pukul 830 - 1030 pagi kemudian rehat 30 minit sambung semula dari 1100 - 1230 tengahari. Selepas rehat, makan dan solat peserta menyambung semula latihan pada pukul 2.30 - 5.30 petang. Para peserta telah dilatih oleh 4 orang jurulatih dari persatuan jurulatih rekreasi Malaysia, yang diketuai oleh En. Zuki dan dibantu En. Zul, En. Termizi dan En. Sani. Antara latihan yang telah diikuti oleh para peserta ialah bermula dengan membetulkan renangan mengikut teknik yang betul dan seterusnya jurulatih menerangkan beberapa asas menyelamat dan ujian yang perlu dilalui oleh para peserta. Antara ujian yang perlu dilalui ialah:
a. renang 400 meter dengan masa 12 minit
b. menarik mangsa 50 meter dengan masa 3 minit
c. apongan diri selama 1 minit
d. menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali
e. menyelamatkan mangsa dengan menyelam sejauh 25 meter
f. menyelamatkan mangsa dengan menggunakan pelampong
g. menyelamatkan mangsa dengan menggunakan sebarang alat
Alhamdulillah para peserta telah mengikuti latihan dan ujian dengan penuh semangat dan motivasi yang tinggi. Selain daripada itu para peserta juga telah mengikut latihan CPR yang telah dilatih oleh MA dari Hospital Pendang dan Radio Amatur yang telah diterangkan oleh En. BUY (nama callsign) dan En. Khairul (pengerusi MARES) dari Johor Baharu. Program ini telah ditutup dengan rasminya oleh wakil pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pihak sekretariat berharap para peserta dapat memanfaatkan segala teknik yang telah dipelajari dan mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah menghadiri kursus ini.

Tuesday, December 7, 2010

PEMBINAAN MODUL BASED TAHAP 3


4 - 8 Disember 2010, 6 orang gurulatih utama dan 9 orang jurulatih Based peringkat kebangsaan telah berkumpul di sekolah Rendah Islam Hira' Batu Belah, Kelang untuk membina modul BaSeD tahap 3. Pembinaan modul ini dibimbing sepenuhnya oleh cikgu Khairi Abd. Rahman. Modul ini menekankan penggunaan tongkat dalam mempertahankan diri. Diharapkan dengan pembinaan modul BaSeD ini akan memberi motivasi kepada anggota KRS MUSLEH untuk memantapkan kemahiran BaSeD tahap satu dan dua.

Monday, December 6, 2010

LAWATAN KERJA WAKIL SEKRETRIAT KRS MUSLEH

30 Zulhijjah 1431 bersamaan 6 Disember 2010, 3 orang wakil sekretariat KRS MUSLEH, telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Pakaian Uniform, Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kehadiran kami disambut oleh ketua unit, En. Mohd Rashid b. Mean, K.M.N.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menyerahkan buku rujukan TKRS dan perbincangan program-program terdekat serta perancangan 2011. Beliau amat mengalu-alukan perancangan program yang dirancang oleh KRS MUSLEH dan sedia memberi sokongan serta kerjasama untuk menjayakannya. Kami juga berkesempatan mendapat nasihat supaya melaksanakan segala aktiviti ko-kurikulum di sekolah bagi membantu meritokrasi kemasukan pelajar ke IPT.

Pihak KRS MUSLEH mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.

Sunday, December 5, 2010

PERLU BANTUAN SEGERA !!!


Bekas anggota KRS MUSLEH (Staf Sarjan KRSM Zubair-Hidayah JB) dan Amir Latihan Kader Duat 1 yang banyak terlibat dalam membawa panji KRS MUSLEH di persada antarabangsa dan peringkat nasional telah ditimpa musibah kemalangan di lebuhraya Utara-Selatan, 5 km dari R&R Tapah pada 24/11/2010 sekitar jam 7.00 mlm, selepas menjadi ahli panel Forum Nadwah Kepimpinan Pelajar 2010 di Islah Sg Petani.

Akibat kemalangan tersebut, kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk (total lost). Kereta tersebut dipinjamkan oleh saudara Sufian (Shah Alam). Beliau bersama 2 orang sahabatnya, Abd Rahman (Al Amin Bangi) dan Rashid (Al Amin Gombak) yang merupakan bekas petugas di pejabat METC. Namun kita bersyukur kerana mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

Dengan itu pihak Sekretariat KRS MUSLEH memohon simpati semua anggota untuk menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun Pengerusi KRS MUSLEH (Bank Muamalat : No: 14030057307728, Abd Rahaim bin Md Isa). Kami memohon supaya sumbangan dapat disampaikan sebelum Konvensyen Tahunan MUSLEH (18/12/2010). Pada hari KTM juga kami akan lancarkan satu Tabung Sumbangan Musibah berkaitan beliau. Jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun dan kutipan tabung akan diserahkan kepada beliau untuk membantu beliau dan meringankan beban saudara Sufian pada hari KTM tersebut.

Monday, November 15, 2010

TINJAUAN KEMBARA LKD KE SABAH

Projek kembara LKD ke Malaysia Timur di kembangkan dari Sarawak ke Sabah. Wakil KRS MUSLEH telah membuat tinjauan beberapa kampong yang berpotensi untuk dijadikan destinasi kembara 2011. Antara kampong yang diziarahi ialah Kg. Tibabar, Ulu Bongawan, Papar dan Kg. Kota Belut. Kg. Tibabar mempunyai 9 kampong kecil yang terdiri daripada 40 keluarga muslim (200 orang) daripada 2000 orang penduduk kampong dan selebihnya adalah beragama kristian dan tiada agama. Satu perjumpaan dengan Ketua Anak Negeri kg. tersebut telah diadakan. Kampong tersebut tidak mempunyai surau dan masjid, yang ada hanyalah sebuah balairaya yang boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti. Seorang anak tempatan (peserta HTC) pernah memberi khidmat pendidikan agama kepada penduduk kampong yang beragama Islam setahun setengah yang lalu. Sejak itu tiada aktiviti keagamaan dijalankan oleh penduduk kampong. Projek ini bertujuan untuk latihan amali pengkaderan dakwah kepada peserta Latihan Kader Du'at (LKD; kumpulan 2) yang akan dilaksanakan pada Mac 2011, Insya Allah.

KRS MUSLEH BERSAMA DAI'E MUDA HTC SABAH

Pada 12 - 14 November 2010, 3 orang pegawai KRS MUSLEH, Mejar KRSM Rahaim, Mejar KRSM Soleh dan Mejar KRSM Nizam, telah diamanahkan untuk mengendalikan perkhemahan untuk bakal dai'e muda anjuran Hidayah Training Center (HTC), Sabah. Perkhemahan ini telah diadakan di KK Advantures, Sg. Beringgis, Papar, Sabah. Seramah 20 orang peserta, 14 lelaki dan 6 perempuan telah menghadiri perkhemahan ini. Objektif perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan kerja berpasukan peserta sebagai bekalan di jalan dakwah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah team quest, wall climbing, high rope, flying fox, kayak dan trecking. Pengisian kerohanian juga diadakan seperti solat berjamaah, bacaan ma'thurat, tazkirah, pengisian fikrah, ceramah palestine, hirasah dan qiamullail. Beberapa orang kuat HTC seperti Tuan Hj. Abd. Rahman (Pengarah HTC Sabah), Dr. Zainal (YDP Ikram Sabah), Mohammad Nicholas(JK Ikram Pusat), Us. Ismail Anam (Pengerusi Tarbiyah Ikram) dan Us. Firdaus (HTC) turut hadir memberi sokongan kepada peserta.

KEMAHIRAN MENEMBAK JURULATIH KRSMUSLEH



Alhamdulillah, pada 7 Oktober 2010, seramai 5 orang pegawai atasan krs musleh telah hadir dalam latihan menembak yang diadakan di Lapang Sasar, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah. Latihan tersebut dikendalikan oleh Kolej Tentera Udara, Kepala Batas yang diketuai oleh Mejar Zulhelmi. Turut hadir dalam latihan tersebut ialah unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pulau Pinang.

Friday, November 5, 2010

KRS MUSLEH BERSAMA PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH ISLAM ADNI AMPANG

Sekretariat KRS MUSLEH telah bersama-sama menjayakan Perkhemahan Tahunan KRS MUSLEH Sekolah Islam Adni pada 1 - 3 Nov 2010 bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam Selangor. Seramai 129 orang pelajar telah menyertai perkhemahan kali ini. Pengendalian perkhemahan ini berkonsepkan Training Of Trainers (TOT) di mana pihak jurulatih menjadi mentor kepada M-Team ADNI yang terdiri drpd Komandan Kem dan mentor selain mengendalikan aktiviti kemahiran yang tertentu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Laili selaku Pengarah ADNI. Turut hadir ialah Vice Principal ADNI dan Pengetua Sekolah Menengah ADNI. Berbagai aktiviti diadakan tetapi yang paling menyeronokkan dan menguja ialah memasak nasi dan ayam dalam buluh sampai ada peserta yang menangis kerana selama ini tidak diberi peluang memasak sendiri di rumah dan dia sendiri dapat lihat hasil masakannya di depan mata. Tahniah buat para guru yang hadir menjayakan perkhemahan ini. Semoga memberi makna dalam kisah perjalanan hidup antum sebagai seorang pendidik.











Monday, September 27, 2010

AKTIVITI KRS MUSLEH OKTOBER - DISEMBER 2010

Pihak sekretariat telah merancang akan mengadakan beberapa aktiviti sepanjang bulan Oktober - Disember 2010. Diantaranya ialah:


a. Kursus Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Kepala Batas, Alor Setar bersama dengan Pelatih Kolej Tentera Udara pada 7 & 8 Oktober 2010. Pegawai terpilih sahaja.


b. Bengkel Pemurnian Sukatan KRSM (Sekolah Menengah) di Pusat Pendidikan Al-Irsyad, Balok, Pahang pada 15 - 17 Oktober 2010. Peserta yang terlibat ialah semua ahli sekretariat krs musleh.


c. Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda dan Amali Khas SPIM di Laman Nur Bistari, Ulu Yam, Selangor pada 22 - 26 November 2010. Peserta yang terlibat ialah:
1. semua pegawai yang belum ditauliahkan
2. peserta Syahadah Perguruan Islam Musleh (SPIM)


e. Kursus Pembangunan Jurulatih BaSeD (Level 3) di Pusat Latihan BaSeD, Meru, Kelang pada 4 - 8 Disember 2010. Semua jurulatih BaSeD peringkat kebangsaan yang telah ditauliahkan terlibat dalam kursus ini.


f. Kursus Kemahiran Air (Bronze Medal) & Radio Amatur di Pusat Latihan Belia dan Sukan, Alor Setar pada 13 - 17 Disember 2010. Minimum seorang wakil dari setiap sekolah di kalangan pegawai dan semua jurulatih kebangsaan yang terpilih.


g. Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH di Udara (PENARA 10) di Lembah Kelang pada 27 - 30 Disember 2010. Terbuka kepada semua pelajar SMI (tingkatan 1 - 5) minimum 30 orang satu sekolah (15 lelaki 15 perempuan)


h. Tinjauan Program KEMBARA 2011.
1. tinjauan ke Sabah, 4 - 6 Oktober 2010
2. tinjauan ke Sarawak, 23 - 26 Oktober 2010

Doakan semoga semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik, insya allah.

PELANCARAN BUKU RUJUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Alhamdulillah buku rujukan Tunas Kadet Remaja Sekolah akan dilancarkan insya Allah pada April 2011 di PWTC sempena Pameran Buku Kebangsaan 2011. Borang tempahan telah diedarkan ke seluruh sekolah rendah rangkaian musleh. Jika ada sekolah yang belum memperolehi borang tersebut sila hubungi tuan Abd. Rahaim (013-2296552). Buku rujukan ini akan diguna pakai pada tahun 2011 di sekolah rendah rangkaian musleh. Buku log juga akan dijual untuk kegunaan aktiviti sepanjang tahun di SRI dan SMI. Sesi taklimat penggunaan buku rujukan akan diadakan pada bulan Disember ini (tarikh akan dimaklumkan kemudian). Semoga dengan adanya buku rujukan ini akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Monday, September 20, 2010

WAKIL KRS MUSLEH KE GAZA


Alhamdulillah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, seorang jurulatih krs musleh Tuan Rofazlin b. Jusoh dari Sekolah Rendah Hidayah Johor Baharu, telah terpilih mewakili Aqsa Syarif dalam konvoi Viva Palestina 5, Misi Kemanusiaan ke Gaza. Untuk makluman lanjut sila layari aqsa2gaza.blogspot.com. Marilah kita sama-sama doakan semoga wakil kita selamat dalam perjalanan pergi ke Gaza dan selamat kembali ke tanah air. Diharapkan pengalaman yang diperolehi dapat kita kongsikan bersama, Insya Allah.


Tuesday, July 6, 2010

LAPORAN KONTINJEN KRS MUSLEH KE PERKHEMAHAN PERDANA KRS 2010


Ana ingin berkongsi sedikit laporan mengenai program PERKHEMAHAN PERDANA KRS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10 2010 yang telah diadakan pada 28 hb Jun - 2 hb Julai 2010 di Pusat Latihan Unit Beruniform Kg. Terusan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS KEMAHIRAN BaSeD 2010

Oleh: Mejar(KRS) Azrul Fazli Bin Abdul Azis


-->
Assalamualaikum W.B.T.
Pertamanya saya merakamkan tahniah buat semua yang telah terlibat dengan majlis pelancaran IKRAM baru-baru ini. Terutama barisan anggota KRSM dan Sakateriat yang segak tampil dengan penuh yakin dan bergaya.

Alhamdulillah, kursus kemahiran BaSeD telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan perjuangan yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan kursus yang dilakukan serentak ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dibalas dengan limpahan kerahmatan dari Allah S.W.T. Tahniah juga buat semua peserta peserta kursus yang hadir terutama peserta BaSeD yang cukup bersemangat. Seramai 35 orang peserta BaSed pelajar dan 28 peserta BaSed yang terdiri dari kalangan mualim dan mualimah telah mengikuti kursus kali ini.

Monday, June 21, 2010

PENYERTAAN KONTINJEN KRS MUSLEH KE PERKHEMAHAN PERDANA 2010


Buat pertama kalinya KRS MUSLEH dijemput untuk menyertai program peringkat kebangsaan ini yang turut dihadiri oleh anggota KRS seluruh Malaysia. Jesteru itu penyertaan kita adalah merupakan satu yang amat besar ertinya dalam konteks membina kepimpinan dan pengalaman serta penghayatan amal Islami dan dakwah bil hal selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif perjuangan KRS MUSLEH.


KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH


PADA 11 - 13 JUN 2010, SERAMAI 14 ORANG KOMANDEN DAN TIMBALAN KOMANDEN SERTA SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH TELAH MENGHADIRI KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH DI D'PUNCAK BRIS, SIK, KEDAH. PARA PESERTA TELAH DIDEDAHKAN PENGENALAN , PERANAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN BEBERAPA ASAS PENGURUSAN BERKAITAN KRS MUSLEH. PARA PESERTA JUGA TELAH MELALUI PENGALAMAN EKSPEDISI DAN BERKHEMAH DI TEPI TASEK (kena hujan lebat...makan malam pukul 1 pagi... kayu api basah) UNTUK MENGHAYATI BEBERAPA KONSTRUK YANG ADA DALAM PENILAIAN KONSTRUK KEMAMPUAN. SEMOGA PARA PEGAWAI YANG TELAH MENYERTAI KURSUS INI DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS DAN PERANAN YANG DIHARAPKAN DAN SETERUSNYA MENGGERAKKAN KRS MUSLEH DI SEKOLAH MASING-MASING. ALHAMDULILLAH SEMUANYA SELAMAT, TAHNIAH DAN SYABAS.

KURSUS KEMAHIRAN: ILMU PERKHEMAHAN TAHAP 2 2010


ALHAMDULILLAH, PADA 10 - 13 JUN 2010, SERAMAI 22 ORANG PEGAWAI (10 LELAKI 12 PEREMPUAN) TELAH MENYERTAI KURSUS ILMU PERKHEMAHAN TAHAP 2 YANG DIADAKAN DI D'PUNCAK BRIS, SIK, KEDAH DARUL AMAN. FOKUS UTAMA DALAM PERKHEMAHAN KALI INI IALAH KURSUS ASAS KESELAMATAN DI AIR & PEMANTAPAN ILMU ASAS PERKHEMAHAN. 

Tuesday, May 18, 2010

PANDUAN KE D'PUNCAK BRIS, SIK, KEDAH

kepada peserta yang akan menyertai kemahiran ilmu perkhemahan, berikut dinyatakan cara untuk ke tapak perkhemahan.

1. jika menaiki bas:
a. turun di sg. petani.
b. cari stesyen bas tempatan
c. cari bas ke sik - tambang bas ke sik RM 6.20 (masa perjalanan antara 1 - 2 jam)
d. sampai pekan sik, cari teksi ke d'puncak bris, hj. rashid (cikgu rashid). - tambang teksi lebih kurang RM 15.00 (masa perjalanan antara 15 - 20 minit)

2. jika menaiki kenderaan sendiri
a. keluar tol gurun
b. ikut jalan jeniang-sik (masa perjalanan antara 30 - 40 minit)
c. sampai pekan sik terus ke nami (masa perjanalan antara 15 - 20 minit)
d. melalui dua jambatan
e. selepas jambatan yang kedua jumpa restoran di sebelah kanan

( boleh rujuk google map melalui jalan k8, tengah-tengah antara kg. telaga batu dengan kg. batu seketul, setentang dengan kg. tengah)

CABARAN ADALAH BERMULA DARI RUMAH, KAMI TUNGGU ANDA DI SANA.............

ZIARAH PENGURUSAN KRS MUSLEH

Tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah memberi kerjasama dalam pemantauan pengurusan KRS MUSLEH. Secara keseluruhannya pihak sekretariat berpuas hati terhadap persediaan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti KRS MUSLEH & TKRS MUSLEH di sekolah masing-masing. Jika kita gagal untuk merancang sebenarnya kita merancang untuk gagal. sekurang-kurangnya pihak sekolah telah membuat perancangan untuk memastikan krsmusleh & tkrsmusleh berjalan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak sekretariat

Insya Allah mungkin selepas ini pihak Sekretariat akan melihat setakatmana keberkesanan aktiviti ini dalam pembentukkan jatidiri dan kepimpinan seseorang pelajar. Inilah yang sebenarnya menjadi matlamat utama mengapa kita menjadikan KRS ini sebagai platform untuk kita membina seseorang pelajar.

Kita tidak mahu pengurusan dokumentasi dan perancangannya cantik, kemas dan teratur tetapi pelaksanaannya......wallahu 'alam, Allah sahaja yang tahu. Bagi kami pihak Sekretariat berharap, semua pihak berusaha untuk memastikan misi dan visi KRS MUSLEH ini akan tercapai.

Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita melaksanakannya dengan lebih teratur dan berkesan, Insya Allah. (maaf tak da gambar, masa pi pemantauan hari tu tak bawa kamera)

UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRS MUSLEH

untuk makluman kepada semua pihak yang menguruskan penyertaan ujian kenaikan pangkat Sarjan TKRS MUSLEH bahawa dimaklumkan

1. yuran penyertaan adalah RM 80.00 seorang

2. yuran guru pengiring adalah RM 50.00 seorang

senarai nama hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 MEI 2010 melalui pos atau e-mailkan kepada sma_71@yahoo.com atau krsmusleh@yahoo.com.

wassalam

Thursday, April 15, 2010

ZIARAH PENGURUSAN KRS MUSLEH

Insya Allah sepanjang bulan April & Mei 2010 pihak sekretariat akan mengadakan kunjungan atau ziarah ke sekolah-sekolah Rangkaian MUSLEH & RAPI dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran KRS MUSLEH di sekolah-sekolah. Objektif utama kunjungan ini adalah untuk melihat dan berbincang serta membimbing pihak sekolah dalam menjayakan visi dan misi KRS MUSLEH. Berikut adalah nama pegawai yang terlibat dalam program ziarah tersebut iaitu:

AKTIVITI KRS MUSLEH BULAN JUN 2010

Untuk makluman dan persediaan pihak sekolah, Insya Allah dalam bulan Jun 2010 ini terdapat beberapa aktiviti yang boleh disertai oleh para pegawai dan kadet, di antaranya ialah:

1. Kursus Kemahiran Kawad
Tarikh: 9 - 12 Jun 2010
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Selangor
Peserta: Pegawai dan kadet (minimum berpangkat kopral)

2. Kursus Kemahiran BaSeD
Tarikh: 9 - 12 Jun 2010
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Selangor
Peserta: Pegawai dan kadet (minimum berpangkat koperal)

3. Kursus Kemahiran Ilmu Perkhemahan
Tarikh: 10 - 13 Jun 2010
Tempat: Puncak Bris, Sik, Kedah, Darul Aman
Peserta: Pegawai sahaja

4. Kursus Pegawai Pengurusan
Tarikh: 11 - 13 Jun 2010
Tempat: Puncak Bris, Sik, Kedah, Darul Aman
Peserta: Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan yang belum ditauliahkan

5. Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS MUSLEH
Tarikh: 9 - 12 Jun 2010
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Selangor
Peserta: Kadet berpangkat Koperal TKRS MUSLEH

6. Perkhemahan Perdana KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10
Tarikh: 21 - 25 Jun 2010
Tempat: Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Negeri Sembilan
Peserta: Kadet-kadet wakil SMI rangkaian MUSLEH

Semua aktiviti akan dimaklumkan melalui surat rasmi kepada pihak sekolah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pihak pengurusan KRS MUSLEH sekolah perlulah membuat persiapan dalam menyediakan peserta yang akan mengikuti aktiviti-aktiviti di atas. Semoga segala aktiviti yang dirancang akan memberi natijah yang baik dalam mencapai visi & misi KRS MUSLEH, Insya Allah.

daripada: Sekretariat KRS MUSLEH

Friday, April 9, 2010

KURSUS PEGAWAI WARAN KALI 1 2010

CALIT DI BAHU KEKUATAN DIPADU


Tarikh 14 – 18 MAC 2010 menjadi medan ujian kepada 24 anggota staf sarjan yang dihantar oleh sekolah bagi mengikuti Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran Kali 1 di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram dan Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam. Peserta terdiri daripada 10 anggota Syabab dan 14 anggota Fatayat dari beberapa SMI seluruh Malaysia.
Kursus bermula dengan mendaftarkan diri di SMI Hira’ Jeram dan ceramah ‘Pengurusan Projek’ diberikan sebagai asas dan asset yang akan digunakan sepanjang program tersebut.

Wednesday, April 7, 2010

KEMBARA DAKWAH KE BUMI KENYALANG 2010


23 - 31 Mac 2010, 25 orang anggota kadet dan diiringi 3 orang pegawai telah mengikuti kembara dakwah ke bumi kenyalang. Alhamdulillah, tahniah dan syabas kerana dapat pergi ke Sarawak. Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dipelajari sepanjang kembara di Sarawak. Antara objektif kembara ialah untuk memberi khidmat kepada masyarakat dalam peningkatan kefahaman terhadap Islam serta memahami budaya hidup pelbagai etnik di negara kita.


KURSUS KENAIKAN PANGKAT (SJN KRSM, SS, PW, & LM)




14 - 18 Mac 2010, alhamdulillah seramai 65 orang pegawai telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda KRS MUSLEH, 24 orang kadet ditauliahkan pangkat Pegawai Waran, 68 orang kadet ditauliahkan pangkat Staf Sarjan dan 160 orang kadet ditauliahkan pangkat Sarjan. Semua peserta adalah dari seluruh rangkaian pendidikan MUSLEH dan rakan MUSLEH. Pihak sekretariat mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengikuti kursus kenaikan pangkat tersebut dengan jayanya. Begitu juga kepada pihak urusetia dan jurulatih yang telah menjayakan kursus ini.

Wednesday, March 24, 2010

KURSUS KENAIKAN PANGKAT 2010 ~ Laporan Kursus Staf Sarjan

Assalamu'alaikum ...
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana KRS MUSLEH telah berjaya mengadakan 4 kursus pemeringkatan pada 14 - 18 Mac yang lalu. Kursus Kenaikkan Pangkat Leftenan Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan. Semua kursus tersebut telah berjaya mencapai objektif yang digariskan, walaupun ada yang agak rendah dari segi pencapaiannya. Dalam postmortem yang dibuat menunjukkan bahawa peserta kursus sarjan kurang dari segi kemahiran. Jadi diharap pada tahun-tahun akan datang pihak sekolah perlu membuat persedian lebih awal.

Monday, March 1, 2010

PERUBAHAN TEMPAT PENDAFTARAN UNTUK PESERTA PEGAWAI WARAN KRS MUSLEH

Untuk makluman para peserta kursus kenaikan pangkat PEGAWAI WARAN KRS MUSLEH yang akan mengikutinya dalam bulan Mac ini, tempat pendaftaran berubah dari Bukit Cerakah ke Sekolah Menengah Hira' Jeram. Masa dan tarikh adalah seperti biasa. Jika terdapat sebarang kemusykilan sila hubungi tuan Abd. Rahaim b. Mat Isa: 0132296552

Monday, February 15, 2010

KURSUS KENAIKAN PANGKAT

Apa khabar sahabat semua? Bagaimana perjalanan aktiviti krs di sekolah? Diharapkan para pimpinan krs sekolah telah menggerakkan ahli di bawahnya. Semoga pada tahun 2010 ini akan membawa lembaran baru kepada kita, Insya Allah.

Pihak sekretariat baru sahaja memutuskan bahawa kursus kenaikan pangkat untuk pegawai dan kadet akan dibuat pada cuti sekolah bulan Mac ini. Pada tahun ini kursus kenaikan pangkat pegawai waran akan diadakan untuk memberi peluang kepada para staf sarjan meningkatkan ilmu, kemahiran, nilai serta pengalaman dalam membina diri yang berketrampilan. Berikut adalah kursus yang akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac ini:

a. Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Setiawan, Perak

b. Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor


c. Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: D'Amir Chalet & Pulau Pangkor, Perak

d. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan KRS MUSLEH
Tarikh: 14 - 18 Mac 2010
Tempat: D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Setiawan, Perak

Semua surat dan maklumat lengkap telah di e-mailkan kepada semua guru besar dan pengetua dan Insya Allah akan diposkan.

Kepada semua peserta yang akan mengikut kursus ini diharap dapat membuat persediaan diri dari sudut fizikal, mental dan emosi. Tidak lupa juga buat ulangkaji segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari di sekolah. Di sana anda akan diuji berdasarkan konstruk yang terdapat dalam modul penilaian KRS MUSLEH. Jangan lupa segala dokumen yang diperlukan, nanti ada yang disuruh balik begitu je....ok jumpa di sana

daripada sekretariat KRS MUSLEH

Wednesday, January 13, 2010

KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN






Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang perjalanan PRINT 09 baru-baru ini berada dalam peliharaan Allah s.w.t. Apa yang dirisaukan oleh kebanyakan peserta dan ibu bapa serta urusetia ialah keselamatan peserta terutamanya yang melibatkan aktiviti di air. Urusetia telah membuat beberapa langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.