Saturday, June 2, 2012

LAPORAN KURSUS KEMAHIRAN, PEGAWAI WARAN DAN PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH 2012


KURSUS KEMAHIRAN KAWAD/BASED/TALI TEMALI         : 28 – 31 MEI 2012
KURSUS PEGAWAI WARAN                                                  : 27 – 31 MEI 2012
KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN                                      : 28 – 31 MEI 2012

TEMPAT : PUSAT PENDIDIKAN AL ISLAH SG PETANI DAN LATA CHELAK BALING KEDAH

A.      KURSUS KEMAHIRAN KAWAD

Kursus selama 4 hari ini telah dihadiri seramai 40 orang anggota dan pegawai kadet pelbagai pangkat. Ketua jurulatih kawad iaitu Tuan Mejar KRS Saiful Jamsyir dibantu oleh beberapa orang jurulatih telah menggunakan sepenuhnya tempoh latihan untuk memantapkan kemahiran kawad kaki. Latihan dijalankan mengikut modul yang telah ditetapkan. Di antara modul latihan ialah :

Mengikut sukatan Tahap 1 SMI
Fokus :
a.       Mengetahui arahan
b.      Boleh membuat pergerakan individu dan pasukan
Mengikut sukatan Kenaikan Pangkat Sarjan SMI.
Fokus :
1.       Memberi hukuman dan membuat pergerakan individu
2.       Memberi hukuman kepada satu pasukan (seksyen dan platun)
Mengikut sukatan Kenaikan Pangkat Pegawai Waran.
Fokus :
1.       Boleh mengajar dan mampu membetulkan kesalahan
2.       Menjadi pembantu jurulatih

Peserta diuji bukan setakat ujian pergerakan dan memberi arahan tetapi juga ujian mengajar kawad (micro teaching). Selepas ujian akhir dijalankan, para peserta dianugerahkan sijil kemahiran kawad kaki mengikut pencapaian iaitu lulus, kepujian dan cemerlang.



B.      KURSUS KEMAHIRAN BASIC SELF DEFENCE (BaSeD)

Kursus kali ini telah disertai oleh seramai 69 orang peserta yang terdiri daripada anggota dan pegawai pelbagai pangkat. Para peserta sungguh bertuah kerana dapat belajar sendiri daripada Perunding dan Koreografer BaSeD iaitu Cikgu Mohd Khairi b Ab Rahman, PPN bekas pesilat Negara yang suatu ketika dahulu pernah bergelar Juara Silat Sedunia di Holland, 1990. Ketua Jurulatih kursus BaSeD ialah Tuan Mejar KRS Zaini Abd Rahman, Gurulatih BaSeD KRS MUSLEH. Latihan juga dibantu oleh jurulatih-jurulatih BaSeD yang terdiri daripada pegawai-pegawai KRS MUSLEH sendiri.

Kursus dijalankan mengikut tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Modul Tahap 3 menggunakan tongkat rotan. Latihan agak keras kerana dijalankan siang dan malam serta diakhiri dengan ujian kemahiran pergerakan dan ujian mengajar (micro teaching). Peserta yang berjaya melepasi ujian-ujian yang ditetapkan dianugerahkan sijil dengan pencapaian lulus, kepujian dan cemerlang.

BaSeD
Mengikut sukatan BaSeD Tahap 1
Fokus :
1.       Mengetahui konsep dan pelaksanaan sukatan BaSeD
2.       Mengetahui dan menguasai senaman, pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 1
3.       Penilaian – Ujian Tahap 1
Mengikut sukatan BaSeD Tahap 2
Fokus :
1.       Lulus ujian Tahap 1
2.       Mengetahui dan menguasai pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 2
3.       Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4.       Penilaian – Ujian Tahap 2
Mengikut sukatan BaSeD Tahap 3
Fokus :
1.       Lulus ujian Tahap 2
2.       Mengetahui dan menguasai pergerakan asas, elakguna dan gerak Tahap 3
3.       Boleh mengajar dan membetulkan kesalahan
4.       Penilaian - Ujian Tahap 3



C.      KURSUS KEMAHIRAN TALI TEMALI

Kursus yang dihadiri oleh seramai 35 orang peserta ini berjalan dengan lancar. Isimewanya kali ini kerana para peserta bukan hanya melakukan aktiviti di sekolah tetapi telah dibawa ke Lata Chelak Baling untuk berinteraksi dengan alam. Penggunaan kemahiran ikatan dibuat dalam suasana yang sebenar.

TALI TEMALI
Mengikut sukatan Modul 1 SMI
Fokus :
1.       Simpulan dan ikatan
2.       Menghasilkan gajet
a.       Tripod
b.      Rak dapur
c.       Ampaian
d.      Menara kawalan
3.       Penilaian
Mengikut sukatan Modul Tahap 2 SMI
Fokus :
1.       Simpulan dan ikatan
2.       3 jenis jambatan
3.       Flying fox aras rendah
4.       Penilaian

Mengikut sukatan Modul Tahap 3 SMI
Fokus :
1.       Simpulan dan ikatan
2.       Boleh melakukan Ascending & Discending
3.       Aplikasi A&D
4.       Boleh membantu melatih untuk Modul 1 dan 2
5.       Penilaian


Bagi aktiviti aras tinggi, peserta dapat mendalami kemahiran tali temali daripada jurulatih BOMBA yang dedikasi. Walaupun sekadar menggunakan bangunan setinggi 3 tingkat untuk aktiviti ini namun cukup menguja keberanian para peserta. Ujian akhir ialah ujian mengajar (pengajaran mikro). Kursus ini diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Soleh b Senafi dibantu oleh Puan Mejar KRSM Wardah bt Saari.



D.      KURSUS PEGAWAI WARAN

Seramai 20 orang Staf Sarjan KRS MUSLEH telah terpilih untuk mengikuti kursus ini. Mereka telah mengikuti kursus ini selama 5 hari di mana 2 hari berkursus di sekolah dan 3 hari lagi berkursus di luar iaitu Lata Chelak Baling. Modul kursus memberi penekanan kepada kemahiran pengurusan organisasi dan ujian kemahiran mengajar bagi  beberapa kemahiran utama seperti kawad kaki dan BaSeD.

Antara aktiviti yang paling menarik dan mencabar ialah XPDC dari Sekolah Al Islah Sg Petani ke Lata Chelak melalui beberapa tugasan seperti mengkaji maklumat tanaman herba di pasar pagi, berdakwah kepada non-Muslim, menaiki bas dan teksi sebelum sampai ke destinasi. Di sana mereka dikehendaki menjalani aktiviti solo camping, public speaking dan sebagainya.

Kursus ini diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Harun b Yaakob dibantu oleh Sekretariat KRS MUSLEH.



E.       KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN

Peserta kursus seramai 12 orang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan Ko Kurikulum/Tarbiah berjaya melalui tempoh kursus selama 4 hari dengan 2 hari aktiviti dalaman dan 2 hari lagi untuk aktiviti luaran. Kursus dikendalikan sendiri oleh Sekretariat KRS MUSLEH yang diketuai oleh Tuan Mejar KRSM Abd Rahaim b Md Isa.

Menjadi seorang komandan bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, bukan sekadar hanya memakai pakaian khas nombor 2 sahaja tetapi dibahu mereka terletaknya kunci kelancaran dan kejayaan pelaksanaan aktiviti KRS MUSLEH di sekolah masing-masing. Selain daripada teori, mereka juga didedahkan dengan suasana perkhemahan dan memasak di hutan.



PENUTUP

Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Tuan Shahrinizam b Mohd Amin selaku Penasihat KRS MUSLEH merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM). Majlis pentauliahan pangkat dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Abd Rahaim Md Isa, Pengerusi JK Induk KRS MUSLEH merangkap Pengerusi KRS MUSLEH. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Hasan Al Banna, Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani.

Tarbiah merupakan unsur utama di dalam apajua aktivisme KRS MUSLEH. Maka para pegawai di sekolah haruslah memainkan peranan yang penting di dalam merancang dan menyusun aktiviti. KRS MUSLEH bukan hanya pasukan berpakaian seragam dan melakukan aktiviti bersifat fizikal semata-mata tetapi di dalam setiap kemahiran itu adanya unsur-unsur tarbawi yang perlu disepadukan secara terancang dan berkesan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan JK Pengendali kursus ini yang terdiri daripada pegawai latihan pelbagai pangkat dibantu oleh bekas anggota KRSM yang kini menyambung pelajaran di IPTA.