Tuesday, February 17, 2009

KURSUS JURULATIH BASED KEBANGSAAN

Tahniah dan syabas. Alhamdulillah pada 13 - 15 Februari 2009 baru-baru ini seramai 11 orang telah ditauliahkan sebagai gurulatih dan jurulatih BaSeD dengan dianugerahkan bengkung oleh Penasihat & Choreographer BaSeD, Cikgu Mohd Khairi b Ab. Rahman, PPN. Kursus tersebut telah diadakan di Pusat Latihan Bina Jago, Jalan Meru Klang. Cikgu Khairi bersama beberapa orang gurulatih BaSed yang telah mengendalikan kursus ini.


Ketika kursus ini dijalankan, terdapat kumpulan pesilat berbangsa Cina daripada Persatuan Buddish Klang turut mengadakan latihan bersama(tetapi bukan latihan BaSeD). Mereka akan mengadakan latihan untuk persembahan seni silat melayu di pertunjukkan seni mempertahankan diri di Jepun pada bulan Mei nanti. Sekiranya ada rezeki, BaSeD juga akan keperingkat antara bangsa. INSYA ALLAH.


Thursday, February 12, 2009

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD & PERKHEMAHAAN




Insya Allah pada 17 - 20 Mac (cuti sekolah) pihak Majlis Jurulatih akan menganjurkan kursus kemahiran kawad & perkhemahan. Kursus Kawad Kaki akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang sementara Kursus Ilmu Perkhemahan akan diadakan di Taman Botani Negara (Bukit Cherakah) Seksyen 8 Shah Alam. Peserta perlu sampai ke tapak kursus sebelum pukul 10 pagi, 17/3/09.
Penyertaan dibuka kepada pegawai berpangkat leftenan muda dan leftenan bagi Kemahiran Kawad dan Perkhemahan). Namun begitu bagi sekolah yang belum mempunyai pegawai latihan bertauliah maka boleh menghantar pegawai kadet yang bersesuaian. Bagi pelajar pula, penyertaan hanya dibuka untuk Kursus Kawad Kaki sahaja. Peserta boleh terdiri daripada sarjan dan staf sarjan dan koperal yang berwibawa untuk menjadi jurukawad. Maklumat lanjut akan dihantar terus ke sekolah.