Sunday, January 30, 2011

TAQWEEM AKTIVITI KRS MUSLEH 2011

Alhamdulillah bertemu lagi di tahun 2011. Semoga ianya menjanjikan satu lonjakan ke arah kecemerlangan dan kemanafaatan kepada seluruh ummat sejagat. Beberapa program adalah rutin tahunan dan terdapat juga beberapa program baru. Ada sedikit perubahan pada tarikh dan tempat program atas sebab-sebab teknikal.

FEBRUARI 2011

3 - 5

Kursus Jurulatih Kawad Kebangsaan Siri 1
Peserta : Jurulatih Kebangsaan dan Leftenan serta Left Muda terpilih sahaja.
Tempat : Sek Men Islam Hira' Jeram, Selangor

27 (ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan)

Daurah Tarbawi
Peserta : JK Induk, Jurulatih Kebangsaan, Pengetua/Guru Besar
Tempat : METC Tmn Melawati

MAC 2011

5 - 6 (ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan)

Kursus Hakim Kawad Kaki KRS MUSLEH
(sambungan drpd Kursus Jurulatih Kawad Kebangsaan)
Peserta : Jurulatih Kebangsaan, Leftenan dan Left Muda yg terpilih
Tempat : Selangor

13 - 17

1. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Tunas KRS MUSLEH
Peserta : Koperal TKRSM yg layak
Tempat : Setiawan, Perak

2. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan KRS MUSLEH
Peserta : Koperal KRSM yg layak
Tempat : Setiawan, Perak

3. Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan KRS MUSLEH
Peserta : Sarjan KRSM yg layak
Tempat : Setiawan dan Pulau Pangkor, Perak

13 - 22

Kembara Dakwah ke Malaysia Timur
Peserta : Lepasan SPM 2010 yang terpilih
Tempat : Sabah dan Sarawak

APRIL 2011

29 Apr - 1 Mei

Bengkel Perincian Huraian Sukatan & Modul KRS MUSLEH
Peserta : Sekretariat KRSM
Tempat : Belum ditentukan


MEI 2011

29 Mei - 1 Jun

1. Kursus Kemahiran Kawad Kaki
2. Kursus Kemahiran Basic Self Defense (BaSeD)
3. Kursus Kemahiran Bantu Mula

Peserta : Jurulatih/Bakal Jurulatih Kemahiran di sekolah
Tempat : Pusat Pendidikan Al Islah Sg Petani Kedah

29 Mei - 2 Jun

Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran
Peserta : Staf Sarjan KRSM yg layak
Tempat : Selangor

30 Mei - 1 Jun

Kursus Pegawai Pengurusan TKRS/KRS MUSLEH
Peserta : Pengetua/Timb/PK Tarbiah@Ko-Kurikulum yg belum ditauliahkan
Tempat : Sg Petani Kedah

JUN 2011

4 - 8

Kursus Kemahiran Di Air
Peserta : Pegawai Latihan sekolah yang berkelayakan dan berkemampuan
Prioriti : Sekolah yang belum menghantar wakil ke kursus yang pertama, Dis 2010
Tempat : Alor Setar, Kedah

JULAI 2011

Pemantauan Pelaksanaan TKRS/KRS MUSLEH
Peserta : Semua SRI-SMI di bawah rangkaian MUSLEH
Pemantau : Sekretariat KRS MUSLEH

JUN - OKTOBER 2011 (Jangkaan)

Perkhemahan Kebangsaan KRS Malaysia KPM
Perkhemahan Kebangsaan KRS Malaysia Inst. Pendidikan Agama (IPA) KPM

NOVEMBER 2011

Cadangan - KEMBARA Qurban 1432H
Peserta : Terbuka kpd semua guru pemimpin TKRS/KRS MUSLEH
Tempat : Kemboja / Myanmar

26 - 30

Kursus Pra Leftenan & Kapten KRS MUSLEH
Peserta : Left Muda & Leftenan T/KRSM
Tempat : Pulau Pangkor, Perak

DISEMBER 2011

19 - 22

Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH
dan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat SMI MUSLEH
Peserta : Wakil TKRS/KRS MUSLEH semua SRI-SMI dan Rakan MUSLEH
Tempat : Selangor

** Ini adalah perancangan. Masih tertakluk kepada perubahan jika berlaku halangan.

MARILAH KITA KOMITED UNTUK MENJAYAKAN DENGAN PENUH KECEMERLANGAN

Oleh : Sekretariat KRS MUSLEH

PERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA (PENARA) KRS MUSLEH 2010




Nur Laman Bestari, Hulu Yam, 27-30 Disember 2010.

Seramai 163 orang anggota, 11 org guru pengiring dan 20 orang pegawai telah sama-sama menjayakan Perkhemahan Nasional Di Udara (PENARA) KRS MUSLEH 2010. Peserta-peserta adalah dari beberapa buah sekolah yang mewakili negeri-negeri iaitu Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Johor, dan Pahang. Program dimulakan dengan acara mendirikan pengkalan dan memasak. Aktiviti kerohanian spt solat berjemaah, membaca Al-Quran , tazkirah, membaca al-mathurat dan qiamullail menjadi teras kepada semua program KRS MUSLEH berjalan dengan lancar semasa PENARA kali ini.
Radio Amatur (RA) merupakan kemahiran baru yang diselitkan di dalam program perkhemahan ini. Persatuan Radio Amatur Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MARES telah bersama-sama menyumbangkan tenaga dan kemahiran dalam RA dengan memberikan teori dan sedikit amali penggunaannya. Program berkaitan RA diteruskan dalam bentuk aktiviti Orienteering di mana setiap kumpulan dikehendaki berhubung dengan basecamp setiap kali berjaya menjumpai check point yang ditentukan. Aktiviti Orienteering dijalankan secara berasingan antara pasukan kadet lelaki(syabab) dan kadet perempuan(fatayat). Yang menarik dan mengujakan ialah ada satu kumpulan bagi setiap gender tersasar dari laluan menyebabkan mereka tidak menjumpai check point yg sepatutnya. Namun berdasarkan kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti sebelum ini , setiap pasukan yang tersasar mampu untuk kembali ke pengkalan dengan selamat. Konstruk kepimpinan, kerja berpasukan, tekanan toleransi dan membuat keputusan diaplikasikan dengan baik sekali.
Ketika satu pasukan Fatayat dikesan telah tersasar kerana terlalu lewat kembali ke kem, dua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kalangan jurulatih telah dihantar untuk menjejaki mereka. Alhamdulillah dengan bantuan RA, pasukan SAR dapat mengendalikan usaha mencari dan menyelamat dengan lancar. Alhamdulillah pasukan yang tersasar selamat sampai dan pasukan SAR dapat dihubungi dengan RA untuk kembali ke pengkalan.
Bagi aktiviti seperti ini, pengalaman dan pengajaran merupakan sesuatu yang mahal untuk diperolehi. Walaupun pada zahirnya pasukan yang lewat tiba dilabelkan sebagai kalah namun situasi yang dialami untuk mencari jalan pulang adalah sesuatu yang amat berharga. Di sinilah terujinya semangat kerja berpasukan dan penyerahan diri kepada Yang Maha Mendengar. Rantaian doa dan zikir memenuhi hati yang pasrah kepada taqdirNya.
Selain itu program yang dijalankan termasuklah pertandingan kem kraf, membina gajet, Asas Pertahanan Diri (Basic Self Defense-BaSeD) dan persembahan turut memeriahkan suasana perkhemahan ini. Sebelah malam diisi dengan ceramah dan forum yang dikendali dan dijayakan oleh peserta sendiri. Tazkirah selepas maghrib dan Subuh membasahi kekeringan hati dan jiwa, mengikat hati dan perasaan untuk terus mengabdikan diri kepada Yang Maha Pencipta.
PENARA 2010 di akhiri dengan perbarisan oleh semua peserta dan telah ditutup dengan rasminya oleh Tuan Hj Mohd Yaakub Idris, Pen.Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Turut hadir ialah Tuan Ustaz Megat Mohd Amin b Megat Mohd Nor, Penaung KRS MUSLEH.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan PENARA 2010 terutamanya kepada semua SMI yang telah menghantar wakil, jurulatih dan pembantu jurulatih KRS MUSLEH peringkat kebangsaan serta semua yang telah memberikan sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga bertemu lagi di PERNAS 2011, insya Allah.