Tuesday, December 27, 2016

LAPORAN PERKHEMAHAN NASIONAL 2016 (PERNAS ’16)

HULU SELANGOR, 15 Disember 2016 - Perkhemahan Nasional 2016 (PERNAS ’16) anjuran Sekretariat Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) di Kem PLKN Pelangi Hill Resort Kerling, Hulu Selangor, Selangor telah melabuhkan tirainya setelah lima hari empat malam berkampung di sini bermula dari hari Ahad, 11 Disember 2016 yang lalu. PERNAS ’16 disertai oleh anggota Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh daripada sekolah- sekolah Rangkaian IKRAM-MUSLEH dan Rakan IKRAM-MUSLEH di peringkat Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) dengan penyertaan 9 negeri dari 20 buah SRI dan 16 buah SMI, seramai 1331 orang termasuk 1153 anggota, 114 orang guru pengiring, 44 orang pihak urusetia dan 20 orang pembantu urusetia.

PERNAS ’16 merupakan program berkala yang dianjurkan oleh Sekretariat KRS Musleh dua tahun sekali dan pada kali ini adalah tahun ketiga sepanjang penganjurannya. Objektif PERNAS ’16 diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara anggota-anggota KRSM, mengadakan aktiviti perkhemahan dan pertandingan kemahiran serta menyuburkan ciri-ciri keperibadian Muslim dan kerja berpasukan. Selain itu, antara objektifnya juga adalah mengadakan pengisian kebudayaan, iman dan taqwa serta memberi peluang menambah kredit dalam markah kokurikulum.

Pengisian PERNAS ’16 dilengkapi dengan aktiviti pembangunan modal insan yang seimbang bagi memenuhi keperluan aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial para peserta yang menyertainya. Tema yang diperkenalkan pada kali ini adalah Ukhuwwah, Iman dan Taqwa Teras Kekuatan Generasi Rabbani menjadi pemangkin kepada para peserta dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana PERNAS ’16 dalam mewujudkan suasana tersebut dalam menjalankan setiap aktiviti yang telah disusun dengan terancang sepanjang PERNAS ’16 berlangsung. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Seni Bela Diri Basic Self-Defends (BaSed), dan Pertandingan OBSRACE.

PERNAS’16 menjanjikan kelainan kepada para peserta yang menyertainya pada kali ini. Hal ini kerana Pertandingan Rekacipta, Pertandingan Masakan Kreatif dan Pertandingan Orienteering menggunakan format pemarkahan dan syarat pertandingan yang berbeza bagi mencapai objektif PERNAS ’16 berbanding penganjurannya dua tahun yang lalu. Selain itu, PERNAS ’16 juga bertindak sebagai pencetus acara Memanah Tradisional (METRA) yang dipertandingkan di perkhemahan peringkat kebangsaan buat pertama kalinya dalam sejarah penganjurannya.

Pada hari kedua, para peserta turut diberikan perkongsian dan pendedahan kepada perkembangan isu-isu semasa yang berlaku di dunia global berkaitan etnik Rohingya yang tertindas di Bumi Arakan dan Mangsa Gempa Bumi Acheh yang disampaikan oleh dua orang aktivis Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) iaitu Puan Norsham binti Abu Bakar (WBTG) dan Encik Husaini (Aktivis MyCARE). Pada sesi tersebut juga, pihak penganjur telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya dan Mangsa Gempa Bumi Acheh. Para peserta juga dididik dan diberi peluang untuk menyalurkan sumbangan kecil mengikut kemampuan bagi membantu mereka yang amat-amat memerlukan dan hasil sumbangan pada malam tersebut telah disampaikan kepada Puan Norsyam dan Encik Husaini selaku wakil daripada MyCARE. Kutipan sumbangan diteruskan lagi sehingga berakhirnya PERNAS ’16 dan mencatatkan dapatan sebanyak RM 2,263.35 lagi termasuk jumlah kutipan wang hasil jualan kraftangan peserta PERNAS ’16 yang terlibat di dalam Pertandingan Rekacipta peringkat SRI dan SMI. Hasil kutipan tersebut diserahkan kepada Kapten KRSM Rofazlin bin Jusoh selaku Komandan Kem PERNAS ’16 merangkap wakil MyCARE Johor.

Slot Bicara Remaja turut disampaikan oleh Mejar KRSM Soleh bin Senafi dan Kapten KRSM Rofazlin bin Jusoh pada hari ketiga PERNAS ’16 berlangsung berkisar tentang pengajaran daripada jaulah KRSM selama 5 hari ke bumi Acheh yang kenali sebagai “Tanah Rencong” dan juga “Serambi Mekah”, bagi menyuntik semangat ukhuwwahfillah dalam kalangan peserta yang menghadapi pelbagai cabaran antaranya cuaca hujan lebat dan panas terik yang silih berganti sepanjang lima hari menjalani aktiviti PERNAS ’16. Selain itu, para peserta juga untuk menghabiskan bacaan surah-surah pilihan antaranya surah Al-A’raaf, Al-Anfal dan surah At-Taubah sepanjang PERNAS ’16  berlangsung sebagai amanah fardhiah harian.

Upacara Majlis Perasmian Penutup PERNAS ’16 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Noorulanuar bin Baharudin, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Turut sama menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu kehormat adalah Komander Ajit Singh a/l Sarjit Singh TLDM merangkap Komandan Kem PLKN Pelangi Hill Resort Kerling; Ustaz Megat Mohd. Amin bin Megat Mohd. Noor selaku Penaung KRS Musleh, Ustaz Shamsul Maarif bin Hj. Ismail selaku Penasihat KRSM 1 dan Mejar KRS Abd Rahaim bin Md. Isa selaku Pengerusi KRS Musleh merangkap Pengarah PERNAS ’16.

Di dalam ucapan perasmian, Yang Berbahagia Encik Noorulanuar bin Baharudin ada menyatakan bahawa aktiviti tarbiah dan pembangunan kepimpinan yang dijalankan di sekolah dan di dalam program PERNAS ini adalah wadah-wadah yang diwujudkan untuk memastikan ciri-ciri unggul iaitu ukhuwwah, iman dan taqwa ini dapat disuburkan secara terancang dan bersepadu. Di samping itu, segala aktivisme yang berjalan di dalam Tunas KRS dan KRS Musleh ini merupakan acuan-acuan yang disediakan untuk menghasilkan anggota-anggota yang berkeperibadian mulia dan bercirikan kepimpinan yang diperlukan pada masa hadapan. Selain itu, manfaat yang diperolehi oleh anak-anak ialah markah kokurikulum di peringkat kebangsaan, yang akan membantu mereka bersaing dalam pemilihan tempat di IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Setelah mendengar ucapan daripada beliau, acara diteruskan lagi oleh persembahan khas BaSed KRS Musleh oleh gabungan peserta, urusetia dan pembantu urusetia serta persembahan jemputan daripada Gerak Pencak Gayarasa (GPG) yang diketuai oleh Cikgu Khairi bin Abd Rahman. Pada sesi akhir majlis tersebut, Yang Berbahagia Encik Noorulanuar bin Baharudin telah menyampaikan sijil pencapaian kepada johan-johan bagi setiap kategori pertandingan yang telah dianjurkan di PERNAS ’16.

Mejar KRS Abd Rahaim bin Md Isa – Pengerusi KRS Musleh

Sunday, November 6, 2016

BUKU PANDUAN PELAJAR KRS SEKOLAH MENENGAH * TERKINI*



HUBUNGI AL AMEEN SERVE SDN BHD UNTUK TEMPAHAN :

TEL : 03-41434343
atau
E-MAIL : ameenbooks@gmail.com

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) KRS MUSLEH 2016



PERKHEMAHAN NASIONAL 2016 (PERNAS '16)

Tema : UKHUWAH, IMAN & TAQWA TERAS KEKUATAN GENERASI RABBANI

Tarikh & Hari : 11 – 15 Disember 2016 (Ahad – Khamis)

Tempat : Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Lot 1675, Jln Kolam Air Panas, Taman Lembah Damai, 44100, Kerling Hulu Selangor, Selangor

Friday, June 10, 2016

KALENDAR KRS MUSLEH 2016

TAQWEEM KRS MUSLEH 2016
JUN
22 – 24 : BENGKEL REVIU UNIT KOKURIKULUM
: BILIK MESYUARAT IKRAM MUSLEH, SERI KEMBANGAN .
JULAI
17 – 18 : DAURAH JURULATIH KRS MUSLEH
: DEWAN BESAR IKRAM, SERI KEMBANGAN
30 – 31 : KURSUS MEMANAH TRADISIONAL LANJUTAN
: KOMPLEKS PENDIDIKAN HIRA’ JERAM
SEPTEMBER
: KURSUS RADIO AMATUR
30/9 – 2/10 : KEMAH 2 PRAMUKA JSIT PERINGKAT SUMATERA
OKTOBER
1 – 2 : KURSUS ORIENTEERING
: ZON TENGAH
NOVEMBER
: KURSUS PENGURUSAN REKREASI TAHAP 2 & 3
DISEMBER
11 – 15 : PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH (PERNAS) SRI-SMI
: PUSAT KOKURIKULUM JUASSEH, NEGERI SEMBILAN

Friday, March 25, 2016

KURSUS KENAIKAN PANGKAT PENGURSAN, LEFTENAN MUDA, STAF SARJAN DAN SARJAN

Laporan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan
12 – 17 Mac 2016
D’Amir Chalet, Kg Baru, Sitiawan, Perak

Sekolah Rendah Islam Hira’ telah menghantar kontingen seramai 20 orang syabab dan 17 orang fatayat. Para peserta perlu lulus 5 ujian untuk mendapatkan pentauliahan Sarjan TKRSM. Pada hari pertama perkhemahan, peserta perlu mendirikan khemah dan hanya SRI Hira’ sahaja dalam kalangan Sekolah Rendah Islam Musleh yang menepati piawaian khemah yang ditetapkan oleh Ikram Musleh iaitu khemah ‘A frame’. Aktiviti wajib dilaksanakan iaitu solat 5 waktu berjemaah dan bacaan al-ma’thurat. Perhimpunan pertama diisi dengan taklimat oleh Kem Komanden seterusnya perlantikan penghulu dan penghuluwati. Peserta dari SRI Hira’, Afif Farhan telah dilantik menjadi penghulu, mewakili 406 orang peserta TKRSM.