Tuesday, August 21, 2018

International Eco Nature Run 2018 (IENR18)

International Eco Nature Run 2018 (IENR18)
Tarikh: 15 September 2018 (Sabtu)
Tempat: Taman Rimba Alam, Putrajaya.
  Masa: 6.30 pagi
Anjuran: Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh


Pihak Sekretariat Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh meneruskan aktiviti tahunan berbentuk ketahanan fizikal dengan menganjurkan IENR'18 yang pada kali ini terus membuka ruang dan peluang kepada semua lapisan peserta yang berminat melangkaui luar Malaysia. 

Hampir 24 hari lagi program ini akan berlangsung, pendaftaran peserta mencecah 2500 orang. Pendaftaran pada awalnya melalui online di website howei.com.

Memandangkan sambutan yang luar biasa, pihak penganjur membuka juga pendaftaran melalui offline yang memerlukan peserta mendaftar melalui borang yang disediakan oleh pihak penganjur.


Segala info berkenaan IENR'18 ini boleh diperoleh di FB Page: FB Page IENR'18 


..Mari Bersama Kami..

Monday, August 20, 2018

DAURAH KHAS JURULATIH (DKJ SIRI 02) 2018


DAURAH KHAS JURULATIH (DKJ SIRI 02) 2018
Tarikh : 17 & 18 Ogos 2018 (Jumaat – Sabtu)
Tempat : Brindley Training & Camp, Kompleks UNITI, Pasir Panjang,
Port Dickson, Negeri Sembilan
Daftar : 8.00 pagi

Sepertimana kita sedia maklum bahawa KRS MUSLEH adalah salah satu badan yang diujudkan untuk melaksanakan dan memantapkan proses tarbiah dan dakwah di sekolah. Ia adalah satu wadah tarbiah khususnya dalam pembinaan kepimpinan pelajar secara sistematik. Pembinaan kepimpinan pelajar berkait rapat dengan kepimpinan para pegawai di sekolah. Sementara kepimpinan pegawai di sekolah berkaitan rapat dengan marhalah tarbiah yang mereka lalui.
Faktor kekuatan tarbiah para pegawai sangat kritikal dan perlu diberi perhatian khusus supaya segala
perancangan dan pelaksanaan aktivisme KRS MUSLEH di sekolah mendapat sentuhan tarbawi. Ini akan memberi impak yang besar dalam membina tasawur dan fikrah yang mantap mengenai hadaf bagi setiap kemahiran yang diajar dan pentaksiran yang dijalankan. 

OBJEKTIF
1. Melahirkan pegawai yang bersifat murobbi yang faham tuntutan harakiyah.
2. Memudahkan pembentukan mutarobbi di sekolah.
3. Memahami tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah di sekolah.

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Pengarah                : Mej KRSM Ust Soleh b. Senafi
Timb. Pengarah      : Kapt KRSM Ust Sukri b. Sharif
Kem Komandan      : Mej KRSM Shahrinizam b. Mohd Amin
Setiausaha             : Kapt KRSM Norzalina bt Nordin
Bendahari              : Mej KRSM Harun b. Yaakob
JK Penempatan      : Peg. Kadet KRSM Nurul Syahida
dan Makanan

Aluan Pengarah

Masakan Survival


atau LIKE FB Page KRS Musleh di:
FB Page KRS Musleh

Friday, July 13, 2018

MISTAC'18




 KEJOHANAN ANTARABANGSA MEMANAH
TRADISIONAL PELAJAR MUSLEH 2018
MUSLEH International Students Traditional Archery Championship 2018
(MISTAC’18)

Anjuran Bersama :
KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
PERSATUAN MEMANAH TRADISIONAL MUSLEH (METRA)

OBJEKTIF PROGRAM
1. Mengumpulkan pemanah-pemanah dalam kalangan pelajar, remaja dan golongan
belia seantero negara dan luar negara.
2. Menjadi medium utama kepada pemanah-pemanah memperlihatkan bakat masing-masing melalui kejohanan yang dianjurkan.
3. Melahirkan generasi yang mampu memartabatkan sukan memanah tradisional ke
peringkat yang lebih tinggi.
4. Memelihara dan memperkenalkan budaya dan pemakaian tradisional peserta
mengikut negeri dan negara masing-masing.

LOKASI DAN TARIKH PELAKSANAAN
Kem Bina Semangat (KBS), Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu, Selangor
21-22 Julai 2018

YURANPelajar : RM160.00 seorang
Pelajar Antarabangsa : RM200.00 seorang
Guru Pengiring : RM100.00 seorang
Guru Pengiring Antarabangsa : RM150.00 seorang

Kategori Penyertaan :Individu Lelaki (Sekolah Rendah)
Individu Perempuan (Sekolah Rendah)
Individu Lelaki (Sekolah Menengah)
Individu Perempuan (Sekolah Menengah)
Individu Lelaki (IPT)
Individu Perempuan (IPT)

ATURCARA MISTAC’1821 JULAI 2018
7.30-8.30 KETIBAAN, PENDAFTARAN & SARAPAN
8.30-9.00 TAKLIMAT – KETUA PASUKAN
9.00 – 10.00 PEMERIKSAAN PERALATAN & DAFTAR MASUK
10.00 – 11.00 “OFFICIAL TRAINING”
11.00 – 12.30 TARGET SHOOTING : 1 END – SEK REN/SEK MEN/ IPT
12.30 – 2.30 REHAT, MAKAN TENGAH HARI & SOLAT
2.30 – 6.00 TARGET SHOOTING : 2 END – SEK REN/SEK MEN/IPT
6.00-8.30 MAKAN MALAM, SOLAT, MATHURAT, KULIAH
8.30-11.00
SLOT BERSAMA SHEIKH FUAD (IPT) / TAYANGAN
(SEK REN/SEK MEN)
11.00-11.30 MINUM MALAM
11.30 TIDUR

22 JULAI 2018
5.00-6.00 QIYAMULLAIL
6.00-6.30 SOLAT SUBUH & TAZKIRAH
6.30-7.00 KENDIRI
7.00-8.00 SARAPAN
8.00-12.00 FLASH SHOOTING : 2 END (SEK REN/SEK MEN/IPT)
12.00-2.30
REHAT, MAKAN TENGAH HARI, & SOLAT/DAFTAR
KELUAR
2.30-4.00 MAJLIS PENUTUP & SESI FOTOGRAFI
4.00 BERSURAI


HUBUNGI:
1. Tuan Kamaruzaman: 011-3661 6500
2. Tuan Rubaie: 013-359 5081

Monday, May 21, 2018

Program Susulan Kembara Dakwah 2018

Program Susulan Kembara Dakwah 2018
(Ziarah dan Ifthar Perdana)
18 hingga 19 Mei 2018
Perkampungan Orang Asli Kg Sarok & Kg Sg Urat, Pos Dala, Grik, Perak. 

Penyertaan: 
a. 26 peserta LKD9
b. Pegawai pengiring: 2 Sekretariat dan 1 muallimah

Antara aktiviti:
  • Berbuka Puasa (ifthar)
  • Solat Tarawih
  • Amali Solat Wanita
  • Sumbangan 90 telekung, 200 pelikat + kopiah dan 90 sajadah
 












Tuesday, May 1, 2018

DAURAH JURULATIH SIRI 1/2018


DAURAH KHAS JURULATIH SIRI 1
20-21 Januari 2018
Dewan IKRAM Seri Kembangan

Anjuran
Sekretariat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH
dan JK Tarbiah IKRAM Musleh


PENGENALAN

Sepertimana kita sedia  maklum bahawa KRS MUSLEH adalah salah satu badan yang diujudkan untuk melaksanakan dan memantapkan proses tarbiah dan dakwah di sekolah. Ia adalah satu wadah tarbiah khususnya dalam pembinaan kepimpinan pelajar secara sistematik. Pembinaan kepimpinan pelajar berkait rapat dengan kepimpinan para pegawai di sekolah. Sementara kepimpinan pegawai di sekolah berkaitan rapat dengan marhalah tarbiah yang mereka lalui.

Faktor kekuatan tarbiah para pegawai sangat kritikal dan perlu diberi perhatian khusus supaya segala perancangan dan pelaksanaan aktivisme KRS MUSLEH di sekolah mendapat sentuhan tarbawi. Ini akan memberi impak yang besar dalam membina tasawur dan fikrah yang mantap mengenai hadaf bagi setiap kemahiran yang diajar dan pentaksiran yang dijalankan.

Jestru itu, pihak sekretariat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan daurah khas ini supaya para pegawai yang menjadi jurulatih KRS MUSLEH bukan sekadar hebat dari sudut kemahiran sebagai seorang jurulatih tetapi mantap dari sudut tarbiah fardhiah dan memenuhi muwasofat (ciri-ciri) kepimpinan yang terkandung dalam arkanul baiah. Maka daurah pada kali ini akan memberi fokus kepada pemahaman yang mantap tentang ciri-ciri kepimpinan pasukan. Semoga ianya dapat diaplikasikan di dalam perancangan aktiviti dan kemahiran KRS MUSLEH di sekolah dan peringkat nasional.

1.       Melahirkan pegawai yang bersifat murobbi yang faham tuntutan harakiyah.
2.       Memudahkan pembentukan mutarobbi di sekolah.
3.       Memahami tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah di sekolah.