Tuesday, March 27, 2012

Kursus Kenaikan Pangkat 2012


Assalamu'alaikum.......

Alhamdulillah, Kursus Kenaikan Pangkat KRS MUSLEH pada tahun 2012 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kursus untuk kenaikan pangkat sarjan tunas, sarjan dan staf sarjan serta leftenan Muda untuk guru-guru sekolah rangkaian MUSLEH dan guru-guru sekolah rakan MUSLEH.

Tarikh Kursus: 11 - 15 Mac 2012
Tempat: Amir Chalet, Kg Baru, Lumut, Perak

Pada tahun ini peserta kursus telah bertambah dengan penambahan yang luar biasa menjadikan jumlah peserta untuk 4 kategori (sarjan tunas, sarjan, staf sarjan, dan leftenan muda) seramai 572 orang. Jika ditambah dengan guru pengiring dan urusetia program dianggarkan lebih dari 600 orang berkumpul di tempat program. Oleh kerana penambahan yang luar biasa, pihak penganjur telah menambah tempat aktiviti seperti di Kem PLKN dan sekolah kebangsaan.

Alhamdulillah....... Walaupun bilangan peserta yang ramai dan tidak seimbang dengan bilangan urusetia namun jutaan syukur kehadrat Allah yang telah memudahkan perjalanan kursus ini dengan dibantu oleh semua pegawai-pegawai yang berdedikasi sebagai urusetia serta bekas-bekas anggota/pelajar dari sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH.

Semoga kita semua, guru dan pelajar sekolah-sekolah Musleh dan sekolah-sekolah rakan Musleh dapat berganding bahu melatih dan membina kepimpinan pelajar melalui pengalaman bersama KRS MUSLEH dan seterusnya menjadikan KRS MUSLEH sebagai wadah tarbiyyah dan dakwah kepada masyarakat.

Wassalamu'alaikum .....