Sunday, August 23, 2009



Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut
Ramadhan . Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

KAMI dari JK Sekretariat & Jurulatih KRS MUSLEH menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Sekian, terima kasih, wassalam

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

TAZKIRAH RAMADHAN



Drpd Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadhan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai" - Riwayat Ahmad

"Wahai orang beriman di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa" Al Baqarah: 183

Festival Ramadhan telah datang, marilah kita semua merebut apa sahaja segala yang ada dalam Ramadhan ini.
Semoga diakhir Ramadhan kita akan jadi orang2 yang bertambah Taqwanya.

RasulullaRasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 20, 2009

PENDAFTARAN PRINT '09

Assalamualaikum wbr, alhamdulillah JK Induk dan JK Pelaksana PRINT '09 telah mengadakan mesyuarat sebagai persediaan untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan. Program ini melibatkan penyertaan dari unit pakaian seragam sekolah-sekolah luar negara. Blog PRINT'09 akan dibuka tidak lama lagi untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang pendaftaran pasukan, keperluan, pertandingan dan lain-lain lagi. Sementara itu beberapa maklumat awal diperturunkan di sini untuk tindakan awal:

Wednesday, August 19, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR... hayatilah dengan hati nuranimu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

Saturday, August 15, 2009

DAH HABIS EXAM MENANDALAH PULAK...

JK Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) telah mengadakan program Penandaan Kertas2 SPPM Tahun 6 bagi semua subjek B.Arab, Ilmu Syariah dan TKRS MUSLEH. Ramai guru yang hadir untuk penandaan ini. Program bermula 14/8/09 hingga 18/8/09 di Pejabat MUSLEH, Taman Melawati. Bagi kertas TKRS MUSLEH, seramai 5 orang pegawai turun mulai hari pertama. Antaranya Tuan Soleh, Tuan Abd Rahaim, Puan Rosiah, Puan Fauziah Syafie dan Puan Fauziah Ariffin. Seramai 1400 orang calon Tahun 6 telah menduduki kertas ini. Ujian Amali dijalankan di sekolah masing-masing melibatkan kemahiran kawat kaki, pertolongan cemas, simpulan&ikatan dan jahitan. Ujian Tahan Lasak juga dijalankan diperingkat sekolah. Disamping itu pentaksiran melalui pemerhatian melibatkan 12 konstruk dijalankan sepanjang tahun semasa perjumpaan mingguan, perkhemahan dalaman dan perkhemahan luaran. Ini memberikan 1A untuk ujian bertulis, 1A untuk amali dan 11A untuk konstruk ketrampilan serta 1A untuk tahan lasak. Semoga dengan pentaksiran yang menyeluruh ini akan menghasilkan peribadi2 yang kuat dari sudut fizikal, mental, dan rohani.

SALAM RAMADHAN 1430 H

Insya Allah tidak berapa lama lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Apa yang diharapkan semua ahli anggota KRS MUSLEH telah membuat persediaan untuk menyambut bulan tersebut. Antara persediaan yang perlu dibuat ialah:

a. Persediaan rohani
b. Persediaan mental
c. Persediaan fizikal
d. Persediaan emosi

Monday, August 3, 2009

KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH

Alhamdulillah, pada 31 Julai - 2 Ogos, di D'Amer Chalet, Ayer Tawar, Perak, seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar sekolah-sekolah Islam Malaysia yang bernaung di bawah MUSLEH dan ADNI telah hadir mengikuti kursus pegawai pengurusan KRS MUSLEH. Pihak sekretariat & jurulatih mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kerana telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam menjayakan kursus tersebut. Penekanan kursus adalah dalam aspek pengurusan dan kepemimpinan terutamanya dalam menjayakan aktivisme KRS MUSLEH di sekolah masing-masing. Para peserta juga didedahkan beberapa ilmu dan kemahiran asas dalam modul KRS MUSLEH.
Di akhir program seramai seorang penasihat, 6 orang Komanden dan 27 orang Timbalan Komanden telah ditauliahkan oleh Tuan Megat Mohd Amin Megat Mohd Nor iaitu Penaung KRS MUSLEH. Rupa-rupanya hebat juga para Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan kita ni. Adalah diharapkan segala ilmu, kemahiran, nilai dan pengalaman yang diperolehi akan meningkatkan kematangan kita dalam mengurus organisasi kita di sekolah, Insya Allah.