Wednesday, April 7, 2010

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN, STAF SARJAN, PEGAWAI WARAN DAN LEFTENAN MUDA KRS MUSLEH







14 - 18 Mac 2010, alhamdulillah seramai 65 orang pegawai telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda KRS MUSLEH, 24 orang kadet ditauliahkan pangkat Pegawai Waran, 68 orang kadet ditauliahkan pangkat Staf Sarjan dan 160 orang kadet ditauliahkan pangkat Sarjan. Semua peserta adalah dari seluruh rangkaian pendidikan MUSLEH dan rakan MUSLEH. Pihak sekretariat mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengikuti kursus kenaikan pangkat tersebut dengan jayanya. Begitu juga kepada pihak urusetia dan jurulatih yang telah menjayakan kursus ini.



Kursus kenaikan pangkat Leftenan Muda dan Sarjan telah diadakan di D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Setiawan, Perak, peserta Staf Sarjan pula diadakan di Pulau Pangkor manakala kursus kenaikan pangkat Pegawai Waran diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor. Kursus ini telah diadakan selama 5 hari 4 malam. Para peserta telah diuji dan dinilai dalam pelbagai sudut diantaranya, ilmu, kemahiran dan konstrak kemampuan.



Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh pihak sekolah, terutamanya memantapkan kemahiran asas kawad dan based. Pihak sekretariat berharap pihak yang berwajib di sekolah dapat meningkatkan tahap kedua-dua kemahiran tersebut. Tidak lupa juga dalam aspek pengurusan dokumentasi. Pihak pengurusan sekolah terutamanya Jabatan Ko-Kurikulum perlu berusaha untuk mengemaskini segala dokumen yang berkaitan tentang krs MUSLEH. Insya Allah pihak sekretariat akan mengadakan lawatan kerja untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan dan pentadbiran KRS MUSLEH di peringkat sekolah.



Bagi mereka yang telah ditauliahkan, ingat bahawa untuk membangun dan memajukan KRS MUSLEH di peringka sekolah adalah tanggungjawab anda. Jangan sia-siakan harapan ummah dengan mengabaikan tanggungjawab kita dalam mempastikan kejayaan visi, misi dan objektif KRS MUSLEH dan sekolah. Semoga usaha dan pengorbanan serta keikhlasan anda dalam melaksanakan tugas ini akan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Semoga kita berjumpa di kursus lain yang akan dianjurkan oleh pihak sekretariat, Insya Allah. KRS MUSLEH bukan hanya sekadar unit beruniform tetapi ia adalah WADAH TARBIYAH dalam membina pemimpin akan datang.






Daripada: SU Sekretariat KRS MUSLEH

1 comment:

Mualim Hanis said...

Gambar-gambar Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda baru-baru ni nak dptkan dimana?
Sila infokan sekali tarikh-tarikh untuk pemantauan KRSM ke sekolah-sekolah..