Galeri Gambar Kursus

Wednesday, February 22, 2012

PERANCANGAN AKTIVITI 2012

InsyaALLAH kita komited untuk melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang.
Namun ini adalah perancangan dan sebarang perubahan kepada aktiviti akan dimaklumkan
seberapa segera.

BIL

TARIKH

AKTIVITI/PROGRAM

1

JAN

11-14/1

KEMNAS KEDUA PRAMUKA JSIT

2

JAN

(22-24/1)

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD LANJUTAN

(dijalankan pada kursus kemahiran MEI)

3

MAC

(11-15/3)

1. KURSUS SARJAN TKRSM


2. KURSUS SARJAN KRSM


3. KURSUS STAFF SARJAN KRSM


4. KURSUS LEFTENAN MUDA KRSM

(KURSUS FAST TRACK mula 10/3/2012)

4

MAC

(31/3)

DAURAH KHAS JURULATIH

5

MAC

(12-21/3)

KEMBARA DAKWAH KE SABAH & SARAWAK

6

APRIL

(9-11/4)

PERKHEMAHAN NASIONAL TUNAS KRS MALAYSIA

7

APRIL

(28/4 – 1/5)

KURSUS KEMAHIRAN BASED TAHAP 3

8

MEI

(27-30/5)

1. KURSUS KEMAHIRAN KAWAD


2. KURSUS KEMAHIRAN BANTU MULA


3. KURSUS KEMAHIRAN (ASAS PERTAHAN DIRI (BASED)


4. KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN


9

MEI

(27-31/5)

KURSUS PEGAWAI WARAN

10

JUN

(2-6/6)

KURSUS KEMAHIRAN DI AIR (ASAS BERENANG/ASAS MENYELAMAT/PERATURAN KESELAMATAN DI AIR)

11

JUN

(2-5/6)

ROAD TO GUNUNG TAHAN/KINABALU

12

JUN

(14-17/6)

KURSUS PEMBANGUNAN JURULATIH

13

JUN

(17-22/6)

PERKHEMAHAN PERDANA KRS MALAYSIA

14

JULAI/SEPT

PEMANTAUAN

15

SEPTEMBER

PERKHEMAHAN KRSM IPA

16

NOV

(18–22)

KURSUS PRA LEFTENAN KRSM

17

DISEMBER

(21-24/12)

PERKHEMAHAN NASIONAL (SRI & SMI)

Friday, February 10, 2012

KEMNAS II CIBUBUR

Seramai 28 orang anggota TKRS/KRS MUSLEH dan empat orang pegawai pengiring telah menyertai Perkhemahan Nasional II Pramuka JSIT di Cibubur Jakarta pada 11-14 Januari 2012. Kehadiran KRS MUSLEH disambut oleh Drs Sukro Muhab iaitu Ketua Umum JSIT Indonesia yang mempunyai lebih 1300 buah institusi pendidikan yang bergabungdi bawahnya.

Kontinjen telah berkumpul sejak 8 Januari lagi di SM Islam Al-Amin Bangi yang menjadi tuan rumah kepada kontinjen sebelum berlepas ke Jakarta.


Ketua Kontinjen KRS MUSLEH ke KEMNAS II, Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa berkata, penyertaan KRS MUSLEH telah mendapat restu Bahagian Ko-Kurikulum KPM yang turut mendoakan kesejahteraan kontinjen di sana.

Beliau berasa terharu mengenangkan kesungguhan dan pergorbanan para peserta untuk menjayakan program empat tahun sekali ini. Pada hari pertama apabila KRS Musleh berkunjung ke SMP IT Nurul Fitri, mereka disambut meriah oleh para lembaga pendiri, guru-guru serta para pelajar. Sedikit perkongsian antara peserta dengan pihak pengurusan SMP IT menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada rombongan KRS Musleh. Selepas itu barulah mereka bertolak ke tapak perkhemahan di Cibubur, sebuah tapak perkhemahan yang terbesar di Asia Tenggara yang mampu memuatkan lebih 80 ribu orang pada satu-satu masa.Ketua Kontinjen KRS MUSLEH ke KEMNAS II, Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa berkata, penyertaan KRS MUSLEH telah mendapat restu Bahagian Ko-Kurikulum KPM yang turut mendoakan kesejahteraan kontinjen di sana.

“Di sana kita telah bergabung dengan lebih 5,000 pramuka JSIT dan wakil Luk Se-Thailand. Suasana di tapak perkhemahan sungguh meriah dan ceria dengan lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu pramuka. Hampir semua kepulauan Indonesia menghantar wakil mereka ke KEMNAS ini, antaranya Kepulauan Jawa, Sumatera, Kalimantan, Makassar, Papua dan Bali,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, perkhemahan kali ini agak mencabar seperti juga PRINT'11 kerana saban hari dilanda mendung dan hujan terutama pada malam terakhir. Namun begitu semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang berjalan ialah lawatan ke Pusat Latihan Polis, Pusat Tentera Udara, Pertandingan dan Pertunjukan. Antara pertunjukan yang menarik pula ialah roket air, Palestin dan dua malam kebudayaan yang turut disertai oleh kumpulan Justice Voice, Izzatul Islam, Ruhul Jadid, Shoutul Harakah dan Muadz dari Malaysia. Qiam Perdana sungguh menyegarkan dengan solat tahajud dan munajat.

Sebelum kembali ke Malaysia, rombongan KRS Musleh telah bermalam di SMP IT Iqra' Boarding School yang juga salah satu rangkaian sekolah di bawah JSIT. Suasana sekolah di kampung dan dusun cukup menyegarkan jiwa.

Pengerusi Musleh Bhd, Ust Megat Mohd Amin selaku tetamu jemputan telah mengikuti program ini selama empat hari. Beliau turut memberi semangat kepada anggota rombongan supaya terus menjaga akhlak dan kerja berpasukan dalam membawa bendera Malaysia ke bumi Indonesia.


KURSUS PRA LEFTENAN DAN PRA KAPTEN KRS MUSLEH

PANGKOR – Kursus Pra Leftenan dan Pra Kapten Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH 2011 telah diadakan pada 25-30 November 2011 yang lalu di Raudhah Camp Teluk Nipah dan Teluk Segadas Pulau Pangkor, Perak. Kursus ini telah dikendalikan oleh tiga jurulatih KRS MUSLEH Kebangsaan, Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa, Mejar KRS Soleh Senafi dan Mejar KRS Zaini Abdul Rahman.

Objektif kursus adalah untuk mengumpulkan tenaga jurulatih KRS MUSLEH seluruh Malaysia dan memantapkan latihan pengurusan program dan kaedah P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) dalam kemahiran KRS MUSLEH. Selain itu, ia bertujuan memantapkan kefahaman tentang konsep penyerapan nilai tarbiah dalam aktiviti KRS MUSLEH di samping memantapkan kemahiran pengurusan organisasi di dalam pelaksanaan KRS MUSLEH dan melahirkan tenaga bakal jurulatih peringkat kebangsaan.


Kursus Pra Kapten disertai lima orang peserta (2 lelaki dan 3 wanita) melibatkan kemahiran mengurus dan kaedah P&P kemahiran dalam kursus sementara Kursus Pra Leftenan disertai 15 orang peserta (6 lelaki dan 9 wanita) melibatkan kemahiran praktikal kemahiran dalam KRS MUSLEH di samping perkhemahan kembara selama tiga hari.

Dalam kursus ini, semua peserta pra kapten mengambil tugas sebagai kem komandan bergilir setiap hari dan semua peserta pra leftenan mengambil tugas sebagai pasukan pengurusan setiap hari.

Antara kaedah P&P yang dilatih di kalangan peserta ialah kawad, pandu arah – kompas dan peta, berkayak, alam sekitar, BaSeD (Basic Self Defence), refleksi kumpulan, program malam – Solo Camp 12 jam, XPDC Pandu Arah dari Teluk Nipah ke Bukit 1145, seterusnya Pasir Bogak, Bukit 905 dan Teluk Segadas selama 8 jam.


Peserta juga diberi latihan Water Confident dan XPDC berkayak mengelilingi Pulau Mentangor dan Pulau Giam. Satu kayak terbalik dilambung ombak menunjukkan aplikasi kaedah menyelamat di air formasi T dan H teruji. Peserta turut berlatih mengendalikan High Rope – Repelling 50 kaki, pengurusan pengkalan - perhimpunan, memasak dan hirasah (kawalan), kebudayaan seperti nasyid jihad, melaksanakan wajibat (tugasan) tilawah satu juzuk dan hafazan surah dan ayat pilihan, kerohanian – qiam, tazkirah subuh dan maghrib dan pentaksiran konstruk kemampuan yang diaplikasi secara menyeluruh.

Menariknya, setelah selesai pendaftaran, peserta dikehendaki menguruskan pasukan menaiki bot dari Jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor dan menaiki van dari Jeti Pangkor ke Raudhah Camps Teluk Nipah, dan dikehendaki melapor kepada Kem Komandan yang telah dilantik di kalangan Pra Kapten.

Pasukan peserta Pra Kapten diberi ruang secukupnya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti kepada peserta Pra Leftenan sepanjang 5 hari. Semua peserta Pra Kapten diberi peluang menjadi Kem Komandan secara bergilir setiap hari dengan pemantauan dan bimbingan mentor yang terdiri daripada jurulatih kebangsaan.


Setiap aktiviti akan dimulakan dengan taklimat dan penyampaian P&P berkaitan kemahiran yang akan dilalui. Aktiviti malam pertama yang sungguh mengujakan adalahSolo Camp mulai jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi keesokannya dalam hutan. Peserta membina kekuatan dalaman bagi menghadapi cabaran hari-hari berikutnya dengan tilawah, hafazan dan zikrullah. Sesi refleksi akan dikendalikan oleh Pra Kapten untuk bermuhasabah membina kekuatan dan membaiki kelemahan diri dan pasukan.

Kesimpulannya, semua peserta dilibatkan secara aktif dalam kursus ini, sebagai pemimpin dan pengikut bagi memantapkan pengurusan organisasi di samping membina kekuatan dan menerima kelemahan dengan sewajarnya. Tahniah KRS MUSLEH dan peserta Pra Leftenan dan Pra Kapten!


PRINT'11 DITUTUP GILANG-GEMILANG



KUALA PILAH – Buat kali keduanya Perkhemahaan Internasional 2011 (PRINT ’11) telah diadakan oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH dengan penyertaan peserta Malaysia, Indonesia dan Thailand yang berlangsung pada 21 hingga 24 Disember 2011 di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

SRI-SMI MUSLEH yang mewakili 13 buah SRI dan 13 buah SMI mempunyai seramai 720 orang peserta mewakili Malaysia ke PRINT '11 ini. Kali ini penyertaan jemputan antarabangsa sungguh memberangsangkan dengan kehadiran wakil 6 buah sekolah di bawah Jaringan Sekolah Bestari As-Salam, Thailand dan 13 buah sekolah di bawah Jaringan Sekolah Islam Terpadu Indonesia (JSIT).

Buat kali pertama menyertai pasukan uniform Luk Se (Anak Harimau) dari Jaringan Sekolah Bestari As-Salam Thailand telah menghantar seramai 51 orang pelajar dengan enam orang guru pengiringnya berbanding hanya 7 orang pelajar pada PRINT '09. Begitu juga daripada negara Indonesia seramai 133 orang pelajar dan 35 orang guru pengiring serta pegawai berbanding hanya 80 orang pelajar pada PRINT '09. Sekalung tahniah diucapkan kepada jemputan antarabangsa atas komitmen dalam PRINT '11 kali ini.

Antara acara yang disusun ialah pertandingan antara sekolah iaitu Kem Kraf, Basic Self Defence (BaSeD) dan Bantu Mula. Acara Persembahan Kebudayaan cukup menghiburkan lebih-lebih lagi oleh jemputan antarabangsa. Acara Obrace (Merentas Halangan) menggabungkan tiga buah negara sebagai salah satu aktivti integrasi internasional. Selain itu aktiviti berpengkalan iaitu Melawat Taman Ular, Taman Herba dan Mengenali Pokok-pokok Hutan turut diadakan.

Ziarah sekampung mengeratkan ikatan ukhuwwah di antara para peserta dan guru. Senaman pagi pula telah dikendalikan oleh Pramuka JSIT yang terkenal dengan Senam Nusantara dan Luk Se Thailand dengan senaman Muay Thai. Malam kemuncak ialah Malam Kebudayaan yang dijayakan bersama oleh Muadz dan UNIC disusuli dengan Qiam Perdana pada sebelah awal paginya.

Seramai 246 orang pelajar Syabab dan Fatayat SMI termasuk jemputan antarabangsa berjaya dalam pendakian Gunung Angsi walaupun cuaca agak kurang baik sepanjang program perkhemahan ini namun cukup mengujakan. Uniknya, keseluruhan acara program ini dijalankan secara berasingan antara lelaki dan perempuan kecuali majlis penutup sahaja diadakan bersama.

PRINT '11 kali ini mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Hospital Kuala Pilah. Kehadiran Dr Wan Ariffin Wan Hussin selaku wakil Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian turut sama memeriahkan majlis penutup ini.

Program ini turut dilawati oleh pegawai KRS Negeri Sembilan, Pengerusi MGBSIM, Ketua Pegawai Eksekutif As-Saidiyyah dan Ustaz Sheikh Mohsin Sheikh Ahmad, Pengetua Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS).

Majlis Perasmian Penutup PRINT '11 telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Prof Dr Omar Yaakob juga turut hadir memberikan semangat bagi pihak Jawatankuasa Pendidikan IKRAM dan Ust Megat Mohd Amin selaku Penaung KRS MUSLEH. Dalam ucapan penutup tersebut, Dr Parid sangat mengharapkan agar generasi muda ini akan mampu membawa perubahan kepada dunia seluruhnya melalui usaha-usaha pendidikan di seluruh pelusuk negara dan dunia.

Ucapan penutup juga turut disampaikan oleh Pengerusi KRS MUSLEH dan wakil Jaringan Sekolah Bestari As-Salam Thailand, Ust Mohd Rosid Mohamed serta Dr Sukro Abd Wahab, Ketua Umum Jaringan Sekolah Islam Terpadu. Turut hadir juga ialah YDP IKRAM Selangor, Pengerusi JK Pendidikan Selangor, Ahli Lembaga Pengarah MUSLEH, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, JK Induk KRS MUSLEH, Pengetua dan Guru Besar SRI-SMI MUSLEH.

Sekalung tahniah, sejambak doa buat semua yang telah menjayakan PRINT'11. Setinggi penghargaan perlu diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pengarah, Lembaga Pengelola dan Pengurusan Maahad Tahfiz As-Saidiyyah yang menjadi tuan rumah kepada tetamu luar negara dan juga Jawatankuasa Pelaksana PRINT '11 sebelum bergerak ke tapak Ulu Bendul. Semoga perkhemahan ini diberkati dan selamat bertemu lagi dalam PRINT '13, insya Allah dengan perhimpunan yang lebih besar.

Monday, August 22, 2011

LAWATAN TAPAK PERKHEMAHAN NASIONAL 2011



Perkhemahan Nasional 2011, Insya Allah akan diadakan pada 21 - 24 Disember 2011. Lokasi yang dikenal pasti untuk perkhemahan kali ini ialah di Kem Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alhamdulillah pada 11 Ogos yang lalu 5 orang sekretariat KRS MUSLEH diketuai Tuan Abdul Rahaim


telah berkunjung ke tapak perkhemahan tersebut. Maklumat lanjut perkhemahan tersebut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui blog ini, FB KRS MUSLEH atau terus kepada

pengurusan sekolah. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah mendaki Gunung Angsi. Adalah diharapkan semua anggota dapat membuat persediaan untuk mencari peserta untuk menjayakan perkhemahan ini.



Tuesday, March 29, 2011

KEMBARA DAKWAH KE BUMI KENYALANG SARAWAK



Alhamdulillah pada 13 - 22 Mac 2011 yang lalu serama 42 orang ahli Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (19 lelaki 23 perempuan) bersama 5 orang pegawai telah berkembara ke Bumi Kenyalang Sarawak untuk mempelajari erti sebenar dakwah bil hal. Objektif kembara adalah sama seperti Kembara ke SABAH. Para peserta telah ditempatkan bersama keluarga angkat di tiga buah kampung sekitar kawasan Lundu iaitu Kg. Serayan, Kg. Jangkar (17 km dari Kg. Serayan) dan Kg. Kendaie. (21 km dari Kg. Serayan). Us. Halim (HIKMAH) yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras ketiga-tiga kampung tersebut. Semua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang berada di kampong adalah dirancang oleh para peserta sendiri. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:


1. Taklimat budaya setempat

2. Ziarah

3. Puasa Sunat

4. Iftar bersama keluarga angkat

5. Forum

6. Sukaneka bersama penduduk kampong

7. Gotong-royong

8. Kenduri

9. Lawatan sekitar bandaraya Kuching

10. Majlis Penutup bersama YB Ranum


Adalah diharapkan pengalaman yang diperolehi akan meningkatkan keazaman dan keyakinan kita dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat, Insya Allah.


Mejar KRSM Shahrinizam b. Mohd Amin

Ketua Rombongan KEMBARA ke Sarawak


KEMBARA KRS MUSLEH KE BUMI DI BAWAH BAYU




Tarikh : 13 – 22 Mac 2011

Bilangan : 32 orang pelajar (10 lelaki dan 22 perempuan) lepasan SPM 2010

5 orang guru pengiring


Jumlah : 37 orang


Objektif :


1. Merapatkan ukhuwwah antara pelajar di Semenanjung dengan saudara Islam di Sabah melalui aktiviti lawatan sambil belajar dan ziarah


2. Mempelajari usaha-usaha dakwah bil hal secara teori dan praktikal khasnya yang telah lama dijalankan oleh organisasi SPI JPN dan Hidayah Centre Sabah serta IKRAM sebagai mastermindnya.


3. Memupuk dan meningkatkan tahap kepimpinan pelajar melalui pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning)


4. Meningkatkan kesedaran sosial melalui program khidmat masyarakat


5. Meningkatkan kesatuan bangsa dan negara dan 1 Malaysia melalui penerokaan budaya dan sejarah Sabah sebagai sebuah wilayah di Malaysia Timur



Tempat :


Kg Tambulion, Kota Belud (basecamp)

Kg Lasou Podi, Kota Belud

Kg Tempasuk, Kota Belud



Aktiviti :


Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancangkan khususnya oleh pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Sabah berjalan dengan lancar. Cuma beberapa masalah cuaca dan pengangkutan yang mengganggu sedikit sebanyak kelancaran program. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

  1. Mendirikan khemah
  2. Tugasan menjadi imam, bilal dan pemberi tazkirah
  3. Taklimat budaya setempat
  4. Eksplorasi Kg Dusun (sekitar Kg Tambulion)
  5. Bengkel Eksplorasi Kg Dusun
  6. Refleksi kendiri dan kumpulan (setiap malam)
  7. Ziarah ke Kg Lasou Podi
  8. Kenduri sekampung di Kg Lasou Podi
  9. Program Motivasi untuk murid SAR Kg Tambulion
  10. Program Kem Solat untuk murid SAR Kg Tambulion
  11. Eksplorasi alam “santai ditepi sungai” air dari Gunung Kinabalu
  12. Bacaan YaaSin dan Tahlil
  13. Tugasan menjadi imam, khatib, bilal hai Jumaat di Masjid Sg Sorob
  14. Sukan rakyat bersama penduduk Kg Tempasuk
  15. Kenduri sekampung di Kg Tempasuk
  16. Gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kg Tambulion
  17. Kenduri sekampung di Kg Tambulion dan Majlis Penutup
  18. Lawatan ke Muzium Sabah
  19. Lawatan ke Pasar Kraftangan
  20. Lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  21. Lawatan ke Tanjung Aru



Hasil program : Pelajar


  1. Dapat mengaplikasikan segala teori, ilmu pengetahuan berkenaan dakwah dalam bentuk yang praktikal.
  2. Dapat memahami budaya setempat yang harus dikuasai dalam menjayakan misi dakwah terutamanya aspek bahasa setempat. Peserta begitu bersungguh untuk mempelajari bahasa Dusun namun salah seorang peserta perempuan begitu cepat menguasai bahasa ini hingga mendapat pujian Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Sabah iatu Saudari Nur Izzati bt Hariffin (Bangi).
  3. Dapat berinteraksi dengan kaum Dusun secara bersemuka semasa aktiviti ziarah dan kenduri sekampung terutama di Kg Lasou Podi yang rata-rata penduduknya hidup dalam keadaan sungguh dhaif. Namun sesuatu yang mengkagumkan ialah pemimpin bagi tiga agama(Islam, Kristian dan Pagan-tiada agama) diketuai oleh orang Islam (Imam Zaini).
  4. Dapat memberi khidmat bimbingan motivasi dan kem solat kepada murid SAR Kg Tambulion. Ramai ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mengikuti program ini.
  5. Mengendalikan aktiviti solat Jumaat sepenuhnya di masjid dengan bertugas sebagai khatib, imam dan bilal. Sesuatu yang membanggakan kerana pelajar kita iaitu Mohd Naufal (Irsyad Kuantan) mampu berkhutbah tanpa merujuk teks tetapi disampaikan dalam bahasa yang mudah dan merujuk ayat-ayat Al-Quran dan Hadis melalui handphone sahaja.
  6. Dapat berkongsi pengalaman tokoh-tokoh pendakwah yang berjaya menarik penduduk setempat kepada Islam. Antaranya ialah Ustaz Ramli Daud, orang Pahang yang berjaya mengislamkan hampir 70% penduduk kampung tempat tinggal beliau di Kg Tempasuk daripada hanya beliau seorang saja yang beragama Islam ketika itu. Kami berpeluang berinteraksi sendiri dengan penduduk-penduduk yang dulunya beragama Kristian dan Pagan.
  7. Dapat berkongsi pengalaman bersama pendakwah-pendakwah muda dalam Hidayah Centre yang merupakan hasil program bersepadu Hidayah Training Centre serta perkhidmatan yang disediakan oleh Hidayah Centre.
  8. Dapat mendekati masyarakat setempat melalui Program Kenduri Sekampung yang menjadi media antara penduduk Islam dan bukan Islam serta Pagan. Program sebegini dilihat mampu memberi sumbangan kepada mendekati masyarakat secara hikmah.
  9. Dapat mempraktikkan asas Dakwah Fardhiah (DF) bersama pelajar-pelajar bukan Melayu di Universiti Malaysia Sabah sedikit sebanyak mencabar kemampuan peserta dalam kemahiran DF.
  10. Dapat berkenalan dengan penggerak dakwah di Sabah di kalangan ikhwah dan akhawat IKRAM Sabah dalam majlis penutup bersama mereka sehari sebelum berangkat pulang.



PEGAWAI PENGIRING



1. Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa - Jurulatih Kebangsaan KRS MUSLEH


2. Mejar KRS Soleh Senafi - Jurulatih Kebangsaan KRS MUSLEH


3. Pn Zaiton Abd Latif - AJK Tarbiah MUSLEH


4. Ustzh Rosmawati Abd Wahab - AJK Tarbiah MUSLEH


5. Mlmh Noor Akidah Jahaya - Guru SMIAA Gombak



PEGAWAI PELAWAT



Ustaz Megat Mohd Amin Megat Mohd Nor


Pengerusi MUSLEH Bhd


Pengerusi JK Tarbiah MUSLEH


Penaung KRS MUSLEH



PERHUBUNGAN



1. Ustaz Saiful Zaman bin Sanggul,


Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sabah


2. Ustaz Musli ,


Unit Kepimpinan Dakwah, SPI JPN Sabah


3. Ustaz Jossi,


Guru Besar SAR Kg Tambulion, Kota Belud, Sabah



Disediakan oleh :


Abd Rahaim bin Md Isa


Pengarah KEMBARA 2011


Ketua Rombongan KEMBARA ke Sabah

ALAMAT DAN NO. TEL/FAX

Pejabat MUSLEH Berhad
318B, Lorong Kedah, Melawati Square
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03 41011562
Fax: 03 41011561

PERHUBUNGAN MUDAH ALIH

Mejar KRS Abd Rahaim bin Md Isa
Pengerusi KRS MUSLEH
013 2296552
armisa68@yahoo.com

ATAU

Mejar KRS Shahrinizam bin Mohd Amin
Setiausaha KRS MUSLEH
013 4818252
sma_71@yahoo.com
kepada semua ahli krs musleh, sama-samalah kita aktifkan blog ini untuk kebaikan bersama.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP