Sunday, June 9, 2019

Pertandingan Mencipta Logo KESUNAS SMI 2019



PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KESUNAS SMI 2019

Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI 2019 , menjemput semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan untuk diguna pakai dalam segala aktiviti yang melibatkan KESUNAS SMI tahun 2019 dan seterusnya.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh
  2. Tiada had dalam bilangan penyertaan bagi setiap peserta, walau bagaimanapun, hanya satu logo yang akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan.
  4. Semua penyertaan yang diterima oleh Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI 2019 adalah hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh. Unit Kokurikulum berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak.


SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
  1. Ciptaan dan reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  2.  Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ditiru dari mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.
  3.  Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan ukuran 29cm x 29cm berlatar belakang berwarna putih dalam computer grafik dan juga disediakan dalam bentuk ‘soft copy’ dan ianya hendaklah disimpan menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan ‘software’ terkini yang bersesuaian.
  4. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan yang ringkas dan rasional ke atas setiap reka bentuk seperti logo, simbol dan warna yang digunakan.
  5. Reka cipta hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima(5) warna.



BORANG PENYERTAAN
  1. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘soft copy’ melalui email (‘soft copy’ dalam format .ai dan jpeg.)
  2. Isi kandungan emel tersebut perlu mengandungi:

    •  Nama
    • Sekolah / Alumni Sekolah
    • No. Kad Pengenalan
    • Alamat
    • Alamat Emel
    • No. Telefon
    • Kepilan (attachment) :
      • Logo beserta penerangan
      • Borang penyertaan yang telah ditandatangan
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Jun 2019.
  •  Setiap penyertaan hendaklah dihantar emel berikut:
    • Emel : krsmedia17@gmail.com
    • No. tel : 013-5199518
·         Maklumat lanjut lawati blog KRS Musleh.
·         Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.


PANEL PENILAI
  • Penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  •  Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh.
  • Bagi penyertaan yang dihantar, para peserta hendahklah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
  • Penganjur berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.


HADIAH PERTANDINGAN

Hanya SATU (1) reka bentuk logo saja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM200.00 beserta sijil kemenangan. Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan pada majlis penutup KESUNAS SMI 2019.


.................................................................................................

Ikuti kami:-
Facebook: https://www.facebook.com/kesunas19/
Twitter: kesunas19
Instagram: kesunas19