Monday, October 23, 2017

LAWATAN PENANDA ARAS KE THAILAND

LAWATAN PENANDA ARAS KE PATTANI
23 & 24 OKTOBER 2017
3 SEKRETARIAT KRS MUSLEH:
- Tn. Abd Rahaim Md Isa
- Tn. Soleh Senafi
- Tn. Harun Yaakob

Sunday, October 22, 2017

PERTEMUAN KELAB MEMANAH TRADISIONAL

22 Oktober 2017 - Pertemuan pertama kali 15 kelab memanah tradisional dari seluruh negara termasuk dari Thailand dengan Okcula Vakfi, sebuah yayasan di bawah anak PM Turki, Bilal Erdogan bagi mengembangkan kebudayaan Othmaniyah (Ottoman) ke seluruh dunia. Khusus berkaitan memanah tradisional, mereka menyediakan perkhidmatan bimbingan kpd jurulatih archers dari segi teknik melatih, pembuatan peralatan memanah dan persiapan utk pertandingan.

Friday, October 20, 2017

MUSLEH NATIONAL STUDENT TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2017 (MuNSTAC'17)

ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM MUSLEH DAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
TARIKH: 18 OKTOBER 2017
HARI : RABU
MASA 7.30 PAGI – 2.00 PETANG

LAPORAN AKTIVITI:
Sebagaimana yang telah dirancang, MUSLEH NATIONAL STUDENT TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2017 (MuNSTAC'17) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kejohanan yang melibatkan peserta peringkat remaja seantero Malaysia ini telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Ipoh. 

Thursday, October 12, 2017

LAWATAN KERJA KE WAMY MALAYSIA

Perbincangan KRS MUSLEH bersama WAMY Malaysia ke arah MoU WAMY-IKRAM MUSLEH untuk menjayakan beberapa projek strategik Pembangunan anak muda. Insya Allah.

Saturday, October 7, 2017

KEJOHANAN MEMANAH SUNNAH 2017


TARIKH: 7 OKTOBER 2017
TEMPAT: LAPANG SASAR MEMANAH UUM
PENYERTAAN: 2 PEGAWAI KRS MUSLEH (Tn. Kamaruzaman Che Ya dan Tn. Rubaei Abd Rahaim)

Monday, October 2, 2017

Tahniah


Kapten KRSM Rofazlin Jusoh, beraksi di Bromo Marathon, Surabaya. Top 15 katanya. Tahniah Tuan Rofa.

Saturday, September 30, 2017

MESYUARAT AJK INDUK PRINT '17



KUALA KUBU BHARU, 30 September - Seramai 32 Pegawai KRS MUSLEH telah menghadiri Mesyuarat JK Induk Perkhemahan International KRS MUSLEH (PRINT '17) kali ketiga di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu. Selain dari membuat perbincangan mengikut bahagian tugas masing-masing, semua pegawai turut membuat lawatan tapak sambil diberi penerangan perancangan kawasan aktiviti oleh Mejar KRSM Zaini, Mejar KRSM Soleh dan Mejar KRSM Abd Rahaim. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mejar KRSM Abd Rahaim, Pengerusi KRS MUSLEH.

Saturday, September 23, 2017

KURSUS SUKAN ORIENTEERING


KUALA KUBU BHARU, 23 September - KRS MUSLEH telah menganjurkan Kursus Sukan Orienteering di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu. Seramai 52 Pegawai KRS MUSLEH dari 29 buah sekolah telah menyertai kursus ini. Barisan jurulatih terdiri daripada 3 orang Pegawai dari KRS Malaysia dibantu oleh 4 Pegawai KRS MUSLEH.

Wednesday, August 9, 2017

PERKHEMAHAN PERDANA KRS/TKRS 2017

PERKHEMAHAN PERDANA KRS/TKRS 2017
Tarikh: 29 Julai - 1 Ogos 2017
Tempat: Pusat Kokurikulum Perlis (Kem Tasoh), Batu 12, Jln Kaki Bukit, Perlis.
Penglibatan:
4 Pegawai
34 Kadet

Monday, August 7, 2017

SEMINAR KESELAMATAN REKREASI PENDAKIAN & PROSEDUR MENDAKI

SEMINAR KESELAMATAN REKREASI PENDAKIAN &
PROSEDUR MENDAKI

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, TEMERLOH
6 OGOS 2017
3 Pegawai KRS MUSLEH



Bagi menjamin keberkesanan senaman atau latihan, perlulah diikuti prinsip yang telah ditetapkan meliputi aspek berikut:

1. Lebihan Bebanan
2.Ansur Maju
3.Spesifisiti
4. Individualiti
5. Regulariti/ penetapan


Thursday, June 8, 2017

ZIARAH SUSULAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI




ZIARAH SUSULAN AWAL RAMADHAN 

Seri Kembangan, 1 Jun 2017 (Khamis) - Ziarah Susulan Awal Ramadhan di Perkampungan Orang Asli Kampung Air Bah, Grik pada 29-30 Mei 2017 berjaya dilaksanakan. Pengerusi KRS Musleh, Mejar KRSM Abd Rahaim b. Md Isa mengetuai trip ziarah kali ini. Seramai 40 orang pelajar dan guru turut ikut serta menjayakan aktiviti yang dirancang bersama penduduk kampung seperti

Wednesday, June 7, 2017

KEMBARA EDUTRIP SIRI 1: Aceh (30 Mei hingga 3 Jun 2017)



KEMBARA EDUTRIP SIRI 1

ACEH: SEJARAH JIHAD DAN PENDIDIKAN


Seri Kembangan, 6 Jun 2017 (Selasa) – Alhamdulillah, Kembara Edutrip Siri 1 ke Aceh anjuran KRS Musleh dan Unit KoKurikulum IKRAM Musleh pada 30 Mei hingga 3 Jun 2017 berjaya dilaksanakan di bawah bimbingan PM Dr.Hafidzi b. Mohd Noor. Seramai 22 orang termasuk wakil Sekretariat KRS Musleh, Kapten KRSM Rofazlin b. Jusoh sebagai ketua rombongan menziarahi beberapa tempat bersejarah umat Islam berjuang berjihad menentang penjajah (Belanda dan Portugis). Antara tempat yang dilawati adalah Inong Balee, Indrapatra Indrapuri, Masjid Tuhaa, Tanoh Abee, Makam Sultan Iskandar Muda, Kuburan Massal, Aceh Tsunami Museum dan Kapal PLTD Agong I. Tiga orang serikandi Islam yang terkenal di Aceh adalah Laksamana Tengku Keumala Hayati, Tengku Fakinah dan Cut Nyak Dien. PM Dr Hafidzi banyak menekankan kesedaran umat Islam di Aceh yang sebenarnya jihad adalah sewajibnya melalui pendidikan. Jihad tanpa pendidikan tidak ke mana.

Thursday, March 23, 2017

KURSUS KENAIKAN PANGKAT PENGURUSAN, LEFTENAN MUDA, STAF SARJAN DAN SARJAN 2017



KURSUS KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
PEGAWAI PENGURUSAN, LEFTENAN MUDA, PEGAWAI WARAN, STAF SARJAN DAN SARJAN
TAHUN 2017 (SEKOLAH RANGKAIAN IKRAM MUSLEH)

1.0  PENDAHULUAN                                            

Modul Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH bagi Pegawai Pengurusan, Leftenan Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan disusun untuk memastikan para pemimpin sekolah, guru dan pelajar mendapat kadar pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dan selaras dengan KRS Malaysia. Dengan itu para pemimpin sekolah, guru dan pelajar dapat melaksanakan tugas mengikut tatacara pengurusan yang ditetapkan dalam KRS Malaysia dan KRS MUSLEH. Dari segi kemahiran, tahap kefahaman dan penguasaan dapat diukur dan dimantapkan pada tahap yang sewajarnya. Dari segi nasionalnya kita dapat mengumpulkan para pemimpin, penggerak KRSM bagi merapatkan ukhuwwah dan meningkatkan semangat berpasukan yang utuh. Di samping itu aspek pentaksiran dapat dimantapkan secara praktikal dan lebih fokus. Ini membantu pihak sekolah merancang program-program yang boleh membawa kepada pencapaian objektif sekolah secara khususnya dan MUSLEH secara umumnya.

2.0  OBJEKTIF