Thursday, December 19, 2019

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) TKRS/KRS MUSLEH 2019

     Pada 14-17 Disember 2019, telah berlangsung Perkhemahan Nasional (PERNAS) TKRS/KRS Musleh yang bertempat di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan, YPJ, Kem Sekakap Mersing, Johor. Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar selama 4 hari meski cuaca hujan lebat setiap hari.

Hari Pertama - Ketibaan, Pendaftaran , Taklimat, Quran Hour & Tarannum Murrotul.


Hari Kedua - Kawad Pembukaan, Orienteering, Obrace, Metra, Masakan Kreatif, Gajet, Bicara Tokoh & Persembahan SMI.




Hari Ketiga - Perhimpunan Pagi, Kawad Kaki, BaSed, Penyampaian Hadiah tempat 2&3.





Hari Keempat - Majlis Penutup.






Ikuti Kami di: FacebookInstagram dan Youtube



Sunday, October 6, 2019

1st Islamic Private School International Scout Camp (IPSIS Camp)



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Bersua kembali dalam program seterusnya di tahun 2019 ini iaitu:

Perkhemahan dan Lawatan sambil Belajar
(21-26 Nov 2019)
1st IPSIS Camp 2019
1st Islamic Private School International Scout Camp



PROSES PENDAFTARAN

Sila patuhi arahan pendaftaran di bawah:

1.  Download BORANG PENDAFTARAN ini dan ISIKAN (10 orang sahaja):
Jika lebih 10 orang, sila isikan Borang kedua dan seterusnya.

IPSISC19: BORANG PENDAFTARAN


2. Download SURAT PELEPASAN ini dan ISIKAN:

IPSISC'19: SURAT PELEPASAN TANGGUNGJAWAB



3. Seterusnya, pendaftaran menggunakan link berikut:

LINK DAFTAR IPSISC 2019
UPLOAD:
a. BORANG PEDAFTARAN

b. SURAT PELEPASAN TANGGUNGJAWAB (sekali upload untuk 10 set sahaja)
c. Slip bayaran - untuk 10 orang (maksimum) 
RM150/orang SEBELUM/PADA 15/10/2019
RM350/orang SEBELUM/PADA 31/10/2019 

RM500/orang SEBELUM/PADA 15/10/2019

4. Download sebagai simpanan:



JIKA ADA SEBARANG PERMASALAHAN, HUBUNGI:
KAPTEN KRSM UMAR AL-MUKHTAR
(0195417821)

SEGERA!!
TARIKH TUTUP: 15/10/2019





Sunday, June 9, 2019

Pertandingan Mencipta Logo KESUNAS SMI 2019



PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KESUNAS SMI 2019

Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI 2019 , menjemput semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan untuk diguna pakai dalam segala aktiviti yang melibatkan KESUNAS SMI tahun 2019 dan seterusnya.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar dan alumni IKRAM Musleh
  2. Tiada had dalam bilangan penyertaan bagi setiap peserta, walau bagaimanapun, hanya satu logo yang akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan.
  4. Semua penyertaan yang diterima oleh Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Nasional (KESUNAS) SMI 2019 adalah hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh. Unit Kokurikulum berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak.


SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
  1. Ciptaan dan reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
  2.  Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ditiru dari mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara.
  3.  Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan ukuran 29cm x 29cm berlatar belakang berwarna putih dalam computer grafik dan juga disediakan dalam bentuk ‘soft copy’ dan ianya hendaklah disimpan menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan ‘software’ terkini yang bersesuaian.
  4. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan yang ringkas dan rasional ke atas setiap reka bentuk seperti logo, simbol dan warna yang digunakan.
  5. Reka cipta hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima(5) warna.



BORANG PENYERTAAN
  1. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘soft copy’ melalui email (‘soft copy’ dalam format .ai dan jpeg.)
  2. Isi kandungan emel tersebut perlu mengandungi:

    •  Nama
    • Sekolah / Alumni Sekolah
    • No. Kad Pengenalan
    • Alamat
    • Alamat Emel
    • No. Telefon
    • Kepilan (attachment) :
      • Logo beserta penerangan
      • Borang penyertaan yang telah ditandatangan
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Jun 2019.
  •  Setiap penyertaan hendaklah dihantar emel berikut:
    • Emel : krsmedia17@gmail.com
    • No. tel : 013-5199518
·         Maklumat lanjut lawati blog KRS Musleh.
·         Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.


PANEL PENILAI
  • Penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  •  Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Unit Kokurikulum IKRAM Musleh.
  • Bagi penyertaan yang dihantar, para peserta hendahklah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
  • Penganjur berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.


HADIAH PERTANDINGAN

Hanya SATU (1) reka bentuk logo saja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM200.00 beserta sijil kemenangan. Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan pada majlis penutup KESUNAS SMI 2019.


.................................................................................................

Ikuti kami:-
Facebook: https://www.facebook.com/kesunas19/
Twitter: kesunas19
Instagram: kesunas19

Wednesday, April 17, 2019

Musleh International Students Traditional Archery Championship 2019 (MISTAC'19)


Assalamualaikum wbt and Salam Sejahtera..

We meet again in the International Level Competition for Primary, Secondary and University students organised by Unit Kokurikulum IKRAM Musleh and KRS Musleh.

MISTAC 2019
Musleh International Students Traditional Archery Championship 2019

Refer the poster below for this competition:

*click the photo to enlarge.



REGISTRATION PROCESS

Please follow the instructions below:-

1. Register using the link below :

MISTAC'19 - REGISTRATION FORM

2. Download all of the files below :



*only for schools in Malaysia

MISTAC'19 - SCHOOL INVITATION LETTER FOR MISTAC'19 (MALAY Version)[ BLANK ]
*please email us (krsmusleh@gmail.com) your school name and address for the complete letter



3. Fill up " MISTAC'19 - INDIVIDUAL APPLICATION FORM " and hand on the form during registration day (27 July 2019).

4. More information, refer our :

1. FB : METRA Malaysia

2. FB : MISTAC'19

CLOSING DATE on 24 June 2019

KURSUS KEMAHIRAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH 2019 - ZON TENGAH (KUZOT'19)

KURSUS KEMAHIRAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH 2019 - ZON TENGAH
(KUZOT'19)
12 - 15 APRIL 2019
DI KOMPLEKS RAKAN MUDA, SEMENTA, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Tuhan Pencipta Alam yang memberi keizinanNya, Kursus Kemahiran KRSM (Zon Tengah) berjaya melabuhkan tirai dengan jayanya. Pihak Unit Ko-Kurikulum IKRAM Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh sebagai penganjur kali ini merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya pihak Sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah IKRAM Musleh dan Rakan Musleh) yang memberikan kerjasama sebaiknya dalam penganjuran kursus kali ini.

Tidak lupa juga kepada barisan Sekretariat Unit Kokurikulum dan KRS IKRAM Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh serta barisan Jurulatih KRS Musleh yang menjayakan rantaian kursus pada kali ini. 

Sedikit info berkaitan kursus ini:

(1) Kursus yang ditawarkan:
  • KURSUS ASAS BANTU MULA
  • KURSUS ASAS KAWAD KAKI
  • KURSUS ASAS MEMANAH TRADISIONAL (MeTra)
  • KURSUS ASAS ORIENTEERING TAHAP 1
  • KURSUS ASAS ORIENTEERING TAHAP 2
  • KURSUS KEMAHIRAN TALI-TEMALI
  • KURSUS KEMAHIRAN BaSeD TAHAP 1 
  • KURSUS KEMAHIRAN BaSeD TAHAP 2
  • KURSUS KEMAHIRAN BaSeD TAHAP 3
  • KURSUS PEMANTAPAN BaSeD
  • KURSUS PEMANTAPAN KAWAD KAKI
  • KURSUS SILAT SENI OLAHRAGA
(2) Kekuatan urusetia adalah seramai 30 orang yang menyantuni peserta seramai 182 orang.

(3) Bukan setakat jurulatih dan jurulatih utama KRS Musleh yang hadir, turut dijemput pegawai daripada Persatuan Bulan Sabit Merah, Klang (En.Soma) dan En Mohamad Yusoff (Pegawai Bomba dan Penyelamat Ipoh).

Semoga bertemu lagi pada ruang kursus di masa hadapan.




ILMU IMAN AMAL TERAS PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI


Saturday, April 13, 2019

International Eco Nature Run 2019 (IENR'19)

International Eco Nature Run 2019 (IENR19)
Tarikh: 14 September 2019 (Sabtu)
Tempat: Taman Wetland, Putrajaya.
  Masa: 6.00 pagi

Anjuran: Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh


Pihak Sekretariat Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh meneruskan aktiviti tahunan berbentuk ketahanan fizikal dengan menganjurkan IENR'19 yang pada kali ini terus membuka ruang dan peluang kepada semua lapisan peserta yang berminat melangkaui luar Malaysia. 

Pendaftaran peserta dijangka mencecah 5000 orang. Pendaftaran "Early Bird" juga sudah dibuka sudah ditutup pada 24 April 2019.
Walau bagaimanapun pendaftaran biasa masih dibuka!


JOM DAFTAR >>JomRun.<<
JOM DAFTAR >>JomRun.<<
JOM DAFTAR >>JomRun.<<

Ingin mendaftar secara berkumpulan?
boleh daftar dipautan ini:

*syarat daftar berkumpulan perlu lebih dari 5 orang.

Nantikan pengumuman rasmi daripada masa ke semasa di FanPage FB: FB Page IENR'18 

Monday, January 14, 2019

KURSUS2 UNIT KOKURIKULUM DAN KRS MUSLEH BAGI BULAN JANUARI 2019


PENDAHULUAN
Guru adalah merupakan antara faktor yang mampu membuat perubahan dalam diri para pelajar terutamanya dalam membentuk karektor dan potensi para pelajar. Maka guru perlu meningkatkan diri dengan ilmu,kemahiran dan nilai yang dapat membantu mereka membuat perubahan tersebut. Menyedari keperluan tersebut, pihak sekretariat akan menganjurkan kursus-kursus untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan nilai guru supaya mampu menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan potensi para pelajar selaras dengan keperluan semasa dan pendidikan abad ke 21(PAK21).


Antara kursus2 yang dianjurkan adalah:

1. Kursus Jurulatih BaSeD Tahap 2
2. Daurah Khas Jurulatih Siri 1 KRS MUSLEH (DKJ 1/19)
3. Kursus Pengurusan Kelab My Care dan Media
4. Kursus Pembangunan Jurulatih (TOT) Kelab/Persatuan & Olahraga/Sukan


Lokasi kursus:
Bagi kursus 1 - 3: Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Baharu, Selangor
https://goo.gl/maps/HeNALNdAX1K2

Bagi Kursus 4: Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
https://goo.gl/maps/nMdFhqH3ouF2


Pendaftaran bagi setiap kursus boleh dibuat pada link: http://tiny.cc/kpkpos19