Wednesday, July 25, 2012

Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan

Kontinjen KRS MUSLEH seramai 36 orang anggota dan 3 orang pegawai telah menyertai Perkhemahan Perdana KRS Peringkat Kebangsaan di Pusat Kokurikulum Malangang, Kiulu, Tuaran, Sabah. Kontinjen KRS MUSLEH telah bergabung dengan 15 kontinjen negeri/wilayah lagi yang turut sama dalam perkhemahan ini menjadikan jumlah penyertaan lebih 700 orang. Mereka bermula di SMI Al Amin Bangi pada 12 Julai 2012 dan berlepas ke Kota Kinabalu pada 13 Julai 2012. 

Program telah berlangsung sehingga 18 Julai 2012. Walaupun tidak mendapat hadiah dalam pertandingan kawad yang hanya satu2nya pertandingan antara kontinjen negeri tetapi mereka telah memberi komitmen dalam pasukan integrasi antara kontinjen dan memenangi berbagai hadiah dalam kategori putera dan puteri. Pengalaman berinteraksi dengan kaum2 lain khususnya dari Sabah dan Sarawak menjadi satu kenangan yg sukar dilupakan. 

Lebih mengembirakan apabila dalam ucapan aluan Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan JPN Sabah dalam majlis perasmian penutup, beliau melahirkan rasa gembira kerana Perkhemahan Perdana KRS kali ini dapat dilaksanakan buat kali pertama di Malaysia Timur dan lebih bermakna dengan penyertaan KRS MUSLEH, dan beliau meminta semua hadirin memberikan satu tepukan gemuruh untuk KRS MUSLEH. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JPN Sabah, selaku Pengarah KRS Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia KPM, Penolong Pengarah KRS Malaysia serta tetamu jemputan.

Tahniah kpd wakil2 anggota KRS MUSLEH drpd SMART Tok Bedu, SMI Islah Sg Petani, SMAlHidayah Ipoh, SMI Hira' Jeram, SMIAAmin Gombak. SMIAAmin Bangi, MTAsSaidiyah Seremban, SMI Hidayah Johor, SMI Irsyad Kuantan, SMIAAmin Kemaman dan SMI Aman Kota Bharu. Terima kasih juga kpd Tuan Abd Rahaim Md Isa, Tuan Shahrinizam B. Mohd Amin dan Puan Sholihah Md Nor (SMIAman KB) yg turut serta menjayakan program ini.

Pertandingan antara kontinjen hanya kawad kaki, yang lain adalah pertandingan antara platun integrasi negeri2 spt ikatan, gajet, kembara, permainan tradisional, orienteering, ikhtiar hidup. Selain itu ialah lawatan ke muzium sabah, 1 borneo dan pasar kraftangan di Kota Kinabalu. 

Banyak pengalaman yang dapat diambil utk dibawa balik. Sebahagiannya utk diaplikasi, diubahsuai dan sebahagiannya perlu dibuat perubahan bagi memantapkan kredibiliti KRS sebagai wadah pembentukan peribadi dan kepimpinan pelajar.

Gambar kenangan