Tuesday, August 21, 2018

International Eco Nature Run 2018 (IENR18)

International Eco Nature Run 2018 (IENR18)
Tarikh: 15 September 2018 (Sabtu)
Tempat: Taman Rimba Alam, Putrajaya.
  Masa: 6.30 pagi
Anjuran: Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh


Pihak Sekretariat Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh meneruskan aktiviti tahunan berbentuk ketahanan fizikal dengan menganjurkan IENR'18 yang pada kali ini terus membuka ruang dan peluang kepada semua lapisan peserta yang berminat melangkaui luar Malaysia. 

Hampir 24 hari lagi program ini akan berlangsung, pendaftaran peserta mencecah 2500 orang. Pendaftaran pada awalnya melalui online di website howei.com.

Memandangkan sambutan yang luar biasa, pihak penganjur membuka juga pendaftaran melalui offline yang memerlukan peserta mendaftar melalui borang yang disediakan oleh pihak penganjur.


Segala info berkenaan IENR'18 ini boleh diperoleh di FB Page: FB Page IENR'18 


..Mari Bersama Kami..

Monday, August 20, 2018

DAURAH KHAS JURULATIH (DKJ SIRI 02) 2018


DAURAH KHAS JURULATIH (DKJ SIRI 02) 2018
Tarikh : 17 & 18 Ogos 2018 (Jumaat – Sabtu)
Tempat : Brindley Training & Camp, Kompleks UNITI, Pasir Panjang,
Port Dickson, Negeri Sembilan
Daftar : 8.00 pagi

Sepertimana kita sedia maklum bahawa KRS MUSLEH adalah salah satu badan yang diujudkan untuk melaksanakan dan memantapkan proses tarbiah dan dakwah di sekolah. Ia adalah satu wadah tarbiah khususnya dalam pembinaan kepimpinan pelajar secara sistematik. Pembinaan kepimpinan pelajar berkait rapat dengan kepimpinan para pegawai di sekolah. Sementara kepimpinan pegawai di sekolah berkaitan rapat dengan marhalah tarbiah yang mereka lalui.
Faktor kekuatan tarbiah para pegawai sangat kritikal dan perlu diberi perhatian khusus supaya segala
perancangan dan pelaksanaan aktivisme KRS MUSLEH di sekolah mendapat sentuhan tarbawi. Ini akan memberi impak yang besar dalam membina tasawur dan fikrah yang mantap mengenai hadaf bagi setiap kemahiran yang diajar dan pentaksiran yang dijalankan. 

OBJEKTIF
1. Melahirkan pegawai yang bersifat murobbi yang faham tuntutan harakiyah.
2. Memudahkan pembentukan mutarobbi di sekolah.
3. Memahami tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah di sekolah.

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Pengarah                : Mej KRSM Ust Soleh b. Senafi
Timb. Pengarah      : Kapt KRSM Ust Sukri b. Sharif
Kem Komandan      : Mej KRSM Shahrinizam b. Mohd Amin
Setiausaha             : Kapt KRSM Norzalina bt Nordin
Bendahari              : Mej KRSM Harun b. Yaakob
JK Penempatan      : Peg. Kadet KRSM Nurul Syahida
dan Makanan

Aluan Pengarah

Masakan Survival


atau LIKE FB Page KRS Musleh di:
FB Page KRS Musleh