Wednesday, July 8, 2015

PERKHEMAHAN NASIONAL (KEMNAS) III PRAMUKA SIT INDONESIA 2015


JEMPUTAN KE PERKHEMAHAN NASIONAL (KEMNAS) III PRAMUKA SIT INDONESIA 2015



KURSUS KENAIKAN PANGKAT KRS PRA KAPTEN DAN LEFTENAN

Sila Klik di sini untuk tindakan selanjutnya.
Kursus Kenaikan Pangkat.


KURSUS KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
PRA LEFTENAN & KAPTEN

1.0   PENDAHULUAN
                                                                               
Modul Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH bagi Pra Leftenan dan Kapten disusun untuk memastikan para guru mendapat kadar pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dan selaras dengan KRS Malaysia. Dengan itu para guru dapat melaksanakan tugas mengikut tatacara pengurusan yang ditetapkan dalam KRS Malaysia dan KRS MUSLEH. Dari segi kemahiran, tahap kefahaman dan penguasaan dapat diukur dan dimantapkan pada tahap yang sewajarnya. Dari segi nasionalnya kita dapat mengumpulkan para penggerak KRSM bagi merapatkan ukhuwwah dan meningkatkan semangat berpasukan yang utuh. Di samping itu aspek pentaksiran dapat dimantapkan secara praktikal dan lebih fokus. Ini membantu pihak sekolah merancang program-program yang boleh membawa kepada pencapaian objektif sekolah secara khususnya dan MUSLEH secara umumnya.