Monday, March 23, 2009

KURSUS KEMAHIRAN KAWAD & ILMU PERKHEMAHAN

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada semua peserta Kursus Ilmu Kemahiran Kawad dan Ilmu Perkhemahan. Pada 17 - 20 Mac yang lalu seramai 124 orang peserta telah mengikuti Kursus Kemahiran Kawad dan 38 orang peserta telah mengikuti Kursus Kemahiran Ilmu Perkhemahan. Kursus Kemahiran kawad telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Sementa Klang manakala ilmu perkhemahan pula telah diadakan di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam.
Para peserta kemahiran telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan ilmu untuk memantapkan segala ilmu yang ada dalam kedua-dua kemahiran tersebut


Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih, Jazakallahu Khairan Kathira kepadaTuan Mohd Shah yang telah membantu mendapatkan jurulatih KRS Selangor yang dijemput khas seperti Tuan Wahi, Tuan As'aari, Tuan Zaidi, dan Tuan Zurani yang telah bersama-sama menjayakan kursus tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada semua Komandan kerana telah memberi keizinan kepada para pegawai untuk menghadiri kursus ini. Kejayaan kursus ini ialah apabila para peserta dapat melaksanakan segala ilmu yang diperolehi di sekolah masing-masing. Antara kemahiran yang telah disampaikan ialah:
a. Ilmu Perkhemahan
1. membina khemah dan pengkalan
2. ikhtiar hidup (berkhemah di hutan)
3. tali temali
4. jerangkap dan jerat
5.memanah
6. kerohanian
7. orienteering
8. memasak di hutan
b. Ilmu Kawad
1. kawad statik
2. kawad dinamik
3. kawad formasi
Semoga semua peserta beroleh manfaat daripada ilmu yang disampaikan dan diamalkan untuk kebaikan para pelajar di sekolah Insya Allah. TAHNIAH DAN SYABAS sekali lagi daripada pihak sekretariat kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini.

JANGAN LUPA UNTUK HADIR DALAM KURSUS YANG LAIN PULA, INSYA ALLAH