Galeri Gambar Kursus

Monday, June 21, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA KRS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 10




Buat pertama kalinya KRS MUSLEH dijemput untuk menyertai program peringkat kebangsaan ini yang turut dihadiri oleh anggota KRS seluruh Malaysia. Jesteru itu penyertaan kita adalah merupakan satu yang amat besar ertinya dalam konteks membina kepimpinan dan pengalaman serta penghayatan amal Islami dan dakwah bil hal selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif perjuangan KRS MUSLEH.

Objektif
Adalah diharapkan dengan penyertaan di dalam perkhemahan ini kita dapat:
1. membina hubungan dengan KPM melalui KRS Malaysia
2. memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan point dalam markah koko
3. mendedahkan pelajar kepada medan amal dakwah bil hal
4. mengenengahkan kepimpinan KRS MUSLEH dan latihan kepimpinan
5. merapatkan jurang pemisahan antara KRS Malaysia dengan KRS MUSLEH

Tempat
Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Negeri Sembilan








Tarikh
28 Jun - 2 Julai 2010

Penyertaan
Anggota kadet waki Sekolah Rangkaian MUSLEH seramai 40 orang (20 syabab 20 fatayat)

Pengisian
1. pertandingan
2. persembahan
3. kuliah

Perasmian penutup
YB Menteri Pelajaran Malaysia

Persediaan peserta
1. Pakaian no 4 lengkap dengan aksesori
2. Pakaian no 3 lengkap dengan aksesori
3. T-shirt KRS MUSLEH
4. T-shirt putih
5. T-shirt sekolah
6. Kasut kanvas hitam & kasut sukan
7. Peralatan mandi
8. Ubatan peribadi
9. Al-Quran terjemahan & ma'thurat
10. Peralatan tulis dan buku catitan

Tentatif program
26 Jun 2010 (Sabtu)
1100 - 2.30 petang Semua peserta dikehendaki berkumpul di SMI Al-Amin Bangi
2.30 - 6.30 Taklimat & persediaan perkhemahan
6.30 - 8.30 ISOMA
8.30 - 10.30 Persediaan perkhemahan
10.30 - 5.30 Rehat

27 Jun 2010 (Ahad)
8.00 pagi
11.00 malam Persediaan perkhemahan

28 Jun 2010 (Isnin)
8.30 pagi Bertolak ke Kem Rimba Ilmu Juasseh Negeri Sembilan

2 Julai 2010 (Jumaat)
8.30 pagi Perasmian pentutup
12.30 Bersurai

Semoga perkhemahan ini menjadi satu titik tolak bagi KRS MUSLEH untuk memacu kepimpinan pasukan pakaian seragam di Malaysia dan dunia amnya... ameen.






3 comments:

Rosnawati July 3, 2010 4:46 PM  

Assalamualaikum wbt...buat semua.
Tahniah atas penglibatan dan pencapaian KRS Musleh dalam Perkhemahan Perdana KRS Kali ke-10 di KEMRI, Juasseh tempohari. Selamat Maju Jaya.
Mejar(KRS)Rosna - Urusetia Perkhemahan.

Anonymous July 12, 2010 9:48 AM  

Tahniah juga kepada semua urusetia dan ketua kontijen yang bertungkus lumus untuk menjayakannya dari awal hingga ke akhir perkhemahan

assyahiran May 1, 2011 1:02 PM  

walaupun sedih saya berpisah dengan kawan2 negeri lain tetapi dapat mempelajir segala yang di ajar.

ALAMAT DAN NO. TEL/FAX

Pejabat MUSLEH Berhad
318B, Lorong Kedah, Melawati Square
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03 41011562
Fax: 03 41011561

PERHUBUNGAN MUDAH ALIH

Mejar KRS Abd Rahaim bin Md Isa
Pengerusi KRS MUSLEH
013 2296552
armisa68@yahoo.com

ATAU

Mejar KRS Shahrinizam bin Mohd Amin
Setiausaha KRS MUSLEH
013 4818252
sma_71@yahoo.com
kepada semua ahli krs musleh, sama-samalah kita aktifkan blog ini untuk kebaikan bersama.

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP