Thursday, August 28, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51 tanah air kita daripada penjajah. Sebagai ahli KRS MUSLEH adakah kita memahami erti sebenar kemerdekaan. Adakah kita merdeka apabila tanah air kita bebas daripada penjajah, bermakna kita telah merdeka. tetapi hakikatnya minda dan cara fikir kita masih lagi dijajah. Oleh itu kita haruslah mempunyai pengertian yang sebenar apakah itu kemerdekaan? Marilah kita bersama-sama membebaskan diri kita daripada sebarang bentuk penjajahan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Pihak sekretariat KRS MUSLEH mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga MUSLEH terutamanya para pegawai dan kadet yang telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh sekretariat. Di doakan semoga kita beroleh keberkatan daripada bulan yang mulia ini. Walaupun berpuasa adalah diharapkan aktiviti KRS pun tidaklah berpuasa juga. Perkemaskan pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Jangan lupa baca Al-Quran, solat tarawikh, qiamullail dan amalan-amalan lain yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.

PERKHEMAHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Insya Allah pada pada 16 - 20 Disember 2008 KRS MUSLEH akan menganjurkan Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan, tempat yang khusus akan dimaklumkan kemudian. Penyertaan hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Pelajar lain insya Allah tahun depan. Kena beri keutamaan kepada yang tua dulu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Minta para pegawai, leftenan, leftenan muda, staf sarjan dan sarjan membuat persiapan yang sewajarnya.

Sunday, August 24, 2008

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KRSMUSLEH

Alhamdulillah pada 17 - 21 Ogos 2008 yang lalu kursus kenaikan pangkat KRSMUSLEH telah berjaya diadakan di D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Sitiawan, Perak. Seramai 60 pegawai ditauliahkan pangkat leftenan muda, 50 kadet ditauliahkan pangkat staf sarjan dan 150 ditauliahkan pangkat sarjan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah ditauliahkan. Semoga dengan pentauliahan tersebut akan mengaktifkan lagi aktiviti krsmusleh di sekolah-sekolah rangkaian musleh. Terima kasih diucapkan kepada semua jurulatih, pembantu jurulatih dan fasilitator yang menjayakan kursus tersebut. Segala jasa, pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah s.w.t. Insya Allah.