Thursday, April 15, 2010

AKTIVITI KRS MUSLEH BULAN JUN 2010

Untuk makluman dan persediaan pihak sekolah, Insya Allah dalam bulan Jun 2010 ini terdapat beberapa aktiviti yang boleh disertai oleh para pegawai dan kadet, di antaranya ialah:

1. Kursus Kemahiran Kawad
Tarikh: 9 - 12 Jun 2010
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Selangor
Peserta: Pegawai dan kadet (minimum berpangkat kopral)

2. Kursus Kemahiran BaSeD
Tarikh: 9 - 12 Jun 2010
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Selangor
Peserta: Pegawai dan kadet (minimum berpangkat koperal)

3. Kursus Kemahiran Ilmu Perkhemahan
Tarikh: 10 - 13 Jun 2010
Tempat: Puncak Bris, Sik, Kedah, Darul Aman
Peserta: Pegawai sahaja

4. Kursus Pegawai Pengurusan
Tarikh: 11 - 13 Jun 2010
Tempat: Puncak Bris, Sik, Kedah, Darul Aman
Peserta: Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan yang belum ditauliahkan

5. Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS MUSLEH
Tarikh: 9 - 12 Jun 2010
Tempat: Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Selangor
Peserta: Kadet berpangkat Koperal TKRS MUSLEH

6. Perkhemahan Perdana KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10
Tarikh: 21 - 25 Jun 2010
Tempat: Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Negeri Sembilan
Peserta: Kadet-kadet wakil SMI rangkaian MUSLEH

Semua aktiviti akan dimaklumkan melalui surat rasmi kepada pihak sekolah. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pihak pengurusan KRS MUSLEH sekolah perlulah membuat persiapan dalam menyediakan peserta yang akan mengikuti aktiviti-aktiviti di atas. Semoga segala aktiviti yang dirancang akan memberi natijah yang baik dalam mencapai visi & misi KRS MUSLEH, Insya Allah.

daripada: Sekretariat KRS MUSLEH

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..
adakah ini merupakan kursus rasmi bagi guru2 untuk pentauliahan atau kenaikan pangkat dalam KRS?.. jika ada, saya ingin mengikuti kursus ini, saya merupakan guru di subang jaya, selangor, saya meminta jasa baik pihak anda agar dapat emelkn maklumat yang berkaitan kepada saya. sekian, terima kasih
emel: meo_i@yahoo.com