Friday, April 9, 2010

KURSUS PEGAWAI WARAN KALI 1 2010

CALIT DI BAHU KEKUATAN DIPADU


Tarikh 14 – 18 MAC 2010 menjadi medan ujian kepada 24 anggota staf sarjan yang dihantar oleh sekolah bagi mengikuti Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran Kali 1 di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram dan Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam. Peserta terdiri daripada 10 anggota Syabab dan 14 anggota Fatayat dari beberapa SMI seluruh Malaysia.
Kursus bermula dengan mendaftarkan diri di SMI Hira’ Jeram dan ceramah ‘Pengurusan Projek’ diberikan sebagai asas dan asset yang akan digunakan sepanjang program tersebut.
Hampir 90% program diberi peluang kepada peserta merancang pelaksanaannya bagi memantapkan kemahiran pengurusan organisasi dan pengurusan projek. Setiap peserta dibekalkan dengan sebuah buku log untuk merekodkan semua hasil pembelajaran.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ;

1. Ujian kawat kaki dikendalikan oleh Kapt KRS Mohd Zaidi, Jurulatih KRS Selangor

2. Format pertandingan kawat kaki juga dikendalikan oleh Kapt KRS Mohd Zaidi.

3. XPDC Jeram ke Bukit Cahaya Seri Alam. Di sepanjang perjalanan peserta dikehendaki mendapatkan kenalan di kalangan bangsa selain Melayu.

4. Temuramah dengan tokoh tempatan. Al Fadhil Ustaz Hj Abd Muhaimin Al-Hafiz, Nazir Masjid Sg Sembilang yang juga Ahli Lembaga Pengelola Hira’ dipilih untuk ditemuramah.

5. Memasak sendiri di sepanjang program dengan bekalan yang dibawa drpd rumah dan bahan mentah yang disediakan oleh penganjur.

6. Aktiviti high element dalam Extreme Challenge ,dengan 26 halangan berupa berbagai jenis jambatan tali dan 6 flying fox. Sungguh mengujakan mengendalikan peralatan high element di ketinggian 22m dari tanah.

7. Solo camping di Empangan Air Kuning menguji kekuatan keimanan untuk bertawakkal kepada Allah dan mengenal diri sendiri.

8. XPDC berbasikal mencari herba untuk sesi pengucapan awam mempromosikan produk kesihatan berasaskan herba yang dipilih.

9. Pertandingan memanah menguji daya fokus peserta.

10. XPDC ke Pasar Borong Klang untuk berkenalan dengan lebih mendalam sumber berbagai jenis ikan dan sayur-sayuran serta membawa balik ayam hidup untuk latihan menyembelih dan dagingnya dipanggang di tapak khemah.


11. Ujian BaSeD (senibela diri) oleh sifu, Cikgu Mohd Khairi Ab Rahman, PPN, Perunding dan Koreografer BaSeD KRS MUSLEH.

Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan terurus. Para peserta mendapat banyak pengalaman khususnya dalam pengurusan projek. Walaupun begitu masih banyak kemahiran yang perlu dipelajari dan diaplikasikan dalam organisasi KRS di sekolah masing-masing. Semoga dengan sedikit sebanyak pengalaman yang ditimba daripada kursus ini akan membantu meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengurusan organisasi yang menjadi teras kekuatan sesebuah organisasi.

Ujian kerohanian berupa wajibat tilawah Al Quran 1 juzuk setiap hari, penyampaian tazkirah dan qiamullail menyuntik kekuatan kerohanian yang menjadi teras peribadi Muslim. Segala aktiviti dan kemahiran merupakan alat untuk mencapai matlamat program. Kita dituntut untuk merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah azza wajalla.

No comments: