Wednesday, January 13, 2010

KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN






Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang perjalanan PRINT 09 baru-baru ini berada dalam peliharaan Allah s.w.t. Apa yang dirisaukan oleh kebanyakan peserta dan ibu bapa serta urusetia ialah keselamatan peserta terutamanya yang melibatkan aktiviti di air. Urusetia telah membuat beberapa langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.


Pihak urusetia telah sampai awal iaitu pada 19 hb Disember, cuaca alhamdulillah tak hujan. Tetapi pada 20 hb Dis, lebih kurang jam 5 petang, ketibaan tetamu kita dari Indonesia telah disambut dengan hujan yang begitu lebat. Kami pihak urusetia risau sekiranya sepanjang perkhemahan kita akan berhujan, tetapi alhamdulillah, sesungguhnya rahmat Allah bersama kita, Allah tidak menurunkan hujan yang lebat sepanjang perkhemahan kita hanya renyai-renyai pada hari terakhir perkhemahan sebelum program qiamullail perdana.

Untuk makluman, selepas perkhemahan kita, pada 26 - 28 Disember guru-guru dari sekolah ADNI seramai 70 orang yang terdiri dari pelbagai negara seperti Palestine, China, Jepun, Filipina, Indonesia, Singapura dan Malaysia telah mengikuti kursus asas pegawai krs musleh, lima orang sekretariat masih lagi bersama untuk menjayakan kursus tersebut. Kebanyakkan daripada para peserta ada guru baru yang belum pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak KRS MUSLEH dan ada yang baru kali pertama berkhemah. Alhamdulillah, Allah telah memberi ujian yang begitu tinggi kepada mereka iaitu sepanjang tiga hari di situ Allah telah menurunkan hujan setiap petang, semasa hendak memasang khemah hujan turun dengan begitu lebatnya. Tahniah kepada para peserta walaupun hujan lebat mereka terus juga mendirikan khemah sehingga berjaya.



Apa yang ingin dikongsikan bersama disini ialah, cuba kita gambarkan sekiranya pada hari perkhemahan nasional Allah turunkan hujan dengan begitu lebat?????? apa agaknya yang akan berlaku, kelam kabut juga kita seperti pengalaman perkhemahan pada tahun 2007 di Taman Pertanian Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, berapa kali khemah terpaksa berubah tempat. Alhamdulillah kita panjatkan syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana telah memberi pertolongan dan rahmatnya untuk kita menjayakan perkhemahan tersebut. Dan satu lagi perkara yang paling penting ialah keikhlasan semua pihak dalam menjayakan kerja-kerja Islam, yang keduanya perancangan yang rapi, ketiga pengorbanan yang tinggi, keempat kesungguhan dalam menjayakannya dan akhirnya bertawakkal kepada Allah s.w.t. Semoga kita berjumpa dilain kursus yang akan diadakan sepanjang tahun 2010 ini. Aktivisme kita dilokaliti masing-masing perlu diteruskan demi untuk menjayakan misi dan visi sekolah dan MUSLEH, insya Allah. , maaf lewat up date aktiviti, insya allah minggu depan akan dimaklumkan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini.
SELAMAT MAJU JAYA DARI SEKRETARIAT KRS MUSLEH

No comments: