-->
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, kursus kemahiran BaSeD telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan perjuangan yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan kursus yang dilakukan serentak ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dibalas dengan limpahan kerahmatan dari Allah S.W.T. Tahniah juga buat semua peserta peserta kursus yang hadir terutama peserta BaSeD yang cukup bersemangat. Seramai 35 orang peserta BaSed pelajar dan 28 peserta BaSed yang terdiri dari kalangan mualim dan mualimah telah mengikuti kursus kali ini.
Apa yang ingin dilihat adalah gerak asas pertarungan dan pertahanan diri. Bukan gerak tarian yang sememangnya terlalu banyak yang telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang telah mempelajari BaSeD ini. Dimanakah silapnya? Oleh itu, penekanan terhadap seni gerak yang kemas dan tepat amat dititik beratkan didalam kursus kali ini, disamping latihan kekuatan stamina yang diasak setiap hari kepada semua peserta terutamanya pada latihan kaki.
Begitulah juga sejauhmanakah BaSeD ini mampu sampai kepada sasaran dan matlamatnya kelahirannya adalah bergantung kepada sejauhmanakah kita menggunakan kesempatan ketika kursus dilaksanakan tempohari dan sejauh manakah kita menghayati dan mengamalkan geraknya, jika tidak, sia-sia sahajalah dengan apa yang telah kita usahakan. Akan hanya berciciran di tengah jalan.
Semoga BaSed bukan hanya mampu membina kekuatan fizikal yang bersedia untuk sebarang kemungkinan ancaman, namun mampu juga membina hati yang kental buat pelatih dan penggeraknya untuk berhadapan dengan pelbagai ancaman kerosakan jiwa dan kefahaman yang merobek keyakinan kepada keesaan Allah S.W.T.
Semoga Juga kita dapat melahirkan insan yang lengkap diri dan jiwanya untuk bersama di medan dakwah bagi membina bangsanya yang berjaya didunia dan akhirat.IsyaAllah.
2 comments:
salam tuan.
bile nak dapat belt ? hu
kenangan yg x dpt dilupakan bila bljar based ngn tuan azrul..huhu
Post a Comment