Nur Laman Bestari, Hulu Yam, 27-30 Disember 2010.
Seramai 163 orang anggota, 11 org guru pengiring dan 20 orang pegawai telah sama-sama menjayakan Perkhemahan Nasional Di Udara (PENARA) KRS MUSLEH 2010. Peserta-peserta adalah dari beberapa buah sekolah yang mewakili negeri-negeri iaitu Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor, Johor, dan Pahang. Program dimulakan dengan acara mendirikan pengkalan dan memasak. Aktiviti kerohanian spt solat berjemaah, membaca Al-Quran , tazkirah, membaca al-mathurat dan qiamullail menjadi teras kepada semua program KRS MUSLEH berjalan dengan lancar semasa PENARA kali ini.
Bagi aktiviti seperti ini, pengalaman dan pengajaran merupakan sesuatu yang mahal untuk diperolehi. Walaupun pada zahirnya pasukan yang lewat tiba dilabelkan sebagai kalah namun situasi yang dialami untuk mencari jalan pulang adalah sesuatu yang amat berharga. Di sinilah terujinya semangat kerja berpasukan dan penyerahan diri kepada Yang Maha Mendengar. Rantaian doa dan zikir memenuhi hati yang pasrah kepada taqdirNya.
Selain itu program yang dijalankan termasuklah pertandingan kem kraf, membina gajet, Asas Pertahanan Diri (Basic Self Defense-BaSeD) dan persembahan turut memeriahkan suasana perkhemahan ini. Sebelah malam diisi dengan ceramah dan forum yang dikendali dan dijayakan oleh peserta sendiri. Tazkirah selepas maghrib dan Subuh membasahi kekeringan hati dan jiwa, mengikat hati dan perasaan untuk terus mengabdikan diri kepada Yang Maha Pencipta.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan PENARA 2010 terutamanya kepada semua SMI yang telah menghantar wakil, jurulatih dan pembantu jurulatih KRS MUSLEH peringkat kebangsaan serta semua yang telah memberikan sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga bertemu lagi di PERNAS 2011, insya Allah.
No comments:
Post a Comment