Wednesday, July 29, 2009

PENDEKATAN TERBAIK BERSAMA GENERASI MUDA

Generasi muda adalah merupakan aset terpenting dalam sesebuah negara. Untuk memastikan kesinambungan kejayaan sesebuah negara, kita harus lihat generasi muda masa kini. Masing-masing sibuk merancang dan menganjurkan program khusus untuk generasi muda. Tetapi kadang-kadang ia hanyalah sekadar program dan tiada program susulan selepas itu. Walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha untuk membina mereka untuk menjadi warga negara yang bermanfaat dan bukannya bermasalah. Berikut ingin saya berkongsi bersama beberapa pendekatan yang telah digariskan oleh Allah dan rasul dalam pembinaan insan:

1. Melalui qudwah murabbi.
2. Melalui mauizah (nasihat murabbi)
3. Melalui latihan dan amalan.
4. Melalui perbincangan dengan pelajar-pelajar.
5. Melalui pergaulan.
6. Melalui contoh kejadian.
7. Melalui proses targhib dan tarhib – berita gembira dan ancaman.
8. Melalui tadrij (proses beransur-ansur).

Adalah diharapkan dalam menjalani sesuatu aktiviti, pendekatan yang sesuai hendaklah digunakan. Dalam hal ini, pendekatan tersebut tidak harus jumud (beku) bahkan bersifat anjal (flexible). Ia banyak bergantung kepada insiatif, kreativiti dan kebijaksanaan kita sebagai guru yang memimpin sesuatu program atau aktiviti. Apa yang penting selepas sesuatu program atau aktiviti, jangan lupa adakan program muhasabah yang bertujuan untuk mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan hidup di atas muka bumi Allah yang fana ini.

Tuesday, July 21, 2009

Aktiviti Malam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog KRSMusleh,

Pada kali ini, tergerak hati saya nak menulis tentang aktiviti malam terutamanya semasa perkhemahan. Mungkin kita pernah mengendalikan berbagai aktiviti tersebut; diantara aktiviti yang biasa dibuat ialah Qiamulail, games - seperti Burung Hantu, Cereka (berjalan berpandukan tali), Hut-hut (berjalan malam berpandukan suara) dan ada juga aktiviti yang berbentuk teamwork.

Monday, July 20, 2009

MESYUARAT PRINT 09


Assalamualaikum W.B.T
Bermula 19 hb Julai hingga 20 hb Julai 2009, Telah berlangsungnya beberapa mesyuarat penting di Pejabat MUSLEH Taman Melawati Kuala Lumpur. Mesyuarat pada 19 hb melibatkan AJK Induk PRINT '09 dan disambung pula dengan mesyuarat Sekretariat KRS MUSLEH yang berakhir pada jam 6.30 Petang. Pada 20 hb Julai pula telah berlangsung pula mesyuarat AJK Pelaksana PRINT'09. Moderator juga ada bersama.

Ketika post ini ditulis mesyuarat ini seda
ng berlangsung. Serba sedikit maklumat setakat ini jam 9:45 pg berkaitan PRINT'09 ini ialah, nama penuh bagi perkhemahan ini adalah PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH, Walaupun dinamakan Nasional, namun penglibatan adalah daripada rakan-rakan di negara-negara lain sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Temanya ialah SATU RUMPUN SATU MATLAMAT. Lokasi PRINT'09 adalah kekal di WOODs RESORT ULU YAM, Selangor. Maklumat lain akan dimaklumkan kemudian.

Saturday, July 4, 2009

INFO DARI MODERATOR...

Oleh: KRSM-Moderator Blog.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera. Pertama sekali Pihak Moderator blog ini (KRSM) ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah di blog ini. Jumlah pengunjung yang hadir telah meningkat dari hari ke sehari. KRSM juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blog Kadet Remaja Sekolah lain terutama KRS Pahang dan KRS ACS yang telah menyokong usaha KRSM ini.

Namun sedikit kekesalan yang KRSM rasakan apabila ada segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab menjadikan ruang blog ini terutama blog PRINT sebagai medan cacian dan kritikan. Bukan salah untuk mengkritik tetapi bagi KRSM lebih baik terus menghubungi pihak sakateriat KRSM dan MUSLEH sekiranya ada kekusutan yang bermain diminda. Islam itu indah dan seharusnya akhlak Islam itu kita cernakan sebagai contoh ikutan kepada orang lain.

KRSM amat mamahami dan mengetahui blog ini tiadalah apa sangat nilai dan harganya. Hanya sekadar ruang untuk menyebarkan maklumat kepada anggota KRSM diseluruh Malaysia dan cuba menyampaikan sedikit bahan sebagai renungan. Tidaklah hebat sepertimana blog orang lain. Buat masa sekarang, KRSM sedang berusaha menaik taraf blog ini dengan bantuan kawan-kawan hackers dari HTD Grafic Team.

Alhamdulillah, buat masa sekarang KRSM dan rakan-rakan telah berjaya mengesan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab namun tiadalah apa tindakan diambil setakat ini cuma sekadar ingin mengetahui siapakah yang tidak bertanggungjawab itu dan semoga Allah memberi petunjuk dan kebaikan buat mereka. Oleh itu juga pihak KRSM mohon maaf sekiranya berlaku kesulitan dan perubahan dalam melayari blog ini.Ini adalah kerana usaha peningkatan keselamatan sedang dijalankan oleh pihak kami.

Berkaitan dengan gambar.Pihak KRSM mengalami masalah untuk mendapatkan gambar daripada orang lain yang memilikinya. Gambar yang KRSM miliki hanya terhad.Oleh itu amatlah diharapkan kepada sesiapa yang memiliki gambar kursus dapat menghubungi pihak KRSM untuk proses pengumpulan gambar-gambar tersebut.

KRSM juga ingin memaklumkan. Blog PRINT buat masa sekarang terpaksa di hadkan kepada pengguna yang memiliki kata laluan sahaja. Ini adalah atas arahan pihak sakateriat dan bagi membolehkan usaha-usaha PRINT dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Berkaitan dengan PRINT, jawatan kuasa peringkat pusat telahpun dibentuk dan sekarang proses bagi jawatankuasa kerja sedang dilaksanakan. Pihak KRSM telah dimaklumkan oleh Sakateriat,bulan Julai ini adalah bulan yang penuh agenda khas bagi menggerakkan PRINT ini disamping kursus khas yanag akan dilaksanakan pada hujung bulan Julai ini. KRSM mengucapkan syabas dan selamat berjaya kepada semua tuan-tuan yang bertungkus lumus berusaha menjayakan segala usaha-usaha ini. Perkembanagan lanjut akan KRSM maklumkan selepas 20hb Julai nanti kerana dimaklumkan akan ada mensyuarat khas jawatankuasa PRINT ini yang akan dilaksanakan di Sitiawan Perak. harap juga KRSM dijemput sekali...

Segala perkembangan lanjut berkaitan Kadet Remaja sekolah MUSLEH ini akan KRSM maklumkan. Bersamalah kita berdoa agar ILMU, IMAN DAN AMAL akan terus terpahat dijiwa kita..semoga kita menjadi anak bangsa yang berjasa buat agama, bangsa dan negara