Monday, December 22, 2008

PERNAS 2008


Seramai 149 orang anggota KRS MUSLEH telah berkampung di Kem Rimba Ilmu Juasseh Negeri Sembilan pada 16-19 Disember 2008. Aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan ialah seperti khidmat masyarakat bersama warga emas di Kampung Terusan, membersih tanah perkuburan, merentas halangan, lawatan ke Ladang Ternak Lembu Tenusu, pertandingan rekacipta, BaSeD, pengkalan, kemkraf, pidato dalam bahasa Inggeris/Arab dan masak survival.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmG_dD30lqBgZlaj4WpgPvz2qNhlCZls8Q0IdvajEX2dvXSnN41_hAY13TgYcGaXuLPH_X-zK7x51RjVaHcHUSl-P4ma2wlPf1zC_aWLQRQdu5sOVe4k4fD2pKY8B77_Nzy144rgX9Bh9h/s1600/pernas+2033.jpg
Sebanyak lima (5)negeri yang diwakili oleh SMI yang berkenaan. SMI Al Hidayah Ipoh dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan (Lelaki)PERNAS 2008 dan SMI Al Amin Kemaman sebagai Juara Keseluruhan (Perempuan). Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Penaung KRS MUSLEH, Ust Megat Mohd Amin. Sekalung penghargaan kepada para pegawai KRS Negeri Sembilan yang telah membantu menjayakan PERNAS pada kali ini, khususnya Tuan Mejar KRS Tuah dan Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Wednesday, December 3, 2008

KURSUS PEMANTAPAN & KEJURULATIHAN ~ SIAP KE GELANGGANG BASED

Alhamdulillah seramai 91 orang ahli KRS MUSLEH yang terdiri drpd guru dan pelajar telah berjaya mengharungi latihan BaSeD yang begitu ketat siang dan malam mulai 17-20 November 2008.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2_2XXZvpdNlThexini78XIho1FoeuHVG8-WkJ8N3sRkrTaVew9PJM3BLWH2J-mHcxCNV2RP-1X2iU8Ohtoo6juqS4FMh6y-QszfzB3xl-lA35yfvawKHNWkwCUY7koGt7yPi6K4sZO38/s1600/DSC02418.JPG
Kursus itu dirasmikan oleh Penaung KRS MUSLEH, Ust Megat Mohd Amin dan acara penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengerusi KRS MUSLEH, Tuan Abd Rahaim. Hari akhir mereka telah diuji dengan asas pergerakan tangan/kaki, elak guna dan pattern. Yang paling mencabar ialah ujian micro teaching dalam menyampaikan pelajaran BaSeD secara teori dan praktikal. Anugerah cemerlang, kepujian dan lulus diberikan berdasarkan prestasi mereka sepanjang 4 hari tersebut. Tahniah kepada yang berjaya, buat pelatih dan penganjur.

PENGGUBALAN SOALAN BERTULIS TKRS 09





Pada 2-4 Dis 2008, satu bengkel penggubalan soalan bertulis TKRS utk Tahun 6 2009 telah diadakan di Pejabat MUSLEH. Seramai 5 orang wakil pegawai KRSM iaitu Tuan Abd Rahaim, Tuan Harun, Tuan Kamaruzaman dan Puan Ainun serta Tuan Saiful telah hadir. Bengkel ini berjalan serentak dengan penggubalan soalan bagi subjek2 SPPM Bertulis yang lain.

Monday, October 20, 2008

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN KRSM KE JOTA/JOTI

KAWAN-KAWAN. Alhamdulillah, JOTA JOTI dah selesai. Banyak perkara yang kita belajar, banyak perkara yang kita dapat, banyak perkara yang kita pelajari. Apa pun kita tidak berteori semata-mata dalam dakwah. Kita mula memahami medan sebenar dakwah ini. Pelajar kita perlu kepada pendedahan yang meluas dalam dakwah. Antara perkara yang ingin dikongsi bersama:-

1 Kepelbagaian xtvt semasa jambori - tidak fokus kepada kemahiran sahaja.
2 Pelbagaikan medan komunikasi untuk berdakwah.
3 Memahami ragam manusia (mad'u) di luar daripada kepompong kita.
4 Menyedari bahawa dakwah MESTI BERTERUSAN WALAU DI MANA DAN BAGAIMANA KEADAAN PUN.

Medan yang terbuka dan peluang kepada KRSM :

1 Mengisi program tazkirah subuh dan magrib
2 Memenangi pertandingan 'paint ball' - tempat pertama lelaki
3 berinteraksi dengan non muslim

Tahniah kontinjen KRSM.

Thursday, October 16, 2008

KURSUS PEMANTAPAN & KEJURULATIHAN Basic Self Defence(BaSeD)

Insya Allah pada 17 - 20 November, pihak sekretariat akan menganjurkan Kursus Pemantapan dan Kejurulatihan BaSeD di Kompleks Rakan Muda, Sementa, Klang. Penyertaan adalah terbuka kepada:

a. pegawai - pemantapan BaSeD Level 1 & pendedahan Level 2
b. kadet - pemantapan BaSeD Level 1 & 2

Kemahiran BaSeD adalah merupakan niche utama KRS MUSLEH. Oleh itu marilah kita bersama-sama memantapkan kemahiran ini, insya allah.

TAKLIMAT PELAKSANAAN KRS/TKRS MUSLEH 2009

Insya Allah pada 17 November 2008, taklimat pelaksanaan KRS/TKRS MUSLEH akan diadakan di Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang. Kepada PK KO-KU/HEM/HEP/PSP dan/atau pegawai penyelaras KRS/TKRS MUSLEH sekolah dijemput hadir. (Surat jemputan akan menyusul.)

PERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS) 08

Insya Allah pada 16 - 19 Disember 2008, pihak sekretariat KRS MUSLEH akan menganjurkan Perkhemahan Nasional (PERNAS)08 di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penyertaan dianggarkan 400 orang yang terdiri daripada sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH, sekolah pilihan RAPI dan sekitar Negeri Sembilan. Antara aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan ialah:
I. Kem kraf
2. Reka cipta
3. Kebudayaan
4. Rentas halangan
5. Ikhtiar hidup
6. Pengucapan awam
7. Ziarah
8. Khidmat masyarakat
9. Ceramah
10. BaSeD
a. Ukhuwah fillah
b. Adat pepatih minangkabau
c. Ternakan tenusu
d. Penanaman padi
makluman lanjut sila dapatkan daripada pihak sekolah atau terus hubungi pihak sekretariat melalui email krsmusleh@yahoo.com.

penyertaan diberi keutamaan kepada pelajar tingkatan 4 & 5.

JAMBOREE DI UDARA PENGAKAP ANTARABANGSA (JOTA) KE 51

Alhamdulillah, pada 17 - 19 Oktober 2008 seramai 17 kadet dan 6 orang pegawai KRS MUSLEH akan menghadiri Jamboree Di Udara Pengakap Antarabangsa (JOTA) ke 51 di Kem Pengakap Labu, Negeri 9. Semoga penyertaan ini akan memberi pengalaman yang berharga kepada para peserta. Terima kasih kepada Unit Ko-Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan kerana sudi menjemput kita sebagai peserta.

Tuesday, October 7, 2008

RENUNGAN

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. · Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Thursday, September 25, 2008

PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA


1. Pada pagi 1 Syawal, sesudah kita menunaikan solat subuh dan sesudah kita mandi sunat hari raya, lalu pergilah ke masjid atau tanah lapang dengan memperbanyakkan ucapan takbir dan tahmid.

2. Berhiaslah dengan memakai pakaian yang sebaik-baiknya (tidak semestinya baru) dan bau-bauan yang diharuskan.

3. Disunatkan juga makan sedikit terlebih dahulu sebelum pergi solat Hari Raya Aidil Fitri tetapi bagi solat Hari Raya Aidil Fitri disunatkan makan selepas solat.

4. Menggunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan balik daripada solat hari raya.

5. Setelah tiba di masjid, disunatkan solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak perlu solat tersebut. Bertakbirlah sehingga waktu solat.

6. Disunatkan membaca takbir di luar solat dari terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga berdiri menunaikan solat sunat hari raya.

7. Setelah selesai solat sunat hari raya, bermaaf-maafanlah dengan orang ramai yang datang ke masjid dan berziarahlah ke rumah saudara-mara, sahabat handai, guru-guru dan jiran tetangga. JANGAN LUPA BERMAAF-MAAFAN DENGAN IBU DAN BAPA KITA.

8. Berpada-pada dengan makanan dan minuman, jangan berlebihan

9. KURANGKAN BERHARI RAYA DENGAN TV, banyak cerita yang akan membuatkan kita berhari raya dengan mereka.

10. Jangan lupa, bahawa kita berhari raya adalah kerana untuk menggambarkan kegembiraan kita telah melalui madrasah ramadhan dengan jayanya.


INGAT PUASA 6 DAN MEMBACA AL-QURAN PERLU DITERUSKAN. INI TANDANYA KITA KOMITED DENGAN AMALAN ISLAM BUKAN HANYA DI BULAN RAMADHAN SAHAJA


WASSALAM

Wednesday, September 24, 2008

10 Langkah Ketika Berhadapan dengan Ujian & Cabaran


Us. Al-Banna menggariskan 10 faktor kejayaan untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran yang kita hadapi:

a. beriman dengan Allah, berbangga kerana mengenali-Nya serta pasrah kepada-Nya
b. hanya takutkan Allah s.w.t.
c. tunaikan kewajipan dan jauhi larangan
d. berakhlak mulia dan berpegang dengan nilai yang tinggi
e. menatap dan mengkaji Al-Quran dan sirah
f. tumpuan kepada aspek praktikal dan jauhi amalan berdebat
g. berusaha mempertautkan ikatan persaudaraan
h. berpegang kepada prinsip
i. dengar dan taat kepada pemimpin
j. menanti bantuan serta pertolongan Allah.

rujuk surah as-saf (10-14)

Monday, September 22, 2008

Ukhuwah antara teori dan realiti

Assalamu'alaikum kepada semua anggota KRS Musleh..... Semoga bulan yang penuh dengan barakah ini tidak kita sia-siakan begitu sahaja. Ingin saya menarik perhatian semua anggota KRS Musleh tentang tajuk di atas.


Kita sering mendengar tentang ukhuwah, bahkan kadang-kadang kita menyampaikan tazkirah, ceramah tentang ukhuwah dengan nas yang kukuh yakni dari hadis, Al-Quran dan sirah. Tapi, bila berada di alam realiti, adakah kita dapat mengamalkannya?


Itulah persoalan yang saya ingin mengajak kita bincang-bincangkan dan cubalah dengan sedaya upaya untuk kita mengamalkan ilmu tentang ukhuwah yang kita sama-sama fahami. Saya ingin mengambil contoh dalam satu aktiviti KRS-M.


Semua peserta telah dibahagikan dalam kumpulan, setiap kumpulan lebih kurang 10 orang. Aktivitinya ialah XPDC dengan menggunakan peta dan kompas. Setiap kumpulan bergerak dari satu check point ke satu check point yang diberikan. Diantara check point tersebut ada yang perlu bermalam, dan sudah tentulah perlu mencari kawasan yang sesuai untuk membina pengkalan. Dalam aktiviti ini, kumpulan syabab telah sampai dahulu, lalu mereka telah memilih satu kawasan yang sesuai untuk dijadikan pengkalan. Oleh kerana kumpulan syabab sampai dahulu, jadi mereka telah memilih tapak yang terbaik untuk kumpulan mereka dengan menyediakan tempat yang kurang baik kepada kumpulan fatayat. Apa yang baik dan kurang baik dari segi tempat saya cuba senaraikan seperti di bawah. Ini berdasarkan pemerhatian saya.


Tapak syabab:
  • dekat dengan bilik air dan tandas
  • bilik air dan tandas yang lebih baik
  • lebih dekat dengan sumber air
  • bersebelahan dengan pondok/dapur
  • apabila malam lebih terang kerana berdekatan dengan lampu.
Tapak Fatayat:
  • berlawanan dengan yang 5 perkara di atas
  • bersebelahan dengan tapak PASKAL (TLDM) sebagai maklumat anggota PASKAL tersebut semuanya lelaki.


Apa pandangan pembaca dengan situasi di atas berdasarkan maklumat yang saya senaraikan?
Dalam ukhuwah sifat ithar sangat penting untuk menunjukan tahap ukuwah yang tinggi. Kalau sifat ini tidak ada ukhuwah kita hanyalah mementingkan diri sendiri atau kumpulan sendiri sahaja.
Mungkin juga perkara ini terjadi bukan disebabkan tidak ada sifat ithar tetapi kerana realiti tidak semudah teori. Semasa aktiviti seperti ini, kita sangat dituntut untuk mengamalkan segala ilmu yang kita telah pelajari agar dapat dicernakan dalam bentuk realiti. Saya yakin pembaca sekelian telah memahami apa maksud yang hendak saya jelaskan disini kerana kita sangat arif tentang maksud ukhuwah.
Saya sengaja mengetengahkan situasi atau persoalan ini bukan untuk mendedahkan keburukan dan tidak sekali-kali untuk menjatuhkan martabat sesiapa tetapi untuk dijadikan ikhtibar kepada anggota yang lain sekiranya terjadi seperti situasi ini dalam sebarang aktiviti, maka dapatlah dibuat tindakan yang lebih baik.
Kepada pasukan ini saya telah memberi peringatan agar lebih berhati-hati dalam membuat tindakan dan mesti teliti dalam membuat keputusan. Selepas check point ini mereka sampai ke check point lain yang perlu juga membina pengkalan. Dan pengkalan mereka pada kali yang ke2 adalah lebih baik dan nampak lebih teliti. Tahniah....!

Sekian untuk kali ini, jika diberi kesempatan oleh Allah SWT, insyaAllah akan saya bentang dengan tajuk yang lain pula agar kita dapat sama-sama mengambil ikhtibarnya.


* syabab = anggota lelaki
fatayat = anggota perempuan
ithar = mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri

Monday, September 15, 2008

TAZKIRAH RAMADHAN 2

Penyimpan Mohor2 Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...... untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA : - Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan ...... yang suruh!! -Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn ......!!! - Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan ...... yang dok bagi hampa MALAS tau!! - Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan .......yang suruh dan bukan ...... yang suruh tengok..!! - Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan ...... yang bagi line!! - Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan ...... yang suruh!! - Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan ...... yang bagi idea!! - Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan ...... yang dok cucuk!! Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda. Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi.... Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena ...... dgn tau!!.. Tolonglah Manusia ooiii........Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime.... Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT .......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he

"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda :Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga,dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggusyaitan-syaitan. ." Hadis ini diriwayatkan Bukhari danMuslim.

Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah didalam syarahnya menyebut bahawa proses perantaian tersebuthanyalah satu simbolik atau majaz untuk menunjukkan betapasyaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnyaseperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpunberpuasa. Puasa yang dilakukan oleh orang-orangIslam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluansyaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hatimanusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapatmenjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinyabagaikan di'rantai'. Dalam erti kata lain, puasalahyang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepadaorang-orang yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruhsyaitan ke atas dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.
Sebagai kesimpulannya, pemahaman para ulama'terhadap hadis ini yang menyatakan syaitan-syaitan dirantaiterbahagi kepada dua iaitu memahaminya secara simbolikataupun memahaminya di atas maknanya yang zahir.
Seandainya seseorang itu berpuasa dengansebenar-benarnya, maka sesungguhnya dia telah merantaisyaitan daripada mendekati dirinya.
terpulang bagaimana kita hendak menjaga nafsu itu.
sila beri pembetulan sekiranya kesalahan.

Thursday, September 11, 2008

MOTIVASI RAMADHAN

DISEPANJANG RAMADHAN INI ........sentiasalah

setting NIAT
upgrade IMAN
download SABAR
upload USAHA
delete DOSA
update DOA
topup ILMU

supaya dapat redeem PAHALA banyak-banyak........

SELAMAT BERPUASA........

Thursday, August 28, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51 tanah air kita daripada penjajah. Sebagai ahli KRS MUSLEH adakah kita memahami erti sebenar kemerdekaan. Adakah kita merdeka apabila tanah air kita bebas daripada penjajah, bermakna kita telah merdeka. tetapi hakikatnya minda dan cara fikir kita masih lagi dijajah. Oleh itu kita haruslah mempunyai pengertian yang sebenar apakah itu kemerdekaan? Marilah kita bersama-sama membebaskan diri kita daripada sebarang bentuk penjajahan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Pihak sekretariat KRS MUSLEH mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga MUSLEH terutamanya para pegawai dan kadet yang telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh sekretariat. Di doakan semoga kita beroleh keberkatan daripada bulan yang mulia ini. Walaupun berpuasa adalah diharapkan aktiviti KRS pun tidaklah berpuasa juga. Perkemaskan pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Jangan lupa baca Al-Quran, solat tarawikh, qiamullail dan amalan-amalan lain yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.

PERKHEMAHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Insya Allah pada pada 16 - 20 Disember 2008 KRS MUSLEH akan menganjurkan Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan, tempat yang khusus akan dimaklumkan kemudian. Penyertaan hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Pelajar lain insya Allah tahun depan. Kena beri keutamaan kepada yang tua dulu. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Minta para pegawai, leftenan, leftenan muda, staf sarjan dan sarjan membuat persiapan yang sewajarnya.

Sunday, August 24, 2008

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KRSMUSLEH

Alhamdulillah pada 17 - 21 Ogos 2008 yang lalu kursus kenaikan pangkat KRSMUSLEH telah berjaya diadakan di D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Sitiawan, Perak. Seramai 60 pegawai ditauliahkan pangkat leftenan muda, 50 kadet ditauliahkan pangkat staf sarjan dan 150 ditauliahkan pangkat sarjan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah ditauliahkan. Semoga dengan pentauliahan tersebut akan mengaktifkan lagi aktiviti krsmusleh di sekolah-sekolah rangkaian musleh. Terima kasih diucapkan kepada semua jurulatih, pembantu jurulatih dan fasilitator yang menjayakan kursus tersebut. Segala jasa, pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah s.w.t. Insya Allah.

Tuesday, June 24, 2008

KONTINJEN KRS MUSLEH KE JAKARTA

Selamat datang kepada semua sekolah yang telah menghantar wakil sekolah untuk menyertai kontinjen Malaysia sebagai wakil tunggal penyertaan negara asia pasifik. Program akan bermula pada 8 Julai 2008 di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang sebelum berangkat ke Jakarta pada 10 Julai 2008.

Monday, June 23, 2008

Kursus Pemeringkatan Pangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Leftenan Muda

Insya allah pada 17 - 21 Ogos ini akan ada kursus pemeringkatan pangkat untuk sarjan, staf sarjan dan leftenan muda. Kursus sarjan dan leftenan muda akan diadakan di D'Amir Chalet, Setiawan, Perak, manakala kursus staf sarjan akan diadakan di Pulau Pangkor. Semua pendaftaran adalah di D'Amir Chalet. Makluman lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Diharap pihak sekolah telah membuat pemilihan calon yang akan mengikuti kursus ini.

Jambore JSIT, Cibubur, Indonesia

Insya allah, seramai 5 orang pegawai dan 30 orang kadet akan mewakili KRSMUSLEH untuk menyertai jambore JSIT yang akan diadakan pada 10 hingga 13 Julai 2008 di Cibubur, Indonesia. Didoakan semoga mereka beroleh ilmu, nilai, kemahiran dan pengalaman yang berguna untuk dimanfaatkan oleh kita bersama, Insya allah. Semoga selamat pergi dan pulang.

Kursus Pentauliahan Pegawai dan Kadet

Alhamdulillah pada 25 - 28 Mei yang lalu seramai 266 peserta telah mengikuti kursus pentauliahan pegawai dan kadet. 16 orang guru telah ditauliahkan pangkat leftenan dan 54 orang berpangkat leftenan muda, manakala 30 orang telah ditauliahkan pangkat staf sarjan, 161 sarjan dan 5 orang kopral. Diharapkan semua para pegawai dan kadet yang telah ditauliahkan ini akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.

Sunday, June 22, 2008

PENGENALAN KRS MUSLEH


Sejarah KRS MUSLEH

Pada tahun 2007, penasihat PSFM MGBSIM telah mengesyorkan supaya MUSLEH mengambil Kadet Remaja Sekolah Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum. Ini adalah disebabkan bahawa:

a. PSFM tidak dibenarkan berdaftar secara rasmi dengan kerajaan
b. KRS Malaysia adalah sebuah badan rasmi dan berdaftar dengan KPM
c. Imej KRS Malaysia yang sejahtera
d. KRS MUSLEH (KRSM) dibenarkan mengekalkan perkara-perkara asas PSFM

SEJARAH PERGERAKAN SYABAB & FATAYAT MALAYSIA

PSFM ini bermula sekitar 1988 dengan gabungan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan secara berasingan seperti kawad, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, pengurusan diri dan sebagainya. Ketika itu nama bagi program ini ialah Syabab Lil Bina dan Fatatul Muslimah. Adajuga sekolah yang menggunakan nama Syabab Banin dan Syabab Banat bagi program ini. Setiap sekolah yang menjalankan kurikulum bersepadu KBSR dan KBSRI menjalankan mengikut kemampuan masing-masing. Ianya banyak bergantung kepada keaktifan dan keilmuan para pendidik di sekolah berkenaan.

Pada tahun 1995, satu pertemuan besar telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak sempena Hari Syabab Malaysia anjuran MGB SIM. Semua sekolah yang berdaftar dengan MGB SIM telah menghantar wakil dalam pertemuan ini termasuk para guru besar dan pengetua SRI dan SMI. Hasil pertemuan tersebut telah menggariskan beberapa resolusi antaranya ialah nama bagi program atau persatuan ini ialah Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia. Kemudiannya telah dimurnikan dengan nama Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia atau PSFM. Semua pelajar di tahap 2 SRI dan semua pelajar SMI diwajibkan mengikuti aktiviti PSFM sebagai salah satu sukatan pelajaran di dalam kurikulum MGB SIM. Kurikulum MGB SIM dibahagikan kepada tiga bidang iaitu pakaian seragam, persatuan kelab dan sukan permainan. PSFM diletakkan dalam bidang pakaian seragam.

PSFM ini hanya dijalankan oleh sekolah-sekolah yang berdaftar dengan MGB SIM sahaja.
Semua guru yang mengajar di SRI dan SMI adalah Pemimpin Syabab Fatayat dan guru besar serta pengetua merupakan Ahli Kehormat Syabab Fatayat. Bagi mereka yang telah meninggalkan bangku persekolahan digalakkan terlibat dalam perlaksanaan aktiviti PSFM di SRI dan SMI. Mereka yang berkelayakan akan dilantik sebagai Ahli Bersekutu Syabab Fatayat.

Mulai tahun 2000, satu pasukan khas telah ditubuhkan di bawah Lujnah Tarbiyyah MGB SIM atas nama E-Team. Mereka ini ditugaskan untuk merancang, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan kemahiran, pengurusan dan kepimpinan Syabab Fatayat pelajar dan guru peringkat pusat.

Saturday, June 21, 2008

blog krsmusleh

Assalamualaikum

Kepada semua penggerak dan ahli krsmusleh. blog krsmusleh telah diaktifkan. insyaallah blog ini akan menjadi penghubung antara penggerak dan ahli. semoga krsmusleh akan terus berjaya untuk melahirkan insan rabbani seperti mana yang diimpikan oleh falsafah pendidikan kita.

sebarang komen dan cadangan boleh terus hantar melalui blog ini atau terus e-mail kepada krsmusleh@gmail.com atau krsmedia17@gmail.com

Thursday, April 3, 2008