Wednesday, June 23, 2010

KURSUS KEMAHIRAN BaSeD 2010

Oleh: Mejar(KRS) Azrul Fazli Bin Abdul Azis

Assalamualaikum W.B.T.

Pertamanya saya merakamkan tahniah buat semua yang telah terlibat dengan majlis pelancaran IKRAM baru-baru ini. Terutama barisan anggota KRSM dan Sakateriat yang segak tampil dengan penuh yakin dan bergaya.


Alhamdulillah, kursus kemahiran BaSeD telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan perjuangan yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan kursus yang dilakukan serentak ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dibalas dengan limpahan kerahmatan dari Allah S.W.T. Tahniah juga buat semua peserta peserta kursus yang hadir terutama peserta BaSeD yang cukup bersemangat. Seramai 35 orang peserta BaSed pelajar dan 28 peserta BaSed yang terdiri dari kalangan mualim dan mualimah telah mengikuti kursus kali ini.



Kursus kemahiran BaSeD kali ini amat menekankan teknik pengajaran dan kaedah pengajaran BaSeD yang sesuai bagi membolehkan penggerak-penggerak BaSeD ini memberi tunjuk ajar dan latihan apabila pulang ke Sekolah. Ini adalah disebabkan ramai dikalangan peserta BaSeD yang telah mengikuti sesi latihan diperingkat kebangsaan sebelum ini hanya mampu melakukan pergerakan dan apa yang telah diajar namun terlalu sukar untuk menyampaikannya kepada pelajar diperingkat sekolah. Apalah nilainya bunga tanpa harumnya. Begitu juga dengan penggerak BaSed, bukan hanya mampu melakukan tapi haruslah juga tahu apa yang dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya.


Apa yang ingin dilihat adalah gerak asas pertarungan dan pertahanan diri. Bukan gerak tarian yang sememangnya terlalu banyak yang telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang telah mempelajari BaSeD ini. Dimanakah silapnya? Oleh itu, penekanan terhadap seni gerak yang kemas dan tepat amat dititik beratkan didalam kursus kali ini, disamping latihan kekuatan stamina yang diasak setiap hari kepada semua peserta terutamanya pada latihan kaki.


Secara keseluruhan, saya melihat tahap kesungguhan peserta amat baik dan amat membanggakan. Walaupun ujian dan pemeringkatan yang telah dibuat mempunyai pelbagai tahap, namun seharusnya semua peserta perlu tahu, itu hanyalah sebagai salah satu penilaian sahaja. Sebaik mana tahap pencapaian sebenarnya terletak pada sebaikmanakah kalian mampu membimbing pelajar lain dalam memahami gerak BaSeD ini.


Begitulah juga sejauhmanakah BaSeD ini mampu sampai kepada sasaran dan matlamatnya kelahirannya adalah bergantung kepada sejauhmanakah kita menggunakan kesempatan ketika kursus dilaksanakan tempohari dan sejauh manakah kita menghayati dan mengamalkan geraknya, jika tidak, sia-sia sahajalah dengan apa yang telah kita usahakan. Akan hanya berciciran di tengah jalan.



Semoga BaSed bukan hanya mampu membina kekuatan fizikal yang bersedia untuk sebarang kemungkinan ancaman, namun mampu juga membina hati yang kental buat pelatih dan penggeraknya untuk berhadapan dengan pelbagai ancaman kerosakan jiwa dan kefahaman yang merobek keyakinan kepada keesaan Allah S.W.T.



Semoga Juga kita dapat melahirkan insan yang lengkap diri dan jiwanya untuk bersama di medan dakwah bagi membina bangsanya yang berjaya didunia dan akhirat.IsyaAllah.

Monday, June 21, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA KRS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 10




Buat pertama kalinya KRS MUSLEH dijemput untuk menyertai program peringkat kebangsaan ini yang turut dihadiri oleh anggota KRS seluruh Malaysia. Jesteru itu penyertaan kita adalah merupakan satu yang amat besar ertinya dalam konteks membina kepimpinan dan pengalaman serta penghayatan amal Islami dan dakwah bil hal selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif perjuangan KRS MUSLEH.

Objektif
Adalah diharapkan dengan penyertaan di dalam perkhemahan ini kita dapat:
1. membina hubungan dengan KPM melalui KRS Malaysia
2. memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan point dalam markah koko
3. mendedahkan pelajar kepada medan amal dakwah bil hal
4. mengenengahkan kepimpinan KRS MUSLEH dan latihan kepimpinan
5. merapatkan jurang pemisahan antara KRS Malaysia dengan KRS MUSLEH

Tempat
Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Negeri Sembilan








Tarikh
28 Jun - 2 Julai 2010

Penyertaan
Anggota kadet waki Sekolah Rangkaian MUSLEH seramai 40 orang (20 syabab 20 fatayat)

Pengisian
1. pertandingan
2. persembahan
3. kuliah

Perasmian penutup
YB Menteri Pelajaran Malaysia

Persediaan peserta
1. Pakaian no 4 lengkap dengan aksesori
2. Pakaian no 3 lengkap dengan aksesori
3. T-shirt KRS MUSLEH
4. T-shirt putih
5. T-shirt sekolah
6. Kasut kanvas hitam & kasut sukan
7. Peralatan mandi
8. Ubatan peribadi
9. Al-Quran terjemahan & ma'thurat
10. Peralatan tulis dan buku catitan

Tentatif program
26 Jun 2010 (Sabtu)
1100 - 2.30 petang Semua peserta dikehendaki berkumpul di SMI Al-Amin Bangi
2.30 - 6.30 Taklimat & persediaan perkhemahan
6.30 - 8.30 ISOMA
8.30 - 10.30 Persediaan perkhemahan
10.30 - 5.30 Rehat

27 Jun 2010 (Ahad)
8.00 pagi
11.00 malam Persediaan perkhemahan

28 Jun 2010 (Isnin)
8.30 pagi Bertolak ke Kem Rimba Ilmu Juasseh Negeri Sembilan

2 Julai 2010 (Jumaat)
8.30 pagi Perasmian pentutup
12.30 Bersurai

Semoga perkhemahan ini menjadi satu titik tolak bagi KRS MUSLEH untuk memacu kepimpinan pasukan pakaian seragam di Malaysia dan dunia amnya... ameen.






KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH


PADA 11 - 13 JUN 2010, SERAMAI 14 ORANG KOMANDEN DAN TIMBALAN KOMANDEN SERTA SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH TELAH MENGHADIRI KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH DI D'PUNCAK BRIS, SIK, KEDAH. PARA PESERTA TELAH DIDEDAHKAN PENGENALAN , PERANAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN BEBERAPA ASAS PENGURUSAN BERKAITAN KRS MUSLEH. PARA PESERTA JUGA TELAH MELALUI PENGALAMAN EKSPEDISI DAN BERKHEMAH DI TEPI TASEK (kena hujan lebat...makan malam pukul 1 pagi... kayu api basah) UNTUK MENGHAYATI BEBERAPA KONSTRUK YANG ADA DALAM PENILAIAN KONSTRUK KEMAMPUAN. SEMOGA PARA PEGAWAI YANG TELAH MENYERTAI KURSUS INI DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS DAN PERANAN YANG DIHARAPKAN DAN SETERUSNYA MENGGERAKKAN KRS MUSLEH DI SEKOLAH MASING-MASING. ALHAMDULILLAH SEMUANYA SELAMAT, TAHNIAH DAN SYABAS.

KURSUS KEMAHIRAN: ILMU PERKHEMAHAN TAHAP 2 2010


ALHAMDULILLAH, PADA 10 - 13 JUN 2010, SERAMAI 22 ORANG PEGAWAI (10 LELAKI 12 PEREMPUAN) TELAH MENYERTAI KURSUS ILMU PERKHEMAHAN TAHAP 2 YANG DIADAKAN DI D'PUNCAK BRIS, SIK, KEDAH DARUL AMAN. FOKUS UTAMA DALAM PERKHEMAHAN KALI INI IALAH KURSUS ASAS KESELAMATAN DI AIR & PEMANTAPAN ILMU ASAS PERKHEMAHAN. ALHAMDULILLAH, DALAM KURSUS ASAS KESELAMATAN DI AIR, KITA TELAH DILATIH OLEH JURULATIH PERSATUAN JURULATIH REKREASI MALAYSIA. MEREKA TERDIRI DRPD BEKAS KOMANDO YANG SEKARANG MENGANJURKAN AKTIVITI 'OUTDOOR' DAN DIIKTIRAF OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN. SELAMA DUA HARI PARA PESERTA TELAH DILATIH DAN DIAJAR BERKAITAN KESELAMATAN DI AIR BERMULA DARI ASAS BERENANG HINGGA MENGGUNAKAN SKUBA.

KEMAHIRAN LAIN YANG DILALUI OLEH PARA PESERTA IALAH EKSPEDISI SEJAUH LEBIH KURANG 2 KM YANG TERPAKSA TURUN NAIK BUKIT, MELALUI TEROWONG, MENYEBERANGI TASEK DAN BERKHEMAH DI TEPI TASEK BRIS. PESERTA HANYA DIBEKALKAN 'SURVIVAL KIT' (MAKAN UBI KENTANG, UBI KELEDEK DAN IKAN KERING JEEEE....). DI SEBELAH MALAM, PARA PESERTA TELAH DIARAHKAN UNTUK MENGATUR STRATEGI MENGAWAL KEM SENDIRI DAN MENYERANG KEM MUSUH DALAM WAR GAME. PARA PESERTA JUGA TELAH MEMPELAJARI TEKNIK MEMBINA KOD RAHSIA ATAU BAHASA ISYARAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PERKHEMAHAN DAN MEMBUAT MENARA KAWALAN.

PIHAK SEKRETARIAT BERHARAP PARA PESERTA DAPAT MEMANFAATKAN ILMU YANG DIPEROLEHI UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI DAN SETERUSNYA PARA PELAJAR. TAHNIAH, SYABAS DAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KURSUS INI. JUMPA LAGI DI KURSUS YANG AKAN DATANG, INSYA ALLAH.