Wednesday, June 23, 2010

KURSUS KEMAHIRAN BaSeD 2010

Oleh: Mejar(KRS) Azrul Fazli Bin Abdul Azis


-->
Assalamualaikum W.B.T.
Pertamanya saya merakamkan tahniah buat semua yang telah terlibat dengan majlis pelancaran IKRAM baru-baru ini. Terutama barisan anggota KRSM dan Sakateriat yang segak tampil dengan penuh yakin dan bergaya.

Alhamdulillah, kursus kemahiran BaSeD telah selamat dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan perjuangan yang berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan kursus yang dilakukan serentak ini. Semoga jasa dan pengorbanan kalian dibalas dengan limpahan kerahmatan dari Allah S.W.T. Tahniah juga buat semua peserta peserta kursus yang hadir terutama peserta BaSeD yang cukup bersemangat. Seramai 35 orang peserta BaSed pelajar dan 28 peserta BaSed yang terdiri dari kalangan mualim dan mualimah telah mengikuti kursus kali ini.


Kursus kemahiran BaSeD kali ini amat menekankan teknik pengajaran dan kaedah pengajaran BaSeD yang sesuai bagi membolehkan penggerak-penggerak BaSeD ini memberi tunjuk ajar dan latihan apabila pulang ke Sekolah. Ini adalah disebabkan ramai dikalangan peserta BaSeD yang telah mengikuti sesi latihan diperingkat kebangsaan sebelum ini hanya mampu melakukan pergerakan dan apa yang telah diajar namun terlalu sukar untuk menyampaikannya kepada pelajar diperingkat sekolah. Apalah nilainya bunga tanpa harumnya. Begitu juga dengan penggerak BaSed, bukan hanya mampu melakukan tapi haruslah juga tahu apa yang dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya.

Apa yang ingin dilihat adalah gerak asas pertarungan dan pertahanan diri. Bukan gerak tarian yang sememangnya terlalu banyak yang telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang telah mempelajari BaSeD ini. Dimanakah silapnya? Oleh itu, penekanan terhadap seni gerak yang kemas dan tepat amat dititik beratkan didalam kursus kali ini, disamping latihan kekuatan stamina yang diasak setiap hari kepada semua peserta terutamanya pada latihan kaki.

Secara keseluruhan, saya melihat tahap kesungguhan peserta amat baik dan amat membanggakan. Walaupun ujian dan pemeringkatan yang telah dibuat mempunyai pelbagai tahap, namun seharusnya semua peserta perlu tahu, itu hanyalah sebagai salah satu penilaian sahaja. Sebaik mana tahap pencapaian sebenarnya terletak pada sebaikmanakah kalian mampu membimbing pelajar lain dalam memahami gerak BaSeD ini.
Begitulah juga sejauhmanakah BaSeD ini mampu sampai kepada sasaran dan matlamatnya kelahirannya adalah bergantung kepada sejauhmanakah kita menggunakan kesempatan ketika kursus dilaksanakan tempohari dan sejauh manakah kita menghayati dan mengamalkan geraknya, jika tidak, sia-sia sahajalah dengan apa yang telah kita usahakan. Akan hanya berciciran di tengah jalan.
Semoga BaSed bukan hanya mampu membina kekuatan fizikal yang bersedia untuk sebarang kemungkinan ancaman, namun mampu juga membina hati yang kental buat pelatih dan penggeraknya untuk berhadapan dengan pelbagai ancaman kerosakan jiwa dan kefahaman yang merobek keyakinan kepada keesaan Allah S.W.T.
Semoga Juga kita dapat melahirkan insan yang lengkap diri dan jiwanya untuk bersama di medan dakwah bagi membina bangsanya yang berjaya didunia dan akhirat.IsyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan.
bile nak dapat belt ? hu

Anonymous said...

kenangan yg x dpt dilupakan bila bljar based ngn tuan azrul..huhu