Monday, August 3, 2009

KURSUS PEGAWAI PENGURUSAN KRS MUSLEH

Alhamdulillah, pada 31 Julai - 2 Ogos, di D'Amer Chalet, Ayer Tawar, Perak, seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar sekolah-sekolah Islam Malaysia yang bernaung di bawah MUSLEH dan ADNI telah hadir mengikuti kursus pegawai pengurusan KRS MUSLEH. Pihak sekretariat & jurulatih mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kerana telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam menjayakan kursus tersebut. Penekanan kursus adalah dalam aspek pengurusan dan kepemimpinan terutamanya dalam menjayakan aktivisme KRS MUSLEH di sekolah masing-masing. Para peserta juga didedahkan beberapa ilmu dan kemahiran asas dalam modul KRS MUSLEH.
Di akhir program seramai seorang penasihat, 6 orang Komanden dan 27 orang Timbalan Komanden telah ditauliahkan oleh Tuan Megat Mohd Amin Megat Mohd Nor iaitu Penaung KRS MUSLEH. Rupa-rupanya hebat juga para Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan kita ni. Adalah diharapkan segala ilmu, kemahiran, nilai dan pengalaman yang diperolehi akan meningkatkan kematangan kita dalam mengurus organisasi kita di sekolah, Insya Allah.

No comments: