Thursday, August 20, 2009

PENDAFTARAN PRINT '09

Assalamualaikum wbr, alhamdulillah JK Induk dan JK Pelaksana PRINT '09 telah mengadakan mesyuarat sebagai persediaan untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan. Program ini melibatkan penyertaan dari unit pakaian seragam sekolah-sekolah luar negara. Blog PRINT'09 akan dibuka tidak lama lagi untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang pendaftaran pasukan, keperluan, pertandingan dan lain-lain lagi. Sementara itu beberapa maklumat awal diperturunkan di sini untuk tindakan awal:


1. PENYERTAAN terbuka kepada :

1.1. Anggota KRS MUSLEH di semua SRI-SMI di bawah MUSLEH. Sekurang-kurangnya setiap sekolah menghantar 2 seksyen lelaki dan 2 seksyen perempuan. Keutamaan di SMI diberi kepada anggota tingkatan 5 diikuti dengan anggota di tingkatan yang lain. Untuk SRI tiada apa-apa syarat.

1.2 Anggota KRS sekolah-sekolah bukan rangkaian MUSLEH tetapi menjadi ahli KRS MUSLEH. Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.

1.3 Anggota KRS sekolah-sekolah bukan rangkaian MUSLEH tetapi bernaung di bawah Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI). Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.

1.4 Anggota KRS sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.

1.5 Anggota unit beruniform sekolah-sekolah bukan rangkaian MUSLEH yang bernaung di bawah Internasional Centre for Educational Excellence (ICEE). Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.

2. KELENGKAPAN

2.1 Semua sekolah yang menyertai PRINT'09 bertanggungjawab menyediakan sendiri kelengkapan khemah, peralatan kem kraf dan memasak kecuali peserta daripada luar negara.

2.2 Setiap sekolah hendaklah menyediakan 3 jenis bendera iaitu bendera negara, negeri dan sekolah serta bendera KRS. Bagi peserta luar negara boleh membawa bendera negara, sekolah dan unit pakaian seragam berkenaan.

3. PAKAIAN

3.1 Semua peserta/anggota KRS diwajibkan membawa pakaian no.4 dan pakaian aktiviti. Pakaian no.3 adalah juga digalakkan. Baju T KRS adalah digalakkan dibawa lebih daripada satu. Walaubagaimanapun baju T sekolah masing-masing boleh juga dipakai asalkan seragam.

3.2 Bagi peserta daripada luar negara dikehendaki membawa pakaian seragam masing-masing iaitu pakaian rasmi atau pakaian untuk aktiviti.

3.3 Semua peserta digalakkan membuat tanda pada pakaian yang dibawa untuk mengelakkan pertukaran.

3.4 Bagi anggota perempuan, tudung perlu disediakan sekurang-kurangnya 3 helai iaitu tudung KRS, tudung hitam dan tudung putih.

No comments: