Friday, February 10, 2012

KEMNAS II CIBUBUR

Seramai 28 orang anggota TKRS/KRS MUSLEH dan empat orang pegawai pengiring telah menyertai Perkhemahan Nasional II Pramuka JSIT di Cibubur Jakarta pada 11-14 Januari 2012. Kehadiran KRS MUSLEH disambut oleh Drs Sukro Muhab iaitu Ketua Umum JSIT Indonesia yang mempunyai lebih 1300 buah institusi pendidikan yang bergabungdi bawahnya.

Kontinjen telah berkumpul sejak 8 Januari lagi di SM Islam Al-Amin Bangi yang menjadi tuan rumah kepada kontinjen sebelum berlepas ke Jakarta.


Ketua Kontinjen KRS MUSLEH ke KEMNAS II, Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa berkata, penyertaan KRS MUSLEH telah mendapat restu Bahagian Ko-Kurikulum KPM yang turut mendoakan kesejahteraan kontinjen di sana.

Beliau berasa terharu mengenangkan kesungguhan dan pergorbanan para peserta untuk menjayakan program empat tahun sekali ini. Pada hari pertama apabila KRS Musleh berkunjung ke SMP IT Nurul Fitri, mereka disambut meriah oleh para lembaga pendiri, guru-guru serta para pelajar. Sedikit perkongsian antara peserta dengan pihak pengurusan SMP IT menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada rombongan KRS Musleh. Selepas itu barulah mereka bertolak ke tapak perkhemahan di Cibubur, sebuah tapak perkhemahan yang terbesar di Asia Tenggara yang mampu memuatkan lebih 80 ribu orang pada satu-satu masa.Ketua Kontinjen KRS MUSLEH ke KEMNAS II, Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa berkata, penyertaan KRS MUSLEH telah mendapat restu Bahagian Ko-Kurikulum KPM yang turut mendoakan kesejahteraan kontinjen di sana.

“Di sana kita telah bergabung dengan lebih 5,000 pramuka JSIT dan wakil Luk Se-Thailand. Suasana di tapak perkhemahan sungguh meriah dan ceria dengan lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu pramuka. Hampir semua kepulauan Indonesia menghantar wakil mereka ke KEMNAS ini, antaranya Kepulauan Jawa, Sumatera, Kalimantan, Makassar, Papua dan Bali,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, perkhemahan kali ini agak mencabar seperti juga PRINT'11 kerana saban hari dilanda mendung dan hujan terutama pada malam terakhir. Namun begitu semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang berjalan ialah lawatan ke Pusat Latihan Polis, Pusat Tentera Udara, Pertandingan dan Pertunjukan. Antara pertunjukan yang menarik pula ialah roket air, Palestin dan dua malam kebudayaan yang turut disertai oleh kumpulan Justice Voice, Izzatul Islam, Ruhul Jadid, Shoutul Harakah dan Muadz dari Malaysia. Qiam Perdana sungguh menyegarkan dengan solat tahajud dan munajat.

Sebelum kembali ke Malaysia, rombongan KRS Musleh telah bermalam di SMP IT Iqra' Boarding School yang juga salah satu rangkaian sekolah di bawah JSIT. Suasana sekolah di kampung dan dusun cukup menyegarkan jiwa.

Pengerusi Musleh Bhd, Ust Megat Mohd Amin selaku tetamu jemputan telah mengikuti program ini selama empat hari. Beliau turut memberi semangat kepada anggota rombongan supaya terus menjaga akhlak dan kerja berpasukan dalam membawa bendera Malaysia ke bumi Indonesia.


No comments: