Saturday, July 4, 2009

INFO DARI MODERATOR...

Oleh: KRSM-Moderator Blog.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera. Pertama sekali Pihak Moderator blog ini (KRSM) ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi singgah di blog ini. Jumlah pengunjung yang hadir telah meningkat dari hari ke sehari. KRSM juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blog Kadet Remaja Sekolah lain terutama KRS Pahang dan KRS ACS yang telah menyokong usaha KRSM ini.

Namun sedikit kekesalan yang KRSM rasakan apabila ada segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab menjadikan ruang blog ini terutama blog PRINT sebagai medan cacian dan kritikan. Bukan salah untuk mengkritik tetapi bagi KRSM lebih baik terus menghubungi pihak sakateriat KRSM dan MUSLEH sekiranya ada kekusutan yang bermain diminda. Islam itu indah dan seharusnya akhlak Islam itu kita cernakan sebagai contoh ikutan kepada orang lain.

KRSM amat mamahami dan mengetahui blog ini tiadalah apa sangat nilai dan harganya. Hanya sekadar ruang untuk menyebarkan maklumat kepada anggota KRSM diseluruh Malaysia dan cuba menyampaikan sedikit bahan sebagai renungan. Tidaklah hebat sepertimana blog orang lain. Buat masa sekarang, KRSM sedang berusaha menaik taraf blog ini dengan bantuan kawan-kawan hackers dari HTD Grafic Team.

Alhamdulillah, buat masa sekarang KRSM dan rakan-rakan telah berjaya mengesan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab namun tiadalah apa tindakan diambil setakat ini cuma sekadar ingin mengetahui siapakah yang tidak bertanggungjawab itu dan semoga Allah memberi petunjuk dan kebaikan buat mereka. Oleh itu juga pihak KRSM mohon maaf sekiranya berlaku kesulitan dan perubahan dalam melayari blog ini.Ini adalah kerana usaha peningkatan keselamatan sedang dijalankan oleh pihak kami.

Berkaitan dengan gambar.Pihak KRSM mengalami masalah untuk mendapatkan gambar daripada orang lain yang memilikinya. Gambar yang KRSM miliki hanya terhad.Oleh itu amatlah diharapkan kepada sesiapa yang memiliki gambar kursus dapat menghubungi pihak KRSM untuk proses pengumpulan gambar-gambar tersebut.

KRSM juga ingin memaklumkan. Blog PRINT buat masa sekarang terpaksa di hadkan kepada pengguna yang memiliki kata laluan sahaja. Ini adalah atas arahan pihak sakateriat dan bagi membolehkan usaha-usaha PRINT dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Berkaitan dengan PRINT, jawatan kuasa peringkat pusat telahpun dibentuk dan sekarang proses bagi jawatankuasa kerja sedang dilaksanakan. Pihak KRSM telah dimaklumkan oleh Sakateriat,bulan Julai ini adalah bulan yang penuh agenda khas bagi menggerakkan PRINT ini disamping kursus khas yanag akan dilaksanakan pada hujung bulan Julai ini. KRSM mengucapkan syabas dan selamat berjaya kepada semua tuan-tuan yang bertungkus lumus berusaha menjayakan segala usaha-usaha ini. Perkembanagan lanjut akan KRSM maklumkan selepas 20hb Julai nanti kerana dimaklumkan akan ada mensyuarat khas jawatankuasa PRINT ini yang akan dilaksanakan di Sitiawan Perak. harap juga KRSM dijemput sekali...

Segala perkembangan lanjut berkaitan Kadet Remaja sekolah MUSLEH ini akan KRSM maklumkan. Bersamalah kita berdoa agar ILMU, IMAN DAN AMAL akan terus terpahat dijiwa kita..semoga kita menjadi anak bangsa yang berjasa buat agama, bangsa dan negara

3 comments:

Meja Data 2 said...

salam ya akhie,
sebelum tu saya nak kepastian, PRINT tu apa? KRS versi baru?

Normi said...

Salam ya akhie,
dah faham maksud PRINT, syukran.
Actually pertamanya yang tau ialah KRS MUSLEH tu sendiri. MUSLEH stand for what? Adakah kadet remaja bagi pelajar sekolah2 islam swasta?
Tak pernah dengar kewujudannya terutama dari mulut tuan md shah sendiri...

Normi said...

Salam'alaik. Ya akhie, baru saya faham. Saya dah lama tahu kewujudan Persatuan Syabab dan Fatayat Malaysia. Tapi baru tahu rupanya dah join KRS. Alhamdulillah.. Bangga rasa hati ni..