Tuesday, June 16, 2009

PENTAULIAHAN PANGKAT SARJAN TKRSM

Alhamdulillah, pada 1 - 4 Jun yang lalu seramai 192 anggota Tunas Kadet Remaja Sekolah MUSLEH telah ditauliahkan pangkat sarjan. Komitmen dan pengorbanan yang ditunjukkan amat memberangsangkan walaupun terdapat beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan di peringkat sekolah masing-masing dan pengurusan pengendalian kursus. Kursus ini telah diadakan di Pendang Lake Resort, Pendang. Seramai 8 orang pegawai yang mengendalikannya dengan kerjasama 34 orang guru pengiring dari sekolah yang menghantar peserta. Bagi pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih, Jazakallahu Khairan Kathira kepada semua pihak terutamanya guru pengiring kerana memberi kerjasama yang baik untuk melancarkan perjalanan kursus tersebut. Semoga dengan pentauliahan tersebut, pihak sekolah dapat memanfaatkan tenaga anggota untuk menggerakkan aktivisme TKRSM di sekolah masing-masing. Tingkatkan lagi kemahiran yang ada dan jangan lupa terapkan nilai yang terdapat dalam setiap kemahiran yang dipelajari, Insyaallah apa yang kita harapkan ilmu, iman dan amal akan menjadi teras pembentukkan INSAN RABBANI.

No comments: