Tuesday, June 9, 2009

PENTAULIAHAN 2009

Oleh: Mejar(KRS)Azrul Fazli B Abdul Azis

Assalamualaikum semua, Al-hamdulillah, kursus kenaikan pangkat Leftenan muda, Sarjan dan staf sarjan bagi tahun 2009 peringkat sekolah-sekolah Islam semalaysia telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Tahun ini jumlah peserta ialah seramai :
Sarjan:- 165 Orang

Staf Sarjan :-61 Orang
Leftenan Muda:- 75 Orang

Sebenarnya bukan lah senang untuk melaksanakan 3 kursus serentak di lokasi yang berbeza, dan akhirnya semua peserta dikumpulkan untuk majlis pentauliahan. Jutaan syabas dan tahniah kepada semua jurulatih, pembantu dan peserta yang menjayakan kursus ini. Semoga jasa baik dan usaha kita di rahmati oleh Allah S.W.T.

Pastinya peserta-peserta telah selamat tiba dinegeri masing-m
asing dan menggunakan hari ini untuk rehat sepenuhnya setelah 5 hari berpenat lelah mengikuti latihan dan ujian. Selamat beristirehat saya ucapkan.

Saya juga mengucapkan tahniah atas kejayaan semua yang tel
ah di tauliah. samaada mendapat keputusan kepujian atau cemerlang, yang terpenting adalah bagaimana untuk kita melaksanakan amanah yang telah di berikan kepada kita ini dalam bersama mendidik anak bangsa agar menjadi anak bangsa yang taat dengan perintah Allah, berjasa dan berjaya bukan hanya sebagai insan di muka bumi malah mendapat balasan syurga apabila pulang mengadap Ilahi. Jutaan kemaafan dari barisan jurulatih, fasalitator dan pembantu atas kekurangan, kesalahan dan apa juga perkara yang menguris perasaan. semoga kita berjumpa lagi dimasa akan datang. Selamat Berjuang dimedan Tarbiyah ini.
Terima kasih atas segalanya dari kami.

No comments: