Wednesday, May 27, 2009

kenapa Tidak Boleh?

oleh: Mejar (KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersua kita kembali. Kursus kenaikan pangkat semakin hampir bagi musim 2009 ini. pastinya ada dua suasana. Pertama nya, tentulah semangat yang membara bagi mereka yang berminat dan bercita-cita tinggi terutama bakal-bakal Sarjan KRS dan Staf Sarjan KRS. Bagi peserta Leftenan muda entahlah... tetapi saya yakin ada antaranya yang cukup bersemangat bagi mengikuti kursus ini.


Suasana yang kedua, ada antara yang terpilih sedang sibuk mencari alasan untuk tidak menghadiri kursus ini. terutama bakal-bakal Leftenana muda yang diarahkan oleh pihak sekolah untuk hadir mendapatkan tauliah atau guru-guru pengiring yang terpaksa mengorbankan cuti yang dinanti-nanti. Maaflah sekiranya saya tersilap membuat andaian. Tetapi itulah hakikatnya. sampai kehari ini saya mendapat banyak panggilan telefon yang bertanyakan tentang kursus ini dan pelbagai cerita yang saya dengar. kadangkala terlalu lucu bila memikirkannya. Antaranya yang boleh saya kongsikan ada antara bakal peserta yang memberi alasan, Tidak boleh kena matahari, Tidak makan makanan melayu, makan makanan barat sahaja dan kena kencing manis, sebaik sahaja dapat surat tawaran dan pelbagai lagi.
Begitulah kalau sudah tidak minat. Walau apapun selamat menjalani latihan bagi yang sedang giat menjalankan latihan dan selamat berjaya kepada semua. Saya amat mengharapkan segala dokumen, pra syarat pentauliahan dan perkara-perkara penting yang telah dinyatakan didalam surat dapat di patuhi dan dibawa sebaiknya. Selamatberjaya, sesungguhnya apa yang kita lakukan ini adalah semata-mata kerana Allah dan semoga amal kita ini akan diberi balasan apabila kita mati nanti.

SEBENARNYA TIADA SIAPA BERHAK MENGATAKAN KITA TIDAK BOLEH JIKA KITA KATAKAN KITA BOLEH.

1 comment:

.:: KRS Pahang ::. said...

salam perjuangan.
izinkan saya komen dan pastekan dlm blog kami.
Saya tertarik dengan keratan akhbar tersebut. MasyaAllah... guru berkenaan tersenarai dalam idola saya.
pada saya, memang tepat sekali dengan pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Secara peribadi, minat saya letak no.2. Priority saya adalah sasaran dan kerja suatu ibadah.
Saya masih pada prinsip asal KRiS. Moga asas yg dipupuk sejak zaman pengasas terutama arwah Muhammad Thani Shaaban masih kekal utuh..
Sama-sama memartabatkan KRS demi anak bangsa..