Monday, May 18, 2009

DISEBALIK TABIK HORMAT ITU...

Oleh: Mejar (KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertamanya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua warga guru disekolah-sekolah Islam semalaysia dan kepada semua guru di Malaysia. Terima kasih Cikgu, kerana telah mendambakan diri seikhlasnya bagi mendidik anak bangsa. terutama sekali kepada semua Cikgu yang bersama didalam menjayakan misi dan Visi Kadet Remaja sekolah ini.Terima kasih kerana sudi mengunjungi bloq KRSM yang tidak seberapa ini. kali ini saya ingin menarik perhatian pembaca berkaitan dengan memberi tabik hormat. Penulisan ini sebenarnya telah saya keluarkan didalam bloq saya http://www.hidayahtraining.bloqspot.com. tidaklah hebat sangat , namun sekadar ingin berkongsi bersama saya masukkan pula di ruangan ini.


Dalam Kadet Remaja Sekolah ini, antara perkara yang penting yang diajar adalah memberi tabik hormat. Mengapa perlu memberi tabik hormat?mengapa kita mempelajarinya? kerap saya bertanyakan soalan itu kepada pelatih apabila saya memberikan latihan. Namun Kebanyakannya menjawab...itu adalah satu sukatan yang perlu di pelajari.


Sebenarnya, Didalam kehidupan manusia ini , sememangnya terdapat pelbagai perkara yang diperlakukan oleh manusia dengan tanpa suara namun cuba menerangkan tentang sesuatu. Antaranya simbol dan perlakuan manusia itu sendiri. Sebagai contoh, apabila lampu isyarat berwarna merah. Pastinya kita akan memberhentikan kenderaan. Adakah lampu itu bersuara dan berkata ... "Tolong berhenti"?. Pastinya tidak kan..dengan warna merah itu seolah-olah dia berkata dengan kuat kepada semua kenderaan ...” tolong berhentiiiiii ”....!!!


Begitu juga dengan memberi tabik hormat.Terdapat pelbagai cara sesuatu pasukan itu memberikan tabik hormat. Terpulanglah kepada identiti sesuatu pasukan itu.Namun bagi Kadet Remaja Sekolah, memberi hormat adalah dengan meletakkan 5 jari tangan kanan rapat dibawah kening kanan dan berdiri dengan tegak. Apakah tandanya?...ya, sebagai tanda hormat. Sebagai salah satu cara menunjukkan kita memberi penghormatan kepada anggota yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita.Dengan kuat, tegas serta penuh disiplin kita menyebut...” Assalamualaikum Tuan! “



Sebenarnya, sebagai umat Islam sememangnya kita diasuh dan dituntut agar menghormati pemimpin.

Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud:



Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasulnya dan Ulil Amri ( pemimpin) diantara kamu...



Bagaimana pula setia dengan Allah? Cuba kita fikirkan. Dengan sesama manusia kita telah mengangkatkan satu tangan kanan dan berdiri dengan tegak. Penuh disiplin, mungkin kerana kita takut nanti dimarahi oleh tuan yang berada dihadapan kita. Sekiranya tersilap mungkin akan dikenakan denda. Namun sedarkah kita. Ketika mula untuk bersolat, kita juga berdiri tegak dan malah kita telah mengangkat kedua-dua tangan ( takbir ratul ihram ) sebagai tanda kita meyerahkan diri kepada Allah, dan kemudiannya kita telah membaca ikrar (doa iftitah).


Adakah kita menyedarinya? Adakah kita penuh disiplin dan berdiri dengan tegaknya apabila kita berdiri dihadapan Allah S.W.T yang telah menjadikan kita. Adakah pakaian kita kemas dan tertib sepertimana pakaian seragam kita? Mengapa tidak? Sedangkan Allah maha agung ketua segala kejadiannya. Allah S.W.T adalah Tuan bagi segalanya.


Inilah antara sebenarnya latihan hormat yang dilatih kepada kita ketika aktiviti KRSM ini. Hormat bukan hanya kepada manusia
, namun praktikalnya apabila berhadapan dengan Allah S.W.T lima kali sehari. Jika kita mampu memberikan satu tabik hormat yang terbaik buat Tuan dihadapan kita..seharusnya juga kita mampu lakukan dengan lebih baik dihadapan Allah S.W.T yang menjadikan dan mematikan kita.






ketahuilah..kehidupan ini hanya sementara dan pastinya kita akan dipanggil untuk pulang oleh yang esa.

No comments: