Thursday, September 25, 2008

PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA


1. Pada pagi 1 Syawal, sesudah kita menunaikan solat subuh dan sesudah kita mandi sunat hari raya, lalu pergilah ke masjid atau tanah lapang dengan memperbanyakkan ucapan takbir dan tahmid.

2. Berhiaslah dengan memakai pakaian yang sebaik-baiknya (tidak semestinya baru) dan bau-bauan yang diharuskan.

3. Disunatkan juga makan sedikit terlebih dahulu sebelum pergi solat Hari Raya Aidil Fitri tetapi bagi solat Hari Raya Aidil Fitri disunatkan makan selepas solat.

4. Menggunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan balik daripada solat hari raya.

5. Setelah tiba di masjid, disunatkan solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak perlu solat tersebut. Bertakbirlah sehingga waktu solat.

6. Disunatkan membaca takbir di luar solat dari terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga berdiri menunaikan solat sunat hari raya.

7. Setelah selesai solat sunat hari raya, bermaaf-maafanlah dengan orang ramai yang datang ke masjid dan berziarahlah ke rumah saudara-mara, sahabat handai, guru-guru dan jiran tetangga. JANGAN LUPA BERMAAF-MAAFAN DENGAN IBU DAN BAPA KITA.

8. Berpada-pada dengan makanan dan minuman, jangan berlebihan

9. KURANGKAN BERHARI RAYA DENGAN TV, banyak cerita yang akan membuatkan kita berhari raya dengan mereka.

10. Jangan lupa, bahawa kita berhari raya adalah kerana untuk menggambarkan kegembiraan kita telah melalui madrasah ramadhan dengan jayanya.


INGAT PUASA 6 DAN MEMBACA AL-QURAN PERLU DITERUSKAN. INI TANDANYA KITA KOMITED DENGAN AMALAN ISLAM BUKAN HANYA DI BULAN RAMADHAN SAHAJA


WASSALAM

No comments: