Tuesday, June 24, 2008

KONTINJEN KRS MUSLEH KE JAKARTA

Selamat datang kepada semua sekolah yang telah menghantar wakil sekolah untuk menyertai kontinjen Malaysia sebagai wakil tunggal penyertaan negara asia pasifik. Program akan bermula pada 8 Julai 2008 di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang sebelum berangkat ke Jakarta pada 10 Julai 2008.

6 comments:

Tuan Rahaim said...
This comment has been removed by the author.
Tuan Rahaim said...

Tanggal 9/7/08 Kompleks Rakan Muda Sementa Klang, awal malam sebelum berangkat dimulai dengan solat hajat dan doa selamat. Kehadiran Ust Megat Mohd Amin sebagai Penaung KRS MUSLEH bersama rakan beliau Assc Prof Abd Razzaq Ghaffar dr Univ Ummul Qura Mekah membakar semangat dengan ucapan dan tazkirah dalam bahasa Inggeris dan Arab. Butir2 amanat disampaikan dengan tenang dan padat isinya. Selesai majlis, kami dikejutkan dengan telefon drpd En Rashid Mean, Pen Pengarah Bhg Sekolah (Timb Pengarah 11 KRSM)yang baru pulang dr Bengkalis Riau kerana menghadiri Jambori Pengakap Melaka. Belum tiba ke rumah beliau datang dulu ke Kompleks Rakan Muda tempat kami berkumpul. Beliau memberikan nasihat dan pesanan yang sangat berguna terutamanya bagi kami yang pertama kali terlibat dalam Jambore di luar negara. Kemudian kami berkemas selengkapnya dan tidur sekejap sementara menunggu awal fajar...

Tuan Rahaim said...

Tanggal 10/7/08, Berangkat dengan bas jam 4.00 pg ke LCCT. Tiba jam 6.00 pg. Agak lewat sebab dalam perjalanan ada masalah kenderaan pegawai rosak. Bergegas check in kerana kesuntukan masa tetapi dengan bantuan pegawai airport, proses check in selesai dan kami solat Subuh bergilir2. Jam 6.40pg baru kami masuk ke tempat menunggu. Tak lama terus naik flight. Penumpang padat, duduk merata-rata. Anyway memang free seat pun. Syukur dan mata pun makin berat sebab agak letih dan zzz...

Tuan Rahaim said...

Sampai di soekarno-hatta airport sekitar jam 8.10pg waktu tempatan. Bas siap menunggu. Lepas makan2 sikit sebanyak, bas berlepas ke cibubur. Semua masih letih, so sambung tidur. Sekitar jam 10.30pg kami sampai di bumi perkhemahan cibubur. Nampaknya belum banyak sekolah yang sampai. Sebaik kami turun diarahkan berehat sementara di dewan terbuka dekat situ menanti pendaftaran mula jam 2.00 petang. Lepas letak beg, mulalah aktivti berkenalan dgn guru2 dan murid2 sekolah yang sudah sampai. Anak2 SDIT sungguh aktif, dah mula ambil maklumat dan autograf sebagai sebahagian tugasan di sana. Suka sekali pelajar2 kita dikerumuni oleh anak2 itu. Kami dengan pembina(guru2) bersilaturahim sesamanya. Bertanya khabar. Nampaknya mereka lebih lelah lagi sebab melalui perjalanan yang panjang sekitar 8-12jam sebelum sampai. Terdetik di hati..ah kita baru 5 jam pun dah rasa letih..salut pak.

Tuan Rahaim said...

Petang 10/7/08, pendaftaran dibuka dan kami berurusan untuk khemah, tempah makanan dan mengambil peralatan yang disediakan oleh panitia JAMNAS. Semua urusan selesai sekitar jam 5.30ptg. Yang tak dapat cuma t-shirt kerana kehabisan stok. Mereka janji akan pos ke Malaysia kemudian. Kem Syabab terletak di Loket D bersama peserta dari Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Boleh tahan juga jauhnya dengan pentas utama iaitu sekitar 1 km. Kem Fatayat dekat sikit. Kami disediakan 2 buah khemah, satu untuk kadet(besar) dan satu untuk pegawai(kecil). Makanan yang dibekalkan kepada kami berbungkus cuma keistimewaannya tak berkuah. Kebetulan pula keliling khemah kami ada penjual makanan dan minuman. Apalagi baksolah jadi kuahnya. Seingat saya hampir setiap hari kami makan bakso(asli punya). Yang tak tahannya perut selalu memulas lepas makan. Dari petang hingga malam syabab bertungkus-lumus menyiapkan gajet dan menghiaskan kawasan khemah. Malamnya mereka terpaksa ulangkaji kawad kaki. Disebabkan arahan dan pergerakan tak sama dengan Pandu, kami diberi peluang untuk buat persembahan khas sebelum pertandingan bermula. Jadi malam tu pulun sakan syabab fatayat kita. Rasanya sekitar jam 1.00pg baru tidur. Dah letih sangat, hirasah bertahan sampai jam 2.30pg saja. Lepas tu pegawai kena ambil alih. Memang patutpun sebab mereka buat kerja tak henti-henti untuk pastikan yang terbaik dan nama baik KRS MUSLEH Malaysia. Yang kurang selesa sebenarnya pasal pakaian KRSM sebab tak ada seterika, jadi kedut-kedut tu tak boleh nak elak... Sekitar jam 4.30pg bangun untuk tahajjud dan persiapan Subuh..

Tuan Rahaim said...

Tanggal 11/7/08 adalah tarikh bersejarah kerana Pandu SIT bergabung dengan Pramuka Indonedia dengan nama Pramuka SIT. Terkenang PSFM yang baru juga bergabung dengan KRS atas nama KRS MUSLEH. Acara diadakan penuh istiadat dan hampir kami menitis air mata ketika acara pertukaran topi dan kain 3 segi Pandu kepada Paramuka. Sungguh terkesan suasana itu. Namun yang pasti semua SIT taat dengan keputusan pimpinan JSIT untuk bergabung dengan Pramuka atas asas da'wah. Yang menarik juga adalah perbarisan lintas hormat yang menyaksikan sekolah2 berjalan keluar dengan melambaikan tangan. Namun KRSM dengan langkah maju berjalan dan membuat tabik hormat yang mendapat tepukan gemuruh. Kadet Fatayat nampak lebih mantap gaya hormatnya. Bapak Hidayat dan VIP nampaknya suka sekali dengan penampilan KRSM. Nampak macam polisi..tentera..begitu. Wallahu a'lam jumpa lagi.