Monday, June 30, 2008

PENGENALAN KRS MUSLEH

Sejarah KRS MUSLEH

Pada tahun 2007, penasihat PSFM MGBSIM telah mengesyorkan supaya MUSLEH mengambil Kadet Remaja Sekolah Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum. Ini adalah disebabkan bahawa:

a. PSFM tidak dibenarkan berdaftar secara rasmi dengan kerajaan
b. KRS Malaysia adalah sebuah badan rasmi dan berdaftar dengan KPM
c. Imej KRS Malaysia yang sejahtera
d. KRS MUSLEH (KRSM) dibenarkan mengekalkan perkara-perkara asas PSFM

Pada 20 Oktober 2007, Lembaga Pengarah MUSLEH telah bersetuju mengambil KRS Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum bagi semua SRI-SMI di bawah naungannya. Oleh itu, nama PSFM di SRI-SMI telah digantikan dengan nama KRS MUSLEH dengan mengekalkan falsafah, konsep, isi kandungan dan semua syiar asasi PSFM. Surat KPM bertarikh 21 Januari 2008 telah mengesahkan bahawa MUSLEH menjadi badan gabungan KRS peringkat kebangsaan bagi semua SRI-SMI yang bernaung di bawahnya. MUSLEH menjadi ahli gabungan KRS Malaysia peringkat kebangsaan dan sebuah badan induk. Ini bermaksud bahawa:

a. MUSLEH boleh mengeluarkan sijil pendaftaran keahlian KRS kepada SRI-SMI.
b. Sijil keahlian sekolah dalam KRS MUSLEH perlu dilampirkan bagi semua permohonan/surat berkaitan urusan pelajar dan sekolah dengan PPD atau JPN
c. JPN telah dimaklumkan secara rasmi tentang keahlian SRI-SMI MUSLEH oleh KRS Malaysia
d. MUSLEH boleh memberi kuasa kepada Pengetua untuk mengeluarkan sijil keahlian KRS pelajar sekolahnya
e. Pendaftaran SRI-SMI dengan MUSLEH sudah memadai untuk beroperasi secara rasmi dan berhubung dengan JPN.
f. Ini membolehkan SRI-SMI menyertai apa-apa aktiviti di peringkat daerah dan negeri.
g. MUSLEH boleh menjadi pemantau/penyelia perjalanan KRSM di semua SRI-SMI yang berdaftar dengannya.
h. Pihak KRS Pusat memberi kuasa kepada MUSLEH untuk memantau perjalanan KRS peringkat SRI-SMI
i. MUSLEH boleh melaksanakan PSFM seperti biasa dan menggunakan nama KRS untuk urusan rasmi dengan KPM.
j. Oleh kerana kemahiran dalam KRS Malaysia adalah sama dengan PSFM dengan pertambahan beberapa kemahiran (seperti keusahawanan) maka pelaksanaan kemahiran PSFM adalah juga pelaksanaan kemahiran KRS Malaysia.
k. Dalam aspek rohinya seperti usrah, modul usrah akan dijadikan sebagai kemahiran kerohanian dalam KRS Malaysia (usrah adalah salah satu komponen kerohanian dalam KRS Malaysia).
l. Pihak KRS Malaysia tiada halangan dari segi penambahan silibus
m. Sijil akan dikeluarkan kepada SRI-SMI oleh KPM dan MUSLEH

MUSLEH boleh menganjurkan program atau kursus di peringkat nasional untuk SRI-SMI dan diiktiraf oleh KRS Malaysia.

a. Ini termasuk Jambori, pemeringkatan pangkat (sarjan - Kursus Pegawai Waran dikendali oleh Pusat) dll.
b. MUSLEH/negeri/sekolah boleh menjemput badan-badan seperti JPA3, ATM, BOMBA untuk mengendalikan apa-apa kursus dan latihan untuk guru atau pelajar. Perlu buat s.k. kepada KRS KPM.
c. Sijil dikeluarkan oleh SRI-SMI mengguna logo SEKOLAH & KRS
d. MUSLEH boleh mengeluarkan sijil bagi semua aktiviti/program yang dijalankan di bawah MUSLEH.

Struktur KRSM dibuat dari atas ke bawah bagi melancarkan pengurusan KRSM dari peringkat pusat (MUSLEH), peringkat negeri dan sekolah. Jurulatih PSFM akan diserapkan ke dalam KRSM. Penyerapan pangkat peringkat pelajar telah dilaksanakan pada bulan Mei 2008
Penglibatan pelajar SRI-SMI dalam KRS adalah wajib. Pakaian KRS bagi staf wanita SRI-SMI dan banaat adalah dirujuk kepada Majlis Fatwa MUSLEH. Latihan-latihan telah diberikan kepada semua pendidik bagi menjayakan KRSM melalui kursus induksi peringkat pusat melibatkan Pengetua, PK Koku, Penyelaras Guru Syabab dan wakil guru PSFM. KRS untuk SMI bermula Disember 2007 manakala KRS untuk SRI bermula Disember 2008

Penubuhan KRS di sekolah

Mengikut prosedur, guru penasihat perlu menulis surat penubuhan KRS kepada Pengetua. Pengetua akan membalas surat kebenaran penubuhan (surat-surat ini diminta semasa penaziran Bhg Pel Swasta KPM). Seterusnya mengadakan mesyuarat agung pertama oleh JK Penaja. Kena rujuk Buku Panduan Pengurusan Ko-Kurikulum KPM

Struktur Organisasi KRSM 2007/2008

Penaung: Pengerusi dan Pengarah MUSLEH. Ust Megat Mohd Amin bin Megat Mohd Noor
Penasihat: Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM). Ust Jelani bin Ramly
Pengerusi: Eksekutif Pendidikan MUSLEH (kokurikulum). Encik Abd Rahaim bin Md Isa
Timbalan: Ust Zulkifli bin Ismail.
Setiausaha: Ust Shahrinizam bin Mohd Amin
Bendahari: Ustzh Norain bt Hayyun
Ahli Jawatan Kuasa:
Nagmudin bin Hussain
Harun bin Yaakob
Abd Malik bin Mohd Isa
Kamaliah bt Nordin
Marlindah bt Baba

1 comment:

Tuan Rahaim said...

SEKRETARIAT KRS MUSLEH

1. Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa - Pengerusi
2. Mejar KRSM Zulkifli Ismail –Ketua Jurulatih
3. Mejar KRSM Soleh Senafi - Timb Ketua Jurulatih
4. Mejar KRSM Shahrinizam Mohd Amin - Setiausaha
5. Mejar KRSM Azrul Fazli Abd Azis - Pen. Setiausaha
6. Mejar KRSM Wardah Saari - Bendahari
7. Mejar KRSM Harun Yaakob
8. Mejar KRSM Kamaruzaman Che Ya
9. Mejar KRSM Zaini Abd Rahman
10.Mejar KRSM Saiful Jamsir Mohd Hakim
11.Mejar KRSM Madihah Uzir

JURULATIH KEBANGSAAN KRS MUSLEH

1. Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa
2. Mejar KRSM Zulkifli Ismail
3. Mejar KRSM Shahrinizam Mohd Amin
4. Mejar KRSM Soleh Senafi
5. Mejar KRSM Harun Yaakob
6. Mejar KRSM Azrul Fazli Abd Azis
7. Mejar KRSM Wardah Saari
8. Mejar KRSM Kamaruzaman Che Ya
9. Mejar KRSM Zaini Abd Rahman
10.Mejar KRSM Saiful Jamsyir Mohd Hakim
11.Mejar KRSM Madihah Uzir
12.Kapten KRSM Budiyanto Unggun
13.Kapten KRSM Rofazlin Jusoh
14.Kapten KRSM Kamarul Kalam Zulkifli
15.Kapten KRSM Shaharuddin Samad
16.Kapten KRSM Fauziah Shafie
17.Kapten KRSM Nor Azni Ibrahim
18.Kapten KRSM Shafiza Bidin
19.Kapten KRSM Rohilawati Nordin
20.Kapten KRSM Hamizah Othman
21.Kapten KRSM Rosiah Arif
22.Kapten KRSM Ainon Ismail