Sunday, June 22, 2008

SEJARAH PERGERAKAN SYABAB & FATAYAT MALAYSIA

PSFM ini bermula sekitar 1988 dengan gabungan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan secara berasingan seperti kawad, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, pengurusan diri dan sebagainya. Ketika itu nama bagi program ini ialah Syabab Lil Bina dan Fatatul Muslimah. Adajuga sekolah yang menggunakan nama Syabab Banin dan Syabab Banat bagi program ini. Setiap sekolah yang menjalankan kurikulum bersepadu KBSR dan KBSRI menjalankan mengikut kemampuan masing-masing. Ianya banyak bergantung kepada keaktifan dan keilmuan para pendidik di sekolah berkenaan.

Pada tahun 1995, satu pertemuan besar telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak sempena Hari Syabab Malaysia anjuran MGB SIM. Semua sekolah yang berdaftar dengan MGB SIM telah menghantar wakil dalam pertemuan ini termasuk para guru besar dan pengetua SRI dan SMI. Hasil pertemuan tersebut telah menggariskan beberapa resolusi antaranya ialah nama bagi program atau persatuan ini ialah Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia. Kemudiannya telah dimurnikan dengan nama Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia atau PSFM. Semua pelajar di tahap 2 SRI dan semua pelajar SMI diwajibkan mengikuti aktiviti PSFM sebagai salah satu sukatan pelajaran di dalam kurikulum MGB SIM. Kurikulum MGB SIM dibahagikan kepada tiga bidang iaitu pakaian seragam, persatuan kelab dan sukan permainan. PSFM diletakkan dalam bidang pakaian seragam.

PSFM ini hanya dijalankan oleh sekolah-sekolah yang berdaftar dengan MGB SIM sahaja.
Semua guru yang mengajar di SRI dan SMI adalah Pemimpin Syabab Fatayat dan guru besar serta pengetua merupakan Ahli Kehormat Syabab Fatayat. Bagi mereka yang telah meninggalkan bangku persekolahan digalakkan terlibat dalam perlaksanaan aktiviti PSFM di SRI dan SMI. Mereka yang berkelayakan akan dilantik sebagai Ahli Bersekutu Syabab Fatayat.

Mulai tahun 2000, satu pasukan khas telah ditubuhkan di bawah Lujnah Tarbiyyah MGB SIM atas nama E-Team. Mereka ini ditugaskan untuk merancang, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan kemahiran, pengurusan dan kepimpinan Syabab Fatayat pelajar dan guru peringkat pusat.

1 comment:

Anonymous said...

www.srias-saidiyyah.blogspot.com