Saturday, September 30, 2017

MESYUARAT AJK INDUK PRINT '17



KUALA KUBU BHARU, 30 September - Seramai 32 Pegawai KRS MUSLEH telah menghadiri Mesyuarat JK Induk Perkhemahan International KRS MUSLEH (PRINT '17) kali ketiga di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu. Selain dari membuat perbincangan mengikut bahagian tugas masing-masing, semua pegawai turut membuat lawatan tapak sambil diberi penerangan perancangan kawasan aktiviti oleh Mejar KRSM Zaini, Mejar KRSM Soleh dan Mejar KRSM Abd Rahaim. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mejar KRSM Abd Rahaim, Pengerusi KRS MUSLEH.



Penerangan perancangan tapak aktiviti oleh Mejar KRSM Zaini
Pegawai KRS MUSLEH membuat lawatan tapak

Pegawai KRS MUSLEH membuat lawatan tapak

Penerangan perancangan aktiviti turut diberikan oleh Mejar KRSM Soleh Senafi
Pengerusi KRS MUSLEH Mejar KRSM Abd Rahaim mempengerusikan mesyuarat

No comments: