Saturday, September 23, 2017

KURSUS SUKAN ORIENTEERING


KUALA KUBU BHARU, 23 September - KRS MUSLEH telah menganjurkan Kursus Sukan Orienteering di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu. Seramai 52 Pegawai KRS MUSLEH dari 29 buah sekolah telah menyertai kursus ini. Barisan jurulatih terdiri daripada 3 orang Pegawai dari KRS Malaysia dibantu oleh 4 Pegawai KRS MUSLEH.


Semua peserta didedahkan dengan penyampaian berbentuk teori dan praktikal tentang Sukan Orienteering. Selain dari itu, semua peserta diberikan peluang membuat perancangan dan landasan pertandingan Sukan Orienteering di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Kursus Leftenan Kolonel KRS As'ari dan 2 lagi Jurulatih KRS Malaysia iaitu Mejar KRS Zaidi dan Kapten KRS Azmi. Beberapa ahli Sekretariat KRS MUSLEH juga turut hadir bersama sepanjang kursus ini berlangsung.

Urusetia kursus sedang membuat persiapan

Barisan Sekretariat KRS MUSLEH bersama Ketua Jurulatih Kursus dan Urusetia

Pendaftaran peserta

Barisan Jurulatih KRS Malaysia dan Pengarah Kursus

Leftenan Kolonel KRS As'ari, Mejar KRS Zaidi dan Kapten KRS Azmi.

Ketua Jurulatih sedang memberi penerangan tentang Sukan Orienteering

Peserta diberi peluang menggunakan kompas dan mencari arah


Pendaftaran peserta sebelum memulakan pertandingan





Barisan Jurulatih KRS Malaysia bersama Urusetia Kursus

Sekretariat KRS MUSLEH meneliti Kad Kawalan Peserta

No comments: