Tuesday, July 6, 2010

LAPORAN KONTINJEN KRS MUSLEH KE PERKHEMAHAN PERDANA KRS 2010


Ana ingin berkongsi sedikit laporan mengenai program PERKHEMAHAN PERDANA KRS PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10 2010 yang telah diadakan pada 28 hb Jun - 2 hb Julai 2010 di Pusat Latihan Unit Beruniform Kg. Terusan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.





Buat pertama kalinya KRS MUSLEH dijemput untuk menyertai perkhemahan di atas yang dianjurkan oleh Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pernyertaan ini ialah sebanyak 17 kontijen termasuk kontijen KRS MUSLEH.




Kontijen KRS MUSLEH seramai 40 orang anggota terdiri daripada 21 orang Syabab dan 19 orang Fatayat. Pegawai pengiring seramai 5 orang iaitu 3 lelaki 2 wanita.




Pegawai yang terlibat ialah
1. Mejar KRS Soleh b. Senafi
2. Mejar KRS Shahrinizam b. Mohd Amin
3. Mejar KRS Wardah bt. Saari
4. Mejar KRS Madihah bt. Uzir
5. Left. Muda KRSM Azri b. Ali

manakala para kadet yang hadir pula ialah:
1. Staff Sjn. KRSM Ahmad Muttaqin b. Khairuddin (Amin Kemaman)
2. Sjn. KRSM Ikmal Haziq b. Ahmda Shahidan (Amin Kemaman)
3. Sjn. KRSM Muhammad b. Bokhari (SMART)
4. Kpl. KRSM Zul Arief b. Zulkepli (SMART)
5. Staff Sjn. KRSM Muhammad Asna b. Ahmad Jailani (Amin Bangi)
6. Staff Sjn. KRSM Yusof b. Samsul Bahari (Amin Bangi)
7. Kpl. KRSM Muhammad Ikmal b. Adnan (Azhar Jitra)
8. Kpl. KRSM Muhammad Afif b. Adnan (Azhar Jitra)
9. Kpl. KRSM Muhammad Zaki b. Khalid (Irsyad Kuantan)
10. Staff Sjn. KRSM Ku Amirul Syazwan b. Ku Khairul Nizam (Islah Sg. Petani)
11. Kpl. KRSM Mohammad Kamarul Azmi b. Kamaruldzaman (Itqan T. Kumbar)
12. Kpl. KRSM Muhammad Khair b. Mohd Hamdan (Itqan T. Kumbar)
13. Staff Sjn. KRSM Sofwan Fathy b. Azmi (Aman K. Bahru)
14. Sjn. KRSM Muhammad Syarifuddin b. Mohd Rafee (Saidiyah Seremban)
15. Sjn. KRSM Luqman Nul Hakim b. Kamarulzaman (Saidiyah Seremban)
16. Kpl. KRSM Mohamad Syamim b. Ahmad Zubir (Hidayah Ipoh)
17. Sjn. KRSM Yusuf Kamal b. Buang (Hidayah Ipoh)
18. Sjn. KRSM Mohamad Aminuddin b. Ahmadi (Hidayah J. Baharu)
19. Staff Sjn. KRSM Mohd Haqqul Yaqin b. Mohd Jelani (Hidayah J. Baharu)
20. Staff Sjn. KRSM Muhammad Hafizi b. Abd. Rahaim (Hira, Jeram)
21. Staff Sjn. KRSM Falah Azmi b. Abd. Latiff (Hira, Jeram)
22. Staff Sjn. KRSM Aimi Atiqah bt. Datu Adzman (Amin Bangi)
23. Staff Sjn. KRSM Syifaa' bt. Mohd Hatta (Amin Bangi)
24. Sjn. KRSM Hamizah Aqilah Auji bt. Ismail (Amin Kemaman)
25. Sjn. KRSM Nurul Syifa bt. Zameran (Amin Kemaman)
26. Sjn. KRSM Nurul Hazwani bt. Hazlan (Irsyad Kuantan)
27. Staff Sjn. KRSM Khairunnisak bt. Zainal (Islah Sg. Petani)
28. Pegawai Waran 2 KRSM Normashitah bt. Mohd Tuah (Islah Sg. Petani)
29. Pegawai Waran 2 KRSM Nur Hidayah bt. Ramli (Islah Sg. Petani)
30. Staff Sjn. KRSM Qurratulain bt. Abdul Fattah (Aman K. Bahru)
31. Sjn. KRSM Nasuha Rasyidah bt. Anuar (Saidiyah Seremban)
32. Sjn. Nurul Diana bt. Abdul Kadir (Saidiyah Seremban)
33. Staff Sjn. KRSM Hanim bt. Muhd Fadhil (Hidayah Ipoh)
34. Staff Sjn. KRSM Syarifah Aminah Atheerah bt. Syed Syeikh (Hidayah Ipoh)
35. Staff Sjn. KRSM Fitriyyah bt. Abdullah Asuhaimi (Hidayah J.Baharu)
36. Staff Sjn. KRSM Nabila Huda bt. Muhammad Rafiz (Hidayah J. Baharu)
37. Pegawai Waran 2 KRSM Aisyah bt. Mohd Ziyadi (Hira, Jeram)
38. Staff Sjn. KRSM Husna bt. Khairul Anwar (Hira, Jeram)
39. Sjn. KRSM Madihah bt. Abd. Muhaimin (Hira, Jeram)
40. Sjn. KRSM Sofiyah bt. Mohd Amin (Hira, Jeram)

Kontijen mula berkumpul di SMI Al-Amin Bangi pada 26 Jun 2010 untuk membuat persediaan pertandingan yang akan diadakan semasa perkhemahan tersebut. Pada 28 Jun, jam 10 pagi kontijen mula bergerak ke Kem Juasseh dan tiba di pekan Juasseh lebih kurang jam 12.30 tengahari. Selepas solat Zohor, kontijen bertolak ke kem Juasseh untuk pendaftaran. Bermula daripada masa pendaftaran, kehadiran KRS MUSLEH sudah mula dirasai dari segi penampilan berpakaian terutama fatayat. Hari demi hari kehadiran kita mewarnai perkhemahan kali ini.


Di dalam perkhemahan ini, sebanyak 5 pertandingan, persembahan kebudayaan, program integrasi, ceramah perdana, forum, lawatan dan khidmat masyarakat telah diadakan. Penglibatan anggota KRS MUSLEH dalam aktiviti surau sangat membanggakan kerana mereka adalah jemaah yang pertama hadir setiap waktu dan menyumbangkan khidmat imam solat dan azan. Kelaziman anggota kadet dalam aktiviti hirasah setiap malam adalah dengan tilawatul Quran, hafazan dan solat malam.

Pakaian fatayat menjadi tarikan ramai pegawai dan peserta kontijen dari negeri lain kerana penampilan yang berbeza, terutamanya semasa pertandingan kawad. Ramai juga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pemakaian tudung dan pangkat.

Berikut adalah keputusan pertandingan yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut:


1. Kraf Perkhemahan: 12 (L) 13 (P)
2. Orienteering: 2 (L) 2 (P)
3. Rekacipta: 5 (L) 11 (P)
4. Bantu Mula: 13 (L) 2 (P)
5. Kawad: 8 (L) 10 (P)

Kedudukan: 7 (L) 5 (P)

Kedudukan Keseluruhan: 6 / 17

Secara keseluruhannya kontijen kita mampu untuk bersaing dengan kontijen dari negeri lain walaupun kali pertama menyertainya.
Adalah diharapkan pihak pengurusan KRS MUSLEH diperingkat sekolah dapat meningkatkan lagi kemahiran yang dipelajari oleh para pelajar. Tahniah dan Syabas.
Mejar KRS Abd. Rahaim b. Md Isa
Pengerusi KRS MUSLEH

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum
blh bertanye
lagu ape ye yg kontinjen krs musleh putera nyanyi mse mlm bakat?
terima kasih.