Wednesday, March 24, 2010

KURSUS KENAIKAN PANGKAT 2010 ~ Laporan Kursus Staf Sarjan

Assalamu'alaikum ...
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana KRS MUSLEH telah berjaya mengadakan 4 kursus pemeringkatan pada 14 - 18 Mac yang lalu. Kursus Kenaikkan Pangkat Leftenan Muda, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan. Semua kursus tersebut telah berjaya mencapai objektif yang digariskan, walaupun ada yang agak rendah dari segi pencapaiannya. Dalam postmortem yang dibuat menunjukkan bahawa peserta kursus sarjan kurang dari segi kemahiran. Jadi diharap pada tahun-tahun akan datang pihak sekolah perlu membuat persedian lebih awal.



Sebagai Kem Komanden kursus Staf Sarjan pada kali ini, saya rasa berpuas hati dengan perjalanan kursus staf sarjan 2010. Ada beberapa sebab diantaranya ialah:
  • Pegawai yang menjadi fasilitator pada kali ini lebih bermotivasi, berdedikasi dan juga mempunyai kemahiran yang baik sesuai dengan aktiviti peringkat staf sarjan. Saya sendiri disepanjang kursus ini kurang 'terbeban' kerana para pegawai yang menjadi fasilitator memahami kerja dan tugasan masing-masing serta mudah dibawa berbincang.
  • Semua perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah terutama yang berhubung dengan pihak2 lain seperti pengusaha kayak yang lambat menyediakan kayak mengikut bilangan yang dikendaki.
  • Keseluruhan peserta kali ini juga baik dari segi akhlak cuma masalah ketepatan masa, mungkin "time management skills" mereka perlu tingkatkan lagi terutama ketika mengikuti aktiviti2 yang agak lasak seperti kursus pemeringkatan staf sarjan.
  • Dalam kursus seperti ini semua aktiviti memang dirancang untuk menguji peserta, contohnya membuat keputusan. Kali ini saya berpeluang menguji peserta fatayat(perempuan) membuat keputusan dari segi penempatan. Pada pandangan saya mereka kurang berani untuk membuat keputusan dan sangat bergantung kepada fasilitator yang bersama mereka.
Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Kurus Kenaikkan Pangkat Staf Sarjan pada kali ini kerana telah memberikan kerjasama yang baik dari mula hingga kursus berakhir. Saya juga memohon berbanyak-banyak kemaafan mungkin secara sengaja atau tidak mengguris dan menyakiti hati mereka yang terlibat dalam kursus kali ini. Kepada peserta kursus pula ingatlah semua teguran yang dibuat oleh saya, fasilitator dan juga oleh kawan2 dalam program hotsit perlu dijadikan panduan untuk melangkah dengan jaya dan mencapai kecemerlangan dalam hidup ini. Apapun ingatlah, kecemerlangan di akhirat adalah paling utama.

"Bingkai Kehidupan"

3 comments:

staf_SMIAAK said...

Assalamualaikum..
Ana merupakan salah seorang peserta kursus kenaikan pangkat staf sarjan 2010. Banyak ilmu berguna yang telah ana pelajari sepanjang kursus ini. Apa yang ana dapat akan ana cuba utk diaplikasikan di sekolah ana, insyaallah. Ana sedar, semakin tinggi pangkat yang ana sandang, semakin bertambah tanggungjawab dan amanah yang ana pikul. Tolong doakan semoga ana berjaya dan dipermudahkan segala urusan. Amin..

syazwana02@yahoo.com.my said...

assalammualaikum...ana rasa seronok sgt2 apabila dpt mengikuti kursus ini..kursus ini byk memberikan input yg byk pd ana dan rakan2yg lain..dan terima kasih kpd semua tuan dan puan yg byk bantu kami dlm setiap aktiviti..especially waktu base dan kawad...wassalam...drpd(staf sarjan Hidayah JB)

Anonymous said...

salam..bila gambar kursus kenaikan pangkat staf sarjan blh letak??