Wednesday, September 2, 2009

RAMADHAN


Salam semua saudara saudara ku

apa khabar ramadhan kita?
apa khabar iman kita?
apa khabar taqwa kita?
bagaimanakah perjalanan ramadhan kita pada tahun ini? adakah sama pada tahun lepas?

11 hari sudah berlalu...bagaimana perlumbaan dalam mengerjakan ibadah? bagaimana kita melayan tetamu Allah yang bernama ramdhan ini?

Di manakah kedudukan puasa kita?




Imam al Ghazali dalam kitabnya berjudul 'Ihya Ulumiddin' menyebut
"Puasa ada tiga kedudukan : puasa al Umum, puasa al Khusus dan puasa Khusus al Khusus"

menurut Imam al Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al Khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

1. menundukkan pandangan dan menahannya dari melihat perkara yg tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati dari mengingati Allah.

2. memelihara lidah dari menuturkan perkataanyang tidak berfaedah. perbanyakkan zikir dan membaca al Quran.

3. menahan diri dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. ini kerana setiap perkataan yang haram ditutur maka haram juga utk didengar.

4. menahan anggota badan dari melakukan dosa.

5. tidak berlebihan ketika berbuka sehingga perut penuh dengan makanan. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan.

6. hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

wallahu'alam. ..

No comments: