Wednesday, September 2, 2009

MARI MENILAI FASA PERTAMA RAMADHAN KITA


Ramai dari kita selalu mendengar akan ceramah dan kata kata para penceramah bahawa kita perlu buat itu dan ini pada masa bulan ramadhan. Dari tahun ketahun, itulah yg kita dengar. Itu pun jika kita mahu mendengarnya. Jika kita memekakkan telinga maka kita tidak akan mendengarnya.
Selepas mendengar, ada proses kedua iaitu meningkatkan diri kita kepada peringkat satu level diatas level mndengar. Mahukah kita memasang niat utk melakukannya. Niat setiap perbuatan adalah kerana Allah. Tetapi niat yang saya maksudkan adalah sama ada kita memasang niat utk melakukannya. Jika kita tidak memasang niat utk melakukannya maka peringkat diri kita tersadai diperingkat sekadar mendengar. Org kata, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Cuma saya tidak pasti ada organ direct dari telinga kanan ke telinga kira. Saya rasa ianya masuk dari dua dua teliga lepas tu ianya tersekat ditengah tengah dan ianya tidak masuk ke kepala.Niat utk melakukannya adalah peringkat kedua.


Peringkat ke3 adalah memasang azam yang kuat, kukuh dan kental. Bukan mudah utk melakukan sesuatu yang extra di bulan ramadhan ini. Majoriti muslim tersadai diperingkat puasa disiang hari, dgn menjaga sholat dan berterawih pada minggu pertama ramadhan sahaja. Majoriti itu bukan sedikit. Saya yakin ianya mencapai 70-80% org islam. Mungkin benarlah pareto law yang berdasarkan 80/20 atau 20/80 tersebut.Tanpa azam kita akan gagal dalam bulan ramadhan. Tanpa azam kita akan kecundang ditengah lautan keletihan dlm bulan ramadhan. Tanpa azam kita just like everbody else. Maka puasa kita tidak lebih baik dari puasa puasa sebelum ini.
Kita bukan dari jenis allahyarham Asri Rabbani dimana selepas kematian beliau suara lunaknya terus berkumandang menyeru kita membuat kebaikan. Indahnya menjadi Asri Rabbani. Kalau ada pun kita hanya mempunyai sedikit amal jariah sana sini. Anak anak yg kita didik pun belum tahu kesholehannya. Apalagi jika anak yg ada pada hari ini dari jenis bertudung tapi berseluar& bertshirt ketat atau dari jenis lelaki seluar pendek dan perokok tegar. Entah entah anak kita tidak tahu melakukan sholat jenazah utk kita.Maka kita perlu survive dgn usaha kita sendiri.
Ini lah ramadhan yang Allah beri utk kita survive dgn usaha sendiri. Tetapi untuk berjaya dlm meredah lautan ramadhan ini, kita perlu kepada azam yang tinggi. Kita perlu kepada kekentalan azam yang tinggi. Kita perlu kepada kedegilan diri utk cuba dan terus mencuba melakukan perkara extra dlm bulan ramadhan ini. Be realistic. Ada kala kita akan gagal kerana keletihan. Ada kala kita gagal kerana kemalasan. Ada kala kita gagal kerana kesibukan. Tapi setelah gagal beberapa hari, kita perlu mengkukuhkan azam kita semula utk bangun kembali melakukan perkara extra dalam ramadhan ini.
Kita perlu sikap degil utk bangun semula dlm kegagalan beberapa hari dlm mgharungi lautan ramadhan ini. Jika kita tidak ada sikap degil untuk berjaya itu, maka kita akan hanyut dari hari kehari dan tiba tiba yg kita dengar adalah hanya lagu raya. Kita akan miss the action dalam meniti jambatan ramadhan.
Bagi kita yg telah melepasi zaman anak anak ini, kita akan mungkin merasakan aidilfitri itu hambar. Tetapi percayalah, jika kita dapat melakukan dgn sebaik mungkin pada hari hari ramadhan ini, aidilfitri ini ada kemanisan tersendiri untuk kita. Kepuasan akan dapat kita rasakan apabila kita bertakbir aidilfitri nanti. Mari maniskan aidilfitri kali ini dgn melakukan perkara extra pada ramadhan kali ini. Anak anak merasa manis aidilfitri kerana baju baru dan duit raya mereka.
Kita yang telah dewasa, merasa manis aidilfitri kerana kepuasan dan kesyukuran dapat melakukan perkara extra pada hari hari ramadhan. Jika minggu pertama ramadhan ini, kita tidak berbuat sebaik mungkin, kita ada masa lagi untuk membetulkan niat, meletakkan azam dan memberi kekentalan kepada azam tersebut.Pada hari hari ramadhan ini, sekadar niat kita tidak kemana. Kita perlu meletakkan azam yang tinggi dengan penuh kekentalan dan bangun semula utk membetulkan keadaan jika kita terleka dan terlalai.Come on kawan kawan sekelian,lets do it dan just do it dengan keazaman yang kental.Mari menjadi golongan 20% dan bukan 80%.

No comments: