Saturday, March 12, 2022

Kursus Induksi dan Kemahiran Guru TKRS/KRS Musleh di Sarawak

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 1-6 Mac 2022 dan 7-12 Mac 2022 telah berlangsung dua kursus buat guru TKRS/KRS Musleh iaitu kursus induksi dan kursus kemahiran. Kedua kursus ini dibuat di dua tempat iaitu SRI Al-Amin Bintulu (1-6 Mac) dan SRI Al-Amin Kuching (7-12 Mac).

Jurulatih bersama peserta SRI Al-Amin Kuching

 
Jurulatih bersama peserta SRI Al-Amin Kuching

    Kedua kursus ini dilaksanankan adalah untuk memberi pengenalan dan penekaan mengenai kepentingan KRS Musleh serta memantapkan lagi ilmu asas kemahiran buat guru terutama kepada guru baharu.

    Antara kursus kemahiran yang dijalankan adalah bantu mula, tali temali, kawad kaki, ilmu perkhemahan dan Based. Seramai enam orang jurulatih dari KRSM yang terlibat dalam kedua dua kursus ini.

FOTO AL-AMIN MIRI@BINTULU









FOTO AL-AMIN KUCHING

 









 

Wednesday, March 2, 2022

Daurah Khas Jurulatih (DKJ) 2021

 


    Pada 26 sehingga 1 Mac 2022, telah berlangsung satu Daurah Khas Jurulatih (DKJ) 2021 buat para jurulatih yang telah dipilih oleh sekolah. DKJ ini adalah salah satu program syarat wajib untuk peserta yang akan ditauliah pangkat dari Pegawai Kadet ke Leftenan Muda KRSM. DKJ kali ini sekali lagi dijalankan dalam talian.


    Seramai tujuh orang muwajjih jemputan yang terlibat dalam DKJ kali ini dengan pelbagai tajuk perkongsian manakala seramai 77 orang peserta yang terlibat dalam DKJ ini.



Thursday, February 17, 2022

Lawatan Muhibbah KRS Musleh ke Persekutuan Pengakap Malaysia



Lawatan muhibbah ke Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), KL. Foto bersama CEO PPM, Timbalan Ketua Persekutuan Pengakap Malaysia dan Pengarah Persekutuan Pengakap Malaysia.

    Pada 16 Februari 2022, Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) yang diwakili oleh sekretariat KRSM iaitu Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa (Pengerusi KRSM), Mejar KRSM Zaini Abdul Rahman, Kapten KRSM Rofazlin Jusoh dan wakil KRSMedia Leftenan Muda KRSM Mohammad Athif Zainal Arifin telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Pengerusi KRSMedia menunjukkan buku 10 tahun KRSM kepada CEO PPM  yang telah diterbitkan

    Misi untuk membuka laluan kerjasama strategik demi kepentingan anak murid melalui kolabrasi nasional dan antarabangsa. Sesuatu yang amat mengejutkan ialah sejak dulu hingga kini, belum ada pasukan uniform lain yang datang untuk mengadakan hubungan dua hala melainkan KRS Musleh. Pengakap dan KRS dilihat sebagai "musuh tradisi" antara pasukan beruniform di Malaysia. Dengan lawatan ini, sedikit sebanyak dapat meleraikan persepsi negatif dari pandangan mereka. Alhamdulillah.

 

    Banyak perkara-perkara baru yang dapat dipelajari daripada kedua-dua pihak. Doakan semoga perhubungan ini akan berterusan dan menjadi noktah bidayah kepada kerjasama startegik pada masa depan. 

Pengerusi KRSM menyampaikan cenderahati kepada CEO PPM

Friday, February 11, 2022

Kursus Kemahiran Asas (KurKem) KRSM 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Telah berlangsung kursus kemahiran asas bagi pegawai-pegawai KRS Musleh dari sekolah rangkaian dan rakan IKRAM Musleh di Kem Bumi Jati, Shah Alam pada 29-31 Januari yang lalu.
Jawatankuasa KurKem 2022

    Antara kemahiran yang dijalankan adalah kawad kaki, basic self defense (BaSeD), tali-temali, orienteering, ilmu perkhemahan, memanah tradisional (MeTra), dan bantu mula.

Bantu Mula

BaSeD

Peserta & Jawatankuasa

   Peserta yang mengikuti kursus ini adalah salah satu syarat untuk pentauliahan pangkat sebagai Leftenan Muda KRSM. Lanjutan dari kursus ini peserta wajib mengikuti daurah yang akan ditetapkan oleh sekretariat KRSM.

Ilmu Perkhemahan

Kawad Kaki

Memanah Tradisional (MeTra)

Orienteering

Tali-temali

    Alhamdulillah kursus ini berjalan dengan jayanya mengikut SOP yang ketat seperti yang disarankan oleh MKN seperti jaga penjarakan, pakai pelitup muka dan lakukan ujian pengesanan Covid-19 setiap pagi (saliva test). ahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat.

Monday, January 10, 2022

50KM KRS RUNNING CHALLENGE (50KM KRC) MELABUH TIRAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada 9 Januari 2022, 50KM KRC telah melabuh tirai dengan acara pengumuman cabutan bertuah. Turut diumukan juga senarai pemenang mengikut kategori.

Berikut adalah pemenang untuk cabutan bertuah yang merupakan pakej penginapan dan penerbangan ke Pulau Langkawi (3 hari 2 malam) untuk dua orang dan juga pakej penginapan di D'Amir Chalet & Fishing Corner (3 hari 2 malam) untuk dua orang:




Dan berikut adalah paparan slaid senarai pemenang setiap kategori:



Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai 50KM KRC 2021. Semoga bertemu pada masa akan datang.

Monday, January 3, 2022

MISI BANTUAN BANJIR

TAHUN BARU DI MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE BUKIT CHANGGANG, RTB BUKIT CHANGGANG DAN LABOHAN DAGANG, SEPANG

Sebahagian sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan banjir

Alhamdulillah seramai 21 orang sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan KRS Musleh, Persatuan Khidmat Rakan Setia Malaysia dan Majlis Jurulatih KRS Musleh telah bergabung tenaga dalam Misi Bantuan Pasca Banjir di Sepang, Selangor pada 1 hingga 3 Januari 2022.

Taklimat kepada pasukan PKRSM

Pengarah Pasukan Sukarelawan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh), Mejar KRSM Soleh bin Senafi memaklumkan bahawa misi utama pasukan adalah bertujuan untuk menggerakkan barisan jurulatih dari seluruh negara dalam melakukan kerja - kerja amal dan juga menyantuni masyarakat yang terlibat. Antara kerja yang dilakukan ialah pembersihan beberapa buah rumah penduduk yang dilanda banjir luar biasa. Kerj-kerja pembersihan ini dapat dilakukan dengan sempurna hasil dari kerjasama dengan sukarelawan i-Bantu IKRAM Kuala Langat dan Sepang.





 
 

 

Turut juga dijalankan dalam misi ini adalah penyampaian barangan sumbangan rakyat Malaysia yang dibuat melalui MyCARE. Barang-barang tersebut telah dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda para sukarelawan. Antara barang yang disumbangkan adalah set dapur, tikar, bantal, toto, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik. Dalam pemberian sumbangan ini, pihak KRS MUSLEH telah dibantu oleh sukarelawan i-Bantu Kuala Langat dan Pulau Pinang. Lebih dari 60 buah rumah telah mendapat sumbangan sekitar Labohan Dagang dan Bukit Changgang.

  

Ketua Misi Bantuan Pasca Banjir KRSM-PKRSM, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa berkata, pasukan sukarelawan KRSM - PKRSM juga turut menyampaikan bantuan dalam bentuk wang tunai yang disampaikan kepada beberapa wakil keluarga yang terjejas. "Sumbangan wang tunai yang kami sampaikan ini adalah hasil dari kutipan sumbangan orang ramai yang telah menyumbang melalui TABUNG KEMANUSIAAN PKRSM yang kami lancarkan pada 31 Disember 2021 yang lalu. Tabung ini akan terus kami buka untuk orang ramai yang sudi menyumbang", katanya.


Bagi yang berhajat untuk menyumbang, sumbangan untuk TABUNG KEMANUSIAAN PKRSM ini boleh dibuat melalui akaun MAYBANK PERSATUAN KHIDMAT RAKAN SETIA MALAYSIA, nombor akaun 5644 2752 8075 dengan menulis rujukan Tabung Kemanusiaan.

Wednesday, December 1, 2021

SENARAI PENUH "LUCKY DRAW" IENVR 2021

     Salam sejahtera. Pada 28 November 2021 International Eco Nature Virtual Run 2021 (IENVR 21) telah melabuhkan tirai dengan acara penutup iaitu cabutan bertuah hadiah-hadiah utama yang di langsungkan secara maya. Berikut adalah video penuh senarai pemenang cabutan bertuah kategori peserta teramai (peringkat sekolah) dan individu. Saksikan:


Semoga kita berjumpa pada tahun akan datang!