TAHUN BARU DI MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE BUKIT CHANGGANG, RTB BUKIT CHANGGANG DAN LABOHAN DAGANG, SEPANG
Alhamdulillah seramai 21 orang sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan KRS Musleh, Persatuan Khidmat Rakan Setia Malaysia dan Majlis Jurulatih KRS Musleh telah bergabung tenaga dalam Misi Bantuan Pasca Banjir di Sepang, Selangor pada 1 hingga 3 Januari 2022.
Pengarah Pasukan Sukarelawan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh), Mejar KRSM Soleh bin Senafi memaklumkan bahawa misi utama pasukan adalah bertujuan untuk menggerakkan barisan jurulatih dari seluruh negara dalam melakukan kerja - kerja amal dan juga menyantuni masyarakat yang terlibat. Antara kerja yang dilakukan ialah pembersihan beberapa buah rumah penduduk yang dilanda banjir luar biasa. Kerj-kerja pembersihan ini dapat dilakukan dengan sempurna hasil dari kerjasama dengan sukarelawan i-Bantu IKRAM Kuala Langat dan Sepang.
Turut juga dijalankan dalam misi ini adalah penyampaian barangan sumbangan rakyat Malaysia yang dibuat melalui MyCARE. Barang-barang tersebut telah dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda para sukarelawan. Antara barang yang disumbangkan adalah set dapur, tikar, bantal, toto, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik. Dalam pemberian sumbangan ini, pihak KRS MUSLEH telah dibantu oleh sukarelawan i-Bantu Kuala Langat dan Pulau Pinang. Lebih dari 60 buah rumah telah mendapat sumbangan sekitar Labohan Dagang dan Bukit Changgang.
No comments:
Post a Comment