Wednesday, April 17, 2019

KURSUS KEMAHIRAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH 2019 - ZON TENGAH (KUZOT'19)

KURSUS KEMAHIRAN KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH 2019 - ZON TENGAH
(KUZOT'19)
12 - 15 APRIL 2019
DI KOMPLEKS RAKAN MUDA, SEMENTA, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Tuhan Pencipta Alam yang memberi keizinanNya, Kursus Kemahiran KRSM (Zon Tengah) berjaya melabuhkan tirai dengan jayanya. Pihak Unit Ko-Kurikulum IKRAM Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh sebagai penganjur kali ini merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya pihak Sekolah (Sekolah Rendah dan Menengah IKRAM Musleh dan Rakan Musleh) yang memberikan kerjasama sebaiknya dalam penganjuran kursus kali ini.

Tidak lupa juga kepada barisan Sekretariat Unit Kokurikulum dan KRS IKRAM Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh serta barisan Jurulatih KRS Musleh yang menjayakan rantaian kursus pada kali ini. 

Sedikit info berkaitan kursus ini:

(1) Kursus yang ditawarkan:
  • KURSUS ASAS BANTU MULA
  • KURSUS ASAS KAWAD KAKI
  • KURSUS ASAS MEMANAH TRADISIONAL (MeTra)
  • KURSUS ASAS ORIENTEERING TAHAP 1
  • KURSUS ASAS ORIENTEERING TAHAP 2
  • KURSUS KEMAHIRAN TALI-TEMALI
  • KURSUS KEMAHIRAN BaSeD TAHAP 1 
  • KURSUS KEMAHIRAN BaSeD TAHAP 2
  • KURSUS KEMAHIRAN BaSeD TAHAP 3
  • KURSUS PEMANTAPAN BaSeD
  • KURSUS PEMANTAPAN KAWAD KAKI
  • KURSUS SILAT SENI OLAHRAGA
(2) Kekuatan urusetia adalah seramai 30 orang yang menyantuni peserta seramai 182 orang.

(3) Bukan setakat jurulatih dan jurulatih utama KRS Musleh yang hadir, turut dijemput pegawai daripada Persatuan Bulan Sabit Merah, Klang (En.Soma) dan En Mohamad Yusoff (Pegawai Bomba dan Penyelamat Ipoh).

Semoga bertemu lagi pada ruang kursus di masa hadapan.




ILMU IMAN AMAL TERAS PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI


No comments: