DAURAH KHAS JURULATIH SIRI 1
20-21 Januari 2018
Dewan IKRAM Seri Kembangan
Anjuran
Sekretariat Kadet Remaja Sekolah MUSLEH
dan JK Tarbiah IKRAM Musleh
PENGENALAN
Sepertimana kita
sedia maklum bahawa KRS MUSLEH adalah
salah satu badan yang diujudkan untuk melaksanakan dan memantapkan proses tarbiah
dan dakwah di sekolah. Ia adalah satu wadah tarbiah khususnya dalam pembinaan
kepimpinan pelajar secara sistematik. Pembinaan kepimpinan pelajar berkait
rapat dengan kepimpinan para pegawai di sekolah. Sementara kepimpinan pegawai
di sekolah berkaitan rapat dengan marhalah tarbiah yang mereka lalui.
Faktor kekuatan
tarbiah para pegawai sangat kritikal dan perlu diberi perhatian khusus supaya
segala perancangan dan pelaksanaan aktivisme KRS MUSLEH di sekolah mendapat
sentuhan tarbawi. Ini akan memberi impak yang besar dalam membina tasawur dan
fikrah yang mantap mengenai hadaf bagi setiap kemahiran yang diajar dan
pentaksiran yang dijalankan.
Jestru itu, pihak
sekretariat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan daurah khas ini supaya
para pegawai yang menjadi jurulatih KRS MUSLEH bukan sekadar hebat dari sudut
kemahiran sebagai seorang jurulatih tetapi mantap dari sudut tarbiah fardhiah
dan memenuhi muwasofat (ciri-ciri) kepimpinan yang terkandung dalam arkanul
baiah. Maka daurah pada kali ini akan memberi fokus kepada pemahaman yang
mantap tentang ciri-ciri kepimpinan pasukan. Semoga ianya dapat diaplikasikan
di dalam perancangan aktiviti dan kemahiran KRS MUSLEH di sekolah dan peringkat
nasional.
1. Melahirkan pegawai yang bersifat murobbi yang faham tuntutan harakiyah.
2. Memudahkan pembentukan mutarobbi di sekolah.
3. Memahami tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah di sekolah.
No comments:
Post a Comment